:: mendaki Gunung Kinabalu

Salam alaik..


Alhamdulillah aku masih dipanjangkan umur utk menulis pengalamanku mendaki gunung Kinabalu pada 6-7/Julai/2012.. aku bersyukur kepada-Nya sebab sampai ke puncak pada 7 a.m *biarpun lambat* dan diberi perlindungan dan keselamatan serta dapat menikmati keindahan suasana d puncak.. 
pada 6 Julai, kami bertolak jam 6.30 pagi dr Tuaran ke Kinabalu Park.. masuk sana kena cas pula rupanya RM 3.00.. pastu sementara tunggu trip 1 bas lg, kami ambil gambar dlu dan sewa tongkat dan timbang berat beg. 1 kilo beg = RM 8.00. memandangkan beg kami berat, jadi kami pun minta upah guide bawakan. 5 kilo = RM40.. kesimpulannya, bawa duit banyak2 pegi gunung ok! 
lepas tu, kami naik bas pegi ke Timpohon Gate, tambang RM 8.00. kami juga diberi bekal oleh Kinabalu Park berupa makanan 1 botol air, 4 keping sandwich, 2 biji telur, 1 biji epal dan 3 biji pisang. malangnya beg aku d tinggalkan d pondok 4. :'(
kami diberi briefing dulu sebelum menaiki gunung. bermulanya perjalanan kami dari Timpohon Gate sehingga lah KM 6.0.. hujan melanda semasa mendaki tapi x lebat, suhu pun makin turun..

Kinabalu Park
pemandangan gunung Kinabalu
trep dlu d Timpohon Gate
briefing
tupai gunung yg jinak
dekat KM 5.0 suhu pun makin turun
hujan melanda
Laban Rata
Laban Rata.. buffet yg sedap2
lepas sampai d Laban Rata, kami terus makan dan minum d sana. makan d sediakan secara buffet, makan la puas-puas.. hehe.. pastu baru naik ke Gunting Langadan utk berehat dan tidur. masa yg ada x disia-siakan, kami tidur dalam jam 7 mlm utk cas tenaga ke puncak pada jam 2.30 pagi. mandi jangan cerita lah, punya sejuk air d sana sampai jari yg kena air tu pun mcm mau cramp ja. haha.. fuuuhhh! sempat berus gigi ja la tu pun sikit saja air yg digunakan. haha.. malam tu nasib dapat tidur. masa mula-mula mau tidur, x tahan sebab terlampau sejuk, lantai pun basah. balik-balik plak mati karan..pada jam seterusnya suam sudah sebab selimutnya tebal..jam 1 pagi terbangun sebab bising-bising da d ruang tamu, rupanya kawan-kawan lain sudah bangun utk sediakan kami sarapan.. sebelum tu, beg ku yg mengandungi bekalan makanan dan minuman serta jaket rupanya d tinggalkan di kaki gunung d pondok 4. masya Allah, jauhnya tu. kawan-kawan pegi ke Laban Rata utk minta tolong dengan pakcik guide. tapi ari sudah gelap, dorang pun bagi pinjam la jaket.. sedih juga aku. akhirnya, aku tidur dalam kelaparan dan sakit kepala sebab kurang air..

