:: Kereta api Sabah!

dimulakan dengan Bismillah..
mesti korang mau tau kan macam mana kereta api d Sabah
dulu keretapi Sabah ni macam keretapi zaman British..kalau tak tau macam mana keretapi zaman British, bole jugak korang imagine keretapi dalam cerita Harry Potter..tu pun kalau tau la..
sekarang ni keretapi Sabah sudah baru dan ada air-conditioner (nama pendek air-cond) 
sila ke webpage Kereta api Sabah untuk info lanjut..kat sini korang bole tengok kereta api lama pastu sejarah kereta api Sabah..best naik kereta api lama tu, adventure! walaupun sekarang sudah baru tapi best jugak! hehe..
korang layan gambar dulu la..tak mau cerita panjang-panjang..





gambar-gambar di atas ni originally taken by me ar..tapi aku da edit skit..try la naik kereta api Sabah! ^^

:: lambat! tapi yg penting tengok H.Merong Mahawangsa

lepas kuliah terus ke kota pergi menghabiskan masa dan money..apakah itu? jalan-jalan laa..hehe..
kota la sangat padahal Kota Kinabalu ja..hari ni dalam sejarah sebab aku dan kawan-kawan pegi tengok Hikayat Merong Mahawangsa..ala..orang lain sudah tengok time first screening di panggung wayang..
kami ja agak kebaruan..tapi biasa la kan..yg penting ada la jugak tengok kan..
seperti yg orang lain katakan..cerita Hikayat Merong Mahawangsa ni memang hebat!
terus kami rasa bangga dengan Yusri dan KRU membuat filem pada tahap sebegini hebat belaka..(lebih-lebih da) cerita tu memasukkan orang dari tamadun Rom dan China. India pun ada (Goa) serta Semenanjung Emas (Tanah Melayu)..
ingat tak ayat ni
Sampai masa tibanya waktu,Redup hati kaum berdua,Bila dua jasad bersatu..Hidup mati jadi bersama"
aku tak ingat sangat la..ni aku dapat dr kawan aku..dia paling ingat..
best giler wayang tu..tadi pun sikit ja orang tengok sebab yg lain sudah tengok awal-awal dulu..akhirnya ada juga pengarah Malaysia yg hebat kan buat cerita hebat macam tu..walaupun pada dasarnya subjek Sejarah amat bosan dan mengantuk bagi sesiapa sahaja yg kurang minat sejarah..tapi ada jugak part lucu, " hey boy, why you wearing a skirt?"ni masa Merong terjatuh di kaki Prince Marcus. kan orang Rom pakai skirt masa itu..hahahaha..
rugi rakyat Malaysia tak tengok..wayang tahap 5 bintang tu! memang berbaloi-baloi! 

berapa banyak ntah perkataan 'hebat' aku taip di sini..pecaya la wayang ni memang hebat..(ok sudah)..putera Rom tu nama dalam cerita ni Prince Marcus, nama sebenar Gavin Stenhouse..Merong Mahawangsa nama sebenar Stephen Rahman Hughes..
lastly, I heart Prince Marcus..(ahhh..sudahhh!)  

:: Cara bagi orang Komen & Follow Cepat

salam 'alaik..
korang penah tak time nak komen tu kena taip perkataan yg pelik-pelik kat bawah kotak komen tu pastu tunggu beberapa minit utk komen? 
mustahil tak penah kan..ada cara atau tukar setting jer..hehe..
mudah saja caranya ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian..
pertama sekali, pergi ke Setting. pastu go to Comments..then,
jenis kotak komen (Comment Form Placement) tu kalau boleh pilih yg jenis ‘pop-up window’ tu

kalau jenis ni orang masih lagi kat blog korang then blog korang tak lari ke mana pun..
kat ‘pop-up window’ tu je kalau dorang nak komen..
mana tau kan dorang terlupa apa dorang nak komen, dorang boleh tengok balik page blog korang tu..
 Pop-up Window
kalau korang pilih jenis kotak komen yg ‘full page’ tu pulak
pengomen terpaksa buka page yg tempat komen tu then dorang komen la kat situ..
kalau dorang terlupa nak komen apa, dorang tekan la ‘back’ hehe..
 Full Page
kalau pilih yg ‘embedded below post’ tu..eh terdouble huruf d pulak..
senang jugak la nak komen, boleh bagi lawa-lawa lagi kotak komen tu
korang just scroll ke bawah la kalau nak komen (sekiranya terlampau banyak orang komen)
Embeded Below Post

pastu lagi satu..kadang-kadang kita jumpa kotak komen yg guna ‘word verification’ kan?
tu pun boleh buatkan orang tak jadi komen..haha..sebab, ayat dia pelik-pelik dan kadang-kadang lepas komen tunggu page tu refresh sendiri..lepas dah refresh baru dapat taip word verification-nya kat bawah komen tu..banyak la masa nak komen kan..lagi-lagi line tenet macam siput dan sebagainya kan..sabo je lah!
satu lagi, kalau nak rasa selamat dari Anonymous (ahli falsafah Yunani kot?) dan pengomen yg jenis kutuk blog or entri orang kan (kejamnya ayat akuu..) korang pilih ‘enable comment moderation’ sebab, ni ikut suka korang la nak publish or tak komen orang itu pada bila-bila masa..mana-mana komen yg puji blog ka entri bagus..publish la kan..yg suka cari kutuk tu haa..tak payah publish..kalau nak publish jugak, pon boleh..
haa..tu dia..lagi satu cara bagi orang follow cepat..
begini ceritanya..
korang yg baik hati nak follow balik blog orang yg dah singgah mesti cari link diorang kat Shoutbox, MasterLinky or kat Dashboard kan? tapi ada jugak yg follow korang senyap-senyap tak bagi link..contoh macam ni
yg ni tak ada Link blog dia..
yg ni ada Link blog..
kadang-kadang setting blog tu ada yg mesti ubah dulu..camni..
first-klik 'More Options' tu
2nd-klik pula 'Add Link' utk masukkan link blog korang
3rd-isi la tempat kosong tu..
senang kan? aku memang sengaja ajar benda senang ni tapi banyak jugak blog yg susah nak follow..last2 memang tak ter'follow..sorry to say la kan..
ni  khas untuk yg baru dalam dunia blogging..yg dah professional tu, boleh la buat tutorial photoshop ka, apa-apa la yg berfaedah..hehe..kan, kan..

ntah apa-apa kan entri aku ni..hehehe..

p/s : tiada unsur ke’tembirang’an di situ ya..hahaha..

:: hari-hari akhir PBS

hari-hari last PBS..aku rasa sedih mau tinggalkan sekolah lama ku ni..guru-guru di sini smuanya sporting dan mesra..sepanjang aku PBS di sini memang aku dapat la pengalaman berhadapan dengan murid-murid dan pengalaman jadi cikgu..smua murid kat sini panggil cikgu pastu hormat pulak tu..kalau lalu ngan mana-mana cikgu mesti dorang bagi salam..berhadapan dengan murid nakal tu ja la memeningkan aku..huhu..hari terakhir aku d sana GB (guru besar) mengadakan jamuan ringan utk guru-guru..murah rezeki betul aku kan..hari Isnin tu dapat makan juga, Jumaat pun dapat makan free..untung betul PBS ni..I will miss my 1st PBS!


budak-budak memang suka bergambar kan? lagi-lagi budak pompuan..amboi..siap bagi peace lagi..dorang ni pantang keluarkan kamera terus excited minta kena gambar..hehe..
tapi rasa mau PBS lama-lama di sini..sebab cikgu-cikgu smua best then jarak sekolah ni pun tak jauh dari rumah aku..jalan kaki 7 minit camtu sampai dah..^^
see you again SK Pekan Menumbok..

