:: Masakan Tradisi Etnik di Sabah

as-salam.. 


akhirnya aku update jugak blog ni, haha.. dengan gembira dan senang hatinya, kali ni aku mau bercerita pasal makanan tradisi bagi etnik-etnik, kaum dan bangsa d Sabah. 
3 Feb 2012 hari tu tutor kami Puan Jauyah, suruh kami masak-masak. jadi, kami pun memasak la dengan suka hatinya.. ada 8 kaum di kelas kami ; Brunei, Kedayan, Bajau, Murut, Bisaya, Dusun, Cina dan Bugis.
sekarang kita d dalam program masakan Ting-tang, ting-tang Alexander. hahaha!
okay, bagi kaum Brunei sebenarnya banyak makanan tradisi tapi nda kan aku mau buat kuih d bilik ERT. please lah, haha.. di rumah boleh la kali. so, aku masak la Bubur Kacang Merah Berjagung. aku dapat inspirasi mau masak bubur sejak aku termakan bubur paling sedap aku pernah makan time aku pg Brunei hari tu. malangnya, aku tak tau apa resepinya. try-try ja bah ni. kacang merah memang keras berbanding kacang hijau yg cepat licak kalau di masak. terima kasih Puan Pengarah sebab 'puji' bubur kacang aku tak sedap. wakakak. (bangga) 
nah gambar bubur hasil air tangan ku.. cehh..

Bubur Kacang Merah Berjagung
kira makanan tradisi Brunei lah kan? haha..thanks my assistant Mr Khalid dan Mc Harrel walaupun Mc Harrel dari kaum Dusun. hehe..
Lauk Ampap
gambar d atas ni plak ialah masakan Lauk Ampap. kaum Kedayan punya masakan..oleh Chef Zul & Chef Fifah. kalau mau resepinya, boleh minta. hehe
Ubi with Dried Fish. nama special. haha
yg d atas ni plak tentulah ubi. sebenarnya mau guna ubi kayu, memandangkan susah mau jumpa ubi kayu d pasar Tuaran ni, guna la ubi manis. ubi jugak kan. hehe..ubi ni d makan dengan ikan bilis dan ikan masin. ni makanan tradisi orang Bajau. namanya.....ermm..tanya Chef Zahariah dululah. hehe.. bersama assistannya, Chef Shah.
Tuhau
gambar d atas ni plak namanya, Tuhau. perghh!! sedap. aku rasa Tuhau lebih sedap bila d kisar lah. macam sambal jugak tapi ni guna sejenis tumbuhan yg dipanggil tuhau. not sure. ish..boleh tanya Chef Mimie la pasni. hehe.. bersama Chef Bobby. makanan tradisi kaum Dusun and Kadazan jugak. hee..
Bosou
nah..ni plak, Bosou! sedap meti ni. ni di buat dari nasi dan ikan mentah yg di peram selama beberapa hari. pastu baru masak. eh betul ka Chef Nyna? hehe.. memang sedap, yg ni ala-ala tempoyak versi Sabah la.
gulaian d atas tu plak hasil masakan Chef Edna, dari suku kaum Murut. masakan ni ialah pucuk ubi.. kan Edna? aku tak sempat rasa masakan ni sebab laku. T_T
Dumpling goreng
Dumpling with popiah
gambar d atas ni plak ialah Dumpling, hasil masakan Chef Leslie dr Penampang, haha.. beliau dr kaum Cina or Sino-Kadazan pun bole. hehe..this is very delicious one. first time aku makan dumpling. resepinya? secret recipe. haha.. bole minta dengan beliau via comment d bawah :)
Ambuyat
jeng3x..gambar d atas plak..ialah..Ambuyat..ambuyat dperbuat dari sagu la. tuang air panas skit pastu gaul sekejap. jangan lama menggaul, haha.. sebenarnya ambuyat ni makanan tradisi kaum Brunei, Bisaya dan Kedayan. kalau aku balik kampung, makanan ni wajib aku santap sebelum berangkat ke kampus. hehe.. oleh sebab yg tukang buat ni ramai, so aku ingat aku sendiri, Fatin, Farid, Shah dan Haru ada 'menumpah ambuyat' ni hari tu,. menumpah tu maksudnya membuat ambuyat ni la.
Sanggarak Peppek
yg ini plak is Sanggarak Peppek. Chef Haru yg buat..time dia buat aku tak tau la prosedurnya camana..tapi ini ialah pisang yg di lenyekkan dan d goreng dengan tepung or ada la bahan-bahannya..bole tanya dengan lebih lanjut kepada beliau..hehe..
so, macam mana? teringin? kenalilah Sabah dan jangan kenali Sabah kerana pilak d sini. haha.. kami masih ada, anak-anak Bumiputera Sabah..banyak lagi mengenai kaum-kaum d Sabah yg masih korang belum ketahui. 


happy reading :)

7 thoughts on “:: Masakan Tradisi Etnik di Sabah”