7 Julai, lepas bersarapan kami diberi briefing oleh ketua guide. aku pun rasa takut dan risau sebab perjalanan ke puncak gunung lebih extreme dari kaki gunung (KM 1.0- 6.0)
kawan-kawan banyak tolong semasa perjalanan naik ke puncak ni, dorang bg semangat dan tolong memanjat batu-batu besar. 
masa memanjat pakai tali tu tempat paling mencabar dalam hidup ku, bawah gaung, d atas jauh lagi perjalanan. bayangkan kena panjat gunung tu pakai tali sepanjang 2.0 KM. tengok bawah kompom gayat dan putus asa, so aku x mau tengok bawah. ada juga sekali kaki aku ters-slip d dinding gunung tu, nasib tangan kuat pegang tali tu, kawan ku si Issary juga banyak tolong. ketakutan yg amat sangat.
pastu pakcik guide pun tolong aku jalan sampai ke puncak, yiehaa! dlm jam 6 mcm tu terjumpa suda kawan-kawan lain turun dr puncak dan semua wish aku. padahal aku masa tu betul-betul x ada tenaga mau sampai lagi, muka pucat, penat. tengkiu semua! 
terima kasih juga pakcik guide yg menolong, pakcik tu banyak pengalaman da naik gunung, dia siap jalan d tepi gaung lagi, apa lg d gaung, x payah pegang tali. wah! awesome! tapi jarang orang mau cerita kan pasal dorang kan?
oh ya, 1 lagi, orang-orang putih sangat mesra! dorang akan sapa dan senyum kita duluan. ada yg kata " hello, good morning" pastu kalau kita bagi laluan, dorang akan kata "thank you". aku pun balas la, "ok, goodluck, hai" haha.. ada lagi yg siap offer bagi baju hujan, kan Tika? eh si Tika baca ka ni? haha
kalau pendaki dr negara lain, jarang yg senyum, bagi laluan pun jalan trus. ada juga dr Korea, tp x pandai cakap omputih plak, jd kami pun trep lah cakap Korea sampai botol jatuh pun mau cakap "ottoke" wakaka.. blum lagi bagi semangat kt kawan, "fighting, chaiyo2" kunun. hahaa.. skali tu orang Korea pndai cakap Melayu. haha
KM 8.0
kabus yg terlampau tebal
gayat kan? kalau kuat naik mcm jalan kaki ja
akhirnya, Alhamdulillah..
tempat ni saja guide suruh.. kabus terlampau tebal..
abang guide dan pakcik guide..
semasa ke puncak dan turun dari puncak, pakcik guide lah yg banyak membantu. dorang mcm jalan atas jalan raya ja, aku plak macam-macam gaya siap merangkak, duduk. aku ni gayat abis la..tapi syukur Alhamdulillah sampai ke puncak, pemandangan d atas sana Subhanallah.. sangat-sangat cantik. aku x sempat ambik gambar sebab buka sarung tangan sekejap pun aku x sanggup. sarung tangan pun berlapis-lapis sampai 3 lapis masih terasa mau cramp jari-jari ni. gambar d puncak pun pakcik guide yg tolong. mereka sangat baik hati! tengok la dorang walaupun sudah berumur tapi naik gunung pun macam teda-teda. ratus-ratus kali.. aku sekali pun sudah putus asa. tapi x apa, yg penting ada pengalaman da.. 
syukur ya Allah aku masih selamat.. betapa aku menghargai nyawa masa tu.. :'(
bayangkan perlu menuruni gaung, perlu pegang tali dan angin yg sangat kuat! Astagfirullah.. nasib baik ada pakcik guide.. (bukan mau menakutkan tapi kenyataan) 
perjalanan turun
cacing gergasi penah aku jumpa, ingatkan anak ular..hanya keluar masa hujan
semasa turun pulak, kami cepat-cepat makan di Laban Rata sebab masa makan d sana sampai jam 10.30 pagi, aku plak sampai d Gunting Langadan jam 10.00 pagi. syukur dapat cas tenaga d sana.. pastu kami turun plak lagi ke kaki gunung. kaki yg belum sempat rehat lama-lama terpaksa jua dijalankan. sakit belakang kira yg penting turun cepat sebelum hari gelap. masa tu dr KM 4.00 aku berjalan sorang diri sampai la ke Timpohon Gate, macam-macam perasaan. takut dan ingat tersesat sampai ke Mesilau da. haha.. ada ka patut. kawan-kawan aku yg sakit kaki d jaga oleh guide, guide suruh aku turun cepat-cepat. Alhamdulillah jugak sampai d Timpohon Gate. aku rehat kejap dan tunggu kawan-kawan lain sampai.. kami menaiki bas ke Kinabalu Park. sana kami x sempat makan sebab tempat tu tutup jam 4 petang. nasib kena tolong tapaukan makanan..
apa pun aku sangat-sangat bersyukur dapat naik dan turun dengan selamat, bagiku cukup la skali seumur hidup.. aku menangis sebab perlu menuruni gunung sejauh 6KM dengan kaki dan lutut yg sakit sangat.. sakitnya hanya Allah yg tahu. walaupun aku sudah training selama 3 minggu.. sabar saja la.. buat yg ingin mendaki gunung ni, semangat mesti kuat. latihan pun mesti betul-betul. jangan pandang belakang semasa d gaung, glove pun mesti ada grip. tapi berdasarkan penglihatan, aku belum jumpa orang yg besar badan mendaki gunung ni..
nasihat ku, kuatkan hati ok! 


22 thoughts on “:: mendaki Gunung Kinabalu”

  1. serius sy tak mampu nak daki kinabalu..walaupun teringin tapi gayat itu penghalang...maybe mampu naik,tapi kalau trun pun lalu tempat yang sama,nampak gaung depan mata confirm jatuh bergolek2 ni.hehe


    achie

  2. Fathia, trima kasih banget ya! :)

    Qaseeh , ni mau kekuatan hati juga ni. huhuu..apa2 pun terima kasih jg

    Kira, bah trening ko setahun ar. manatau laju p gunung hehe..

    kak Mah, nnt ada rezeki naik la G.K ya. :))

  3. Tahniah...sbnrnya grup kitorang juga telah berjaya mendaki gunung kinabalu pada 04-05 Julai 2012...

  4. achie : naik gunung ni perlukan semangat n msti kuat hati.. :)

    mr/ms ano: tahniah juga.. x tjumpa plak. trkh naik tu dekat2 sudah. hehe

  5. kak,nak tanya..kalau yang daki gunung nie semua dalam group ea ? brape minimum nak daki gunung ? hehehe

  6. dik , ehe.. daki gunung slalunya dlm group la.. n ada pakej dia tersendiri. klu semenanjung mahal ckit. klu sabah murah..mininum org dlm 25 org or 30 mcm tu..

  7. Diyana ; nnt sy buat entry pasal persiapan utk naik gunung ea. byk jugak kena prepare. tips dr sy, training or jogging, bbrp bulan sebelum naik. mesti try sekali naik gunung ni, dan kuatkan hati utk sampai puncak. klu x sampai rugi tau. lgpun ada guide akn tlg smpai puncak tu, good luck! :)

  8. hai wanes, sa mo tnya, siapa mo contact kalau mo pigi naik gunung kinabalu? kami 15-20 orang. email me : chriscillamo@yahoo.com
    thank you wanes!

  9. hai wanes aku plan mok pigi sana. tlg bagi info contact person/tourguide utk naik gunung. thanks. vatos1979@yahoo.com

  10. Assallammualikum,. Nama saya Anton Setiyadi. Saya dari Indonesia boleh email ke saya No contact yg bisa saya hubungi?
    Saya rencana di tahun ini ingin naik ke Kinabalu jadi mohon pencerahan..
    Atau boleh saya pergi bareng teman2 di Malaysia.
    Ini email saya,: anton_setiyadi@yahoo.com
    Di tunggu yaa,..

  11. Wah apa cara sekali pun tahniah krn berjaya sampai ke puncak kinabalu. Pengalaman saya pertama kali 2012 begitu jugak. Ikut rentak sendiri ikut tempo sendiri, akhirnya berjaya....best sgt2 sgt2