:: hari ketiga PBS

wah..tak habis-habis aku cerita pasal PBS kan..macam excited ja hari-hari mau cerita..ni kira remimder jugak la sebab pasni aku kena buat laporan PBS..kalau lupa boleh rujuk blog..hehe..hari ni nothing best la, macam biasa tanya itu ini..kerjasama yg cikgu-cikgu kat sini bagi sangat la bagus! dorang berusaha bagi aku maklumat yg lengkap dan jitu..(terharu..) hari ni aku sengaja follow sorang ustazah pegi kelas mengaji..(bukan utk menginsafkan diri..) tapi tengok macam mana P&P berjalan..

hari ni jugak aku dah kena bagi tugas masuk kelas tahun 2 esok..alamak..kalau tahap 2 tak apa jugak, bole control lagi..huhu..redha..

:: hari kedua PBS

waa..hali ni wa celita lagi pasal PBS..hahaha..hari ini, aku mau cerita pasal aku first time relief kelas..6A..kira ok la sebab dorang tak berapa nakal sangat..masuk ja kelas dorang "Assalamualaikum cikgu!" dalam hati aku..waa..bagusnya etika dan adab dorang ni..pastu aku jaga kelas la, sebab cikgu aku tak kasi pun aku ajar dorang..pastu try catat apa-apa yg patut dlm kelas tu..then try kawal kelas supaya tak bising..tapi bising juga maybe aku orang baru kan dorang tak takut sangat..pastu lagi, g kelas Pemulihan ikut mentor..cikgu Pemulihan dan merupakan cikgu lama aku jugak..seharian duk dlm kelas tu perhatikan P&P kat situ..ada la satu budak ni, dia tengok name tag aku then dia cuba mengeja nama aku..lagipun budak pemulihan kan memang la mengeja-eja..nama aku pelik kot hahaha..ada satu part ni paling aku suka dan terharu..tengok gambar kat bawah

budak sebelah kiri tu mengajar kawan dia mengeja tau..kawan dia yg kanan tu bukan tak pandai tapi lambat sket membaca..sweet..(adehh..apakah?) pastu ada lagi situasi, sorang budak ni cepat siapkan kerja yg cikgu bagi, lepas dia dah siap dia tunggu kawan dia yg belum siap kerja..budak-budak yg lain dah balik..sifat yg terpuji! tapi memang tak sah kalau tak ada budak nakal..esok pergi sekolah lagi! (dan bangun awal lagii..) 






psst : pada kawan-kawan yg follow blog ni, thanks ya! nnt free i follow uols balik..sory agak busy minggu ni..(school mood) hehe..

:: hari pertama PBS

baru hari pertama belum hari seterusnya..tahan la korang mengadap story aku ni ya..hehe..
hari ni aku join perhimpunan dan duduk d atas pentas bersama cikgu-cikgu lain..kalau dulu, berdiri di bawah dan tengok cikgu-cikgu di pentas..tapi aku rasa janggal pulak macam tu..hehe..lepas tu cikgu kat sana punya laaa....peramah..hehe..n then aku tengok budak-budak skarang sangat berani..dulu aku pun tak berani macam dorang..pastu dorang rajin pulak g cari cikgu..tapi hari pertama tadi yg best dapat makan free la..sebab ada orang buat demo pasal periuk belanga tadi..memandangkan aku sudah beramah mesra dengan tetamu (mungkin ada kena nilai, adakah??) maka aku tunggu dorang siap masak terus aku dijemput makan..(lain macam ja aku ni kan..buat kerja ka makan?) huhu..kesianilah daku yg kebaruan..hehehe..sejurus selepas sesi sekolah tamat, GB tag something di facebook ku. hah? apakejadah? rupanya ini..see pic kat bawah..terima kasih GB..

ni pulak gambar masak-masak..amboi3..hahaha..tu jela utk PBS hari pertama..nervous hilang dah sket tadi..alhamdulillah~

