:: ponsikang dah..

"paci elaun, ponsikang suda ni.." ponsikang tu maksud dia x ada duit. aku blaja dr tutor kami yg berbangsa Cina..sebutan lebih kurang macam tu la..
bila aku tengok FB macam2 nama yg ada unsur2 elaun contoh Cepatlah Elaun Keluar, Pemburu Elaun, pastu group pun ada yg kaitan ngan elaun..
apa sebenarnya motif aku buat entri ni??
macam biasa la merepek yg bukan2..hehe..aku baru saja (baru..okeh) tengok movie Unstoppable. orang lain tengok lama suda aku masih kebaruan..walaupun aku x tengok d panggung wayang or beli DVD original movie ni yg penting aku download movie ni tanpa keluarkan duit pun. hahaha..



best owh jalan crita Unstoppable ni..rasanya blum penah kot crita pasal keretapi kan? crita ni mengisahkan 2 orang hero Will Colson & Frank Barnes cuba menghentikan keretapi 777 yg  terlepas. keretapi ni jadi 'liar' bila brek tertukar terus mengalami kelajuan full throtle d landasan utama. (lain macam ja aku explain ni..) tapi memang best, mantap, n terbaekk la movie ni..banyak action n scene yg buat orang nerves time tengok movie ni..tapi aku lebih suka crita yg jenis2 macam ni la, x mengarut sangat n logik jugak la sket..kalau d ikutkan movie 2012 tuh, x menjadi kiamat tu..
berbalik kpd crita elaun, aku malas dan putus asa da mau pikir pasal elaun ni..aritu kabar angin Rabu kuar, pastu ada yg cakap Jumaat kuar..tunggu punya tunggu time tengah update blog ni, pun blum kuar..so, biar la yg penting aku dapat balik! (x bagus owh kan merungut pasal elaun, dah la kena bagi..uhuk3..perli diri sendiri)


selamat bercuti kepada sapa2 yg bercuti CNY..

:: Special Giveaway from Moscow

GA dari Moscow beb! miss Aina telah tag aku utk GA ni..thanks Aina. lebiu. haha


syarat-syarat ;

  1. Peserta mesti mempunyai blog (kalau tidak camana nak tag member kan?)
  2. Anda dijemput menjadi follower http://norakhtar.blogspot.com (tiada paksaan)
  3. Post satu entry ttg giveaway ini di dlm blog anda "Special Giveaway from Moscow" dan link kpd blog ini 
  4. (copy syarat penyertaan dr  no-1 hingga seterusnya)..dan kalau rajin letak enty berkaitan di sidebar blog anda..kalau tak rajin..tak payah..tak nak paksa..:) 
  5. Tag 5 orang rakan blog anda (nak tag lebih pun takpe) dan pastikan mereka tahu diri mereka telah di tag. 
  6. Tinggalkan komen ikhlas anda tentang (1) kebaikan  giveaway dan (1) keburukan giveaway di bahagian komen kat bawah ini beserta URL blog anda supaya senang saya contact. [means, korang tinggalkan komen d http://norakhtar.blogspot.com ye, bukan d blog ini..]
  7. Giveaway ini bermula petang ini hingga 28 Feb 2011

untuk info lanjut klik kat SINI. ingat, bukan komen kat sini tapi komen kat blog beliau..hehe..senang kan? try la..=)

:: inflamed taste bud


sekali lagi aku akan menjadikan entri tersesat, tajuk in English entri in Malays. kalau cekgu BM nampak ni mesti kena sound aku nih..hehe..tapi apa boleh buat, taip entri skema-skema pun x ada plak orang baca kan..
direct to the point, inflamed taste bud tu kan maksudnya tunas rasa yg meradang. (meradang kalau dalam bahasa ibunda kami, bahasa Brunei maksudnya mengamuk or baran).


sapa2 yg penah minum or makan makanan yg panas lalu lidah jadi melecur memang penah rasa sakitnya macam mana kan? time aku menaip entri ni la lidah aku melecur skit sebab pagi tadi aku minum sup yg panas2. huh, sakitnya sampai tengah malam owh..mau makan choki2 pun x dapat sebab lidah terasa pedih..makan pun x sedap, macam mana mau sedap mati rasa suda lidah ni..


dalam intenet ada bagitau sebab-sebab lain lidah kita jadi meradang (atau mengamuk? hahaha..) 


1. makan makanan yg sangat panas hingga menyebabkan atas lidah melecur
2. tergigit lidah semasa mengunyah makanan
3. makan makanan yg tersangat masin atau pedas yg menyebabkan kerengsaan pada lidah
4. mengambil banyak makanan berasid/masam dengan kerap
5. ulser lidah yg merebak
6. jangkitan yis dalam mulut menyebabkan keradangan
7. kekurangan mineral dan vitamin


cara mengatasi ;

  • utk lidah yg melecur - letak ais utk rawatan segera, ais akan mengurangkan bengkak dan keradangan.
  • sapu/letak Baking Soda secara lembut ke atas lidah 2 kali sehari. Baking soda ni  mengurangkan rasa sakit.
  • kumur-kumur dengan cecair yg d campur tea tree oil utk membunuh kuman, air garam pun boleh.
  • penjagaan kebersihan mulut yg baik penting utk mengelