:: jumpa Lim Swee Tin - Bengkel Penulisan Fiksyen Sains dan Teknologi



hari ahad yg lalu, aku merajinkan diri atau dalam kata lainnya mengorbankan waktu libur hari Ahad tu mengikuti Bengkel Penulisan Fiksyen Sains dan Teknologi. bengkel ni anjuran bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kumpulan Utusan, Dewan Bahasa dan Pustaka dan IPG Kent Tuaran.
yg menariknya, penceramah bengkel ni disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Lim Swee Tin. sorang yg cukup dikenali ramai dalam bidang penulisan, sajak, puisi dan sebagainya. semasa di bengkel, beliau menyampaikan puisi 'Kasih Ayah dan Ibu'. aku sangat la teruja mendengar seorang sasterawan negara mendendangkan puisi yg sangat mendayu-dayu. 


" ..ayah ibumu hubungan Tuhan, baru sempurna anak budiman.."




ni antara bait-bait puisi beliau hari tu..penceramah yg lain seperti Prof Madya Dr Hashim Ismail dari UM dan Encik Mohamad Salleh Rahamad. aku tak rasa menyesal pun ikut bengkel ni sebab yuran penyertaan tak mahal. and then, dapat input dari seorang yg terkenal dan berpengalaman lebih 4 dekad dalam bidang penulisan iaitu Prof Lim Swee Tin. beliau ada juga bagi input yg tak ada di dalam modul penulisan, tapi dari pengalaman beliau sendiri. lepas ni boleh la aku buat novel fiksyen-fiksyen kan, kalau tak novel maybe aku taip entri dengan bahasa yg ada unsur fiksyen sains. kompomm..orang g blog lain trus. hehehe..letak gambar alien yg pelik-pelik la lepas ni dalam blog haha..oh ya, satu lagi pengetahuan yg aku baru tahu mungkin korang sudah tahu - cerita fantasi bukan fiksyen Sains & Teknologi. 

aku mau juga try buat ayat-ayat fiksyen..ehmm..macam mana ya?? 'berterbangan bintang Skorpio di Kerajaan Angkasa..blablabla..' nah, aku mengarut saja ni..


all=>Dayang's copyright reserved.

4 thoughts on “:: jumpa Lim Swee Tin - Bengkel Penulisan Fiksyen Sains dan Teknologi”

  1. mish : untung kena bagi ilmu n beg..huhu..

    kira : ala..klu ko mau ikut bole tu semalam. sbb ni kira open..penulis2 Sabah pun join ni smlm..