:: SBE's nervousa



SBE's nervousa tu bukan sejenis penyakit tapi tu kira penyakit juga la untuk pelatih-pelatih IPG yg baru first time rasa PBS di sekolah rendah..bagi aku memang nervous sangat laa..tak tau mau buat apa ni besok..sudah la assignment berlambak belum buat..amaran : ni teladan yg tak baik..murid-murid jangan ikut perangai cikgu..mau blogwalking pun tak ada mood sebab nervous tahap dewa..(amboi, tahap dewa pun ada ka) aku rasa ada jugak la kawan-kawan aku yg tak nerves ber-PBS ni sebab tahap konpiden dorang tinggi kan..hehe..kalau aku ni suda la PBS sorang-sorang..fizikal pun belum nampak macam seorang cikgu..kompem budak-budak boleh buli lagi..oh tidak..bagi korang yg tak tau apa itu SBE dan PBS..meh aku cerita skit..SBE = School Based Experince, PBS = Pengalaman Berasaskan Sekolah..kerja kitorang round sekolah, temuduga eh temubual cikgu dan kakitangan..ambik gambar pastu catat apa-apa yg patut..lagi-lagi esok hari Isnin, kalau kena suruh perkenalkan diri depan perhimpunan mau begegar kepala lutut..huhuhu..wish me luck! :)

:: hunting for online contest!

hari ni aku nak cerita pasal contest yg diadakan secara online..bukan la aku kata tak bagus..bagus..cuma tujuan aku post entri sebegini rupa aku nak korang share ngan aku kalau-kalau ada contest yg diadakan secara online..aku nak join. hahaha..sebabnya, bosan duk depan laptop, buka tab banyak-banyak, blogwalking, tunggu Nuff tak gerak-gerak..hmm..bagus kita mencari peluang-peluang yg lain kan..bak kata pepatah ' sambil menyelam minum air '. daripada duit line tenet ni terbuang begitu sahaja bagus mencari income sikiiit dr contest..mana tau rezeki kita kan..semalam aku nampak contest dr Mas Travel..tadi aku cek emel pun macam ada contest dr KFC..hahaha..
mata duitan kah aku..contest dr blogger-blogger pun banyak sekarang ni..ala dunia dihujung jari kan..huhu..(assignment belambak-lambak..ada hati nak join contest!) huhuhu..insaflah diriku..


:: blogger ber-Faceblog


welcome to Faceblog buat diri sendiri. haha..orang lain dari tahun lepas lagi join Faceblog, aku baru tahun ni..tak apa yg penting ada..huhu..fenomena baru! Faceblog ni sama macam Facebook, cuma Facebook guna nama kita kan, yg ni guna nama blog kita..fungsi pun lebih kurang sama 'connect people everywhere' eh..tu trademark Nokia tu..anyway, Faceblog hanya ada utk blogger Malaysia..tema Faceblog warna pink, tapi Fblog ada sediakan macam-macam kaler banner la utk letak kat blog masing-masing..tak kan aku nak letak banner kaler pink kan..(psstt..tak minat pink..) hehe..cara nak daftar Fblog ada kena bagi tau d sanaa Faceblog 
kalau korang g sana kompom korang ingat berada d Facebook..sebab tema pun tema Facebook..dah beribu blogger join Fblog ni..aku ja ketinggalan zaman..biasa la busy memanjang nok..nak buat macam mana..hahaha

:: Giveaway Coklat by Blog Armiza



oleh kerana aku kena tag GA coklat, haruskah aku menukar kaler font coklat? haha..(tak ada kaitan, sila abaikan) first skali thanks to adik Alia coz 'mentag' (bahasa Melayu mana ni??) akak u ni ngan GA sedap ni..GA sedap..hehe..ni GA pertama cik Armiza, kalau bertuah dapat la coklat..ni aku kat Sabah macam mana ni? tak cair nanti coklat tu..huhu..ada syarat-syarat nak join GA ni tapi elok sangat la kalau g blog tuan empunya GA ni kan..klik ja >> Blog Armiza. aku  memang suka coklat-coklat ni, kaler coklat pun aku suka..antara coklat yg aku suka makan Snickers dan Toblerone..ni tambahan saja ya..hehe..
tag :
testing letak watermark buatan Zul..Toblerone dari Labuan..murah jer

:: love + break = life.



sekarang aku buat entri jiwang-jiwang..harap ada orang baca la kan utk share pengalaman..
tapi aku tak kisah, korang baca saja laa..hehe
bila time korang bercinta yg serius gila-gila sampai korang yakin boyfriend or girlfriend korang tu la bakal soulmate korang? 
kalau aku, aku penah ada someone yg aku anggap bakal soulmate aku nanti..
walaupun 2 tahun dan 5 bulan bercinta, tapi akhirnya aku dan someone ni tak bersama lagi sekarang..
walaupun bercinta tahap gaban, biar pun family masing-masing da tau tak semestinya dia akan jadi soulmate kita suatu hari nanti..lagi parah kalau kita cinta mati dan menaruh harapan yg tinggi ngan pasangan kita tu..kalau break kompom kita yg kecewa kan?
bagi aku la kan, lepas break kalau menangis tu confirm laa..bagi pompuan. ada yg dua tiga hari menangis..ada yg seminggu..ada yg dua bulan..wah..kalau camtu boleh kering mata kehabisan air..huhuhu..
masa break, mesti kita menyalahkan pasangan masing-masing..dua-dua tak mau mengalah..
masa tu pikir kesalahan orang lain tapi pernahkah kita terfikir kenangan manis masa berpacaran tu dulu?
kebanyakkan tidak..kadang-kadang kita betul, kadang-kadang kita salah..tapi manusia tak lari dari melakukan kesalahan..ada yg lepas break baru terfikir semua ni..
baru rasa nak kembali semula macam dulu-dulu..tengok gambar jap menangis, pastu rindu moment itu..
aku rasa lepas break ni hati kita mesti masih belum tenang, banyak tanda tanya kenapa kita di tinggalkan, masih memikirkan apa salah kita, masih ada peluang kah tak, dia masih sayang atau tak..


ada juga yg suka berdendam, tunjukkan kelemahan diri sendiri dan masih sakit hati ngan dia..
tu akan buat kita tambah sakit hati dan sentiasa teringakan dia..
untuk melupakan seseorang memang susah. lebih-lebih lagi kalau kita teringatkan kebaikan yg dia penah buat..
menangis berlebih-lebih tu tak perlu kot, menangis pun kalau dia tak mahu macam mana jugak kan..tapi kalau 2,3 hari lepas break kompom menangis la..pernah dengar orang cakap macam ni
" tak apa..nanti mesti dia akan cari kau balik" terus terang bila aku dengar ayat ni dari sapa-sapa pun aku akan menaruh harapan ngan ex plak..bila fikir balik, smua ni macam harapan palsu..
mengharap lebih-lebih takut kecewa ja..
so, life must be go on..jadi single tak semestinya tak disayangi dan di cintai..jodoh masing-masing ada yg datang lambat dan ada yg cepat..ingat 'lelaki baik hanya untuk perempuan yg  baik'.
paling penting Allah Maha Mengetahui..sekiranya kita break, Tuhan tahu mungkin dia tak sesuai dengan kita..dan ada lagi yg lebih sesuai dengan kita..sabarr..


(menulis dari pengalaman..) ^^

:: Salji Melanda I-City!



haa tengok tajuk macam tak betul ja kan..actually memang betul pun..ini bukan cobaan..
aku dapat sumber yg boleh dipercayai dari news ni..mStar kalau tak percaya lagi g laman web rasmi I-City..then, sebelum ada jugak aku buat entri pasal I-City..
bukan ja aku kagum dengan lampu-lampu yg banyak tu, tapi ni merupakan salah satu tarikan d Malaysia..kalau setakat lampu macam tu kat rumah aku pun ada tapi satu ja la..tu pun pasang time raya..hahaha..yg ni kos pun berjuta-juta opkos la orang datang kan..di tambah lagi dengan hujan salji yg akan diturunkan sepanjang tahun ni..alamak..memang aku x sabar lagi nak g sana..macam orang x penah tengok salji ja kan aku ni..mesin salji ni didatangkan khas dari Korea. sapa-sapa g sana pakai la sweater or jacket tebal sket sebab katanya suhu di bawah 5 darjah celcius, pastu salji d sana nanti boleh d makan pulak..(jangan bawa sirap suda laa kalau nak makan ABC) hahaha..sempena pelancaran salji ni 19/Mac Dora the Explorer akan di bawa ke I-City..Spongebob pula akan di bawa cuti sekolah bulan Jun nanti..wah! tak sabar jumpa Spongebob (aih..macam budak-budak)..kos buat laluan salji RM10 juta. caj masuk kat sini RM 25 utk dewasa, RM 20 utk kanak-kanak..


aku tetap rasa kebaruan benda nih walaupun dah lama..aku nak g sini laa..
(macam ejen tourism Malaysia da aku ni..huhu)
Google jugak la!

:: Hikayat Merong Mahawangsa

The Malay Chronicles: Bloodlines
sebuah filem hebat hasil karya pengarah Malaysia, Yusri KRU. hebat! hebat! macam 300 pun ada..filem ni boleh dikatakan filem terunggul tahun 2011. pelakon filem ni juga ramai yg di import dari luar negara seperti Stephen Rahman Hughes - Merong Mahawangsa, Gavin Stenhouse - Marcus (Putera Rom), dan beberapa pelakon dr China..pelakon dr Malaysia pula Dato' Hj Rahim Razali, Ummi Nazeera, Jehan Miskin, Umie Aida, Maya Karin, Wan Hanafi Su, Khir Rahman, dll. kalau nak tau hikayat ni ce cek kat Wikipedia. Yusri merupakan pengarah filem dan pengarah CGI filem ni. tengok poster HMM pun nampak gempak ja. blum lagi layan trailer HMM ni..ce tengok kat bawah ni..
ngan kos sebanyak RM4 juta, filem ini bakal d tayangkan di 60 buah negara d seluruh dunia..aku tengok ayat2 yg HMM kat ending trailer tu pun mcm Harry Potter dah..hehehe..maknanya filem ni da setaraf ngan antarabangsa la kan..tamadun Rom, China dan Melayu sendiri turut diceritakan dlm filem ni. sound effect yg gempak dhasilkan ngan orkestra, aksi stunt pula dilatih oleh Jackie Chan.kalau kat panggung wayang sebulan kot masih full. kita patut bangga dengan wayang kita, buatan Malaysia..

website KRU Studios.

:: Women's Day 8th March



tajuk speking london. haha..haa aku letak tarikh sekali kat tajuk biar korang ingat sampai bila-bila..special edition sempena Hari Wanita entri ni warna pink-pink. walaupun sebenarnya aku tak minat pink. itu fakta bukan auta. balik ke pangkal jalan, aku mau wish Selamat Hari Wanita kepada semua kaum-kaum Hawa di dunia. perempuan only okeh. gembiralah wahai kaum Hawa sekalian, kita dihargai dengan hari ini. hargai macam mana tu?? kalau wish jer kira hargai jugak la kan..kalau bagi hadiah ka, hamper ka tu baru menghargai..hahaha..just kidding..
tahun ini, 2011 merupakan Hari Wanita ke-100 tahun!
bukan hari ini sahaja kaum wanita perlu di hormati, disayangi, dan dihargai tapi setiap hari..
wanita bukan untuk disakiti kerana hati wanita lembut dan mudah tersentuh..minta maaf la kalau terkasar dengan wanita..walaupun belum hari raya.. :)


"Selamat Hari Wanita"

:: jumpa Lim Swee Tin - Bengkel Penulisan Fiksyen Sains dan Teknologi



hari ahad yg lalu, aku merajinkan diri atau dalam kata lainnya mengorbankan waktu libur hari Ahad tu mengikuti Bengkel Penulisan Fiksyen Sains dan Teknologi. bengkel ni anjuran bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kumpulan Utusan, Dewan Bahasa dan Pustaka dan IPG Kent Tuaran.
yg menariknya, penceramah bengkel ni disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Lim Swee Tin. sorang yg cukup dikenali ramai dalam bidang penulisan, sajak, puisi dan sebagainya. semasa di bengkel, beliau menyampaikan puisi 'Kasih Ayah dan Ibu'. aku sangat la teruja mendengar seorang sasterawan negara mendendangkan puisi yg sangat mendayu-dayu. 


" ..ayah ibumu hubungan Tuhan, baru sempurna anak budiman.."




ni antara bait-bait puisi beliau hari tu..penceramah yg lain seperti Prof Madya Dr Hashim Ismail dari UM dan Encik Mohamad Salleh Rahamad. aku tak rasa menyesal pun ikut bengkel ni sebab yuran penyertaan tak mahal. and then, dapat input dari seorang yg terkenal dan berpengalaman lebih 4 dekad dalam bidang penulisan iaitu Prof Lim Swee Tin. beliau ada juga bagi input yg tak ada di dalam modul penulisan, tapi dari pengalaman beliau sendiri. lepas ni boleh la aku buat novel fiksyen-fiksyen kan, kalau tak novel maybe aku taip entri dengan bahasa yg ada unsur fiksyen sains. kompomm..orang g blog lain trus. hehehe..letak gambar alien yg pelik-pelik la lepas ni dalam blog haha..oh ya, satu lagi pengetahuan yg aku baru tahu mungkin korang sudah tahu - cerita fantasi bukan fiksyen Sains & Teknologi. 

aku mau juga try buat ayat-ayat fiksyen..ehmm..macam mana ya?? 'berterbangan bintang Skorpio di Kerajaan Angkasa..blablabla..' nah, aku mengarut saja ni..


all=>Dayang's copyright reserved.

:: baby tortoise day care

kebetulan hari ni aku kena jadi baby tortoise sitter kepada kura-kura room mate aku ni..kura-kura dia sangat laa kiut!
nah tengok gambar ni..
dan sangat agresif! 
Midori yg nakal..
kura-kura makan
kura-kura posing
muka sebenar Midori..hehe..
aku pun tak tau kura-kura ni spesis apa..yg penting dia kura-kura hijau..
harap-harap dia akan hidup untuk 100 tahun la biar dia cerita kehidupan tuan dia kepada generasi baru nanti..ehh, apa la aku merepek ni..


fakta :
- kura-kura hidup di semua benua kecuali benua Antartika (memang la kan..tak ke mati kura-kura tu nanti. hehe)
Jantina kura-kura boleh dikenalpasti berdasarkan bunyi yang dihasilkan. Kura-kura jantan mengeluarkan bunyi garau sementara betina menghasilkan bunyi yang berdesir 
- kura-kura sesuai hidup di kawasan beriklim panas
- Eropah hanya mempunyai 2 spesis penyu dan 3 spesis kura-kura
- cangkerang kura-kura mempunyai 60 jenis tulang dan semuanya bersambungan
- kura-kura mempunyai deria penglihatan dan bau yg baik
- pendengaran dan deria sentuh kura-kura juga baik dan cangkerangnya mempunyai hujung saraf-saraf.
- beberapa kura-kura akuatik boleh menyerap oksigen melalui leher dan area cloacal membolehkan kura-kura bertahan dan berhibernasi di dalam air utk masa yg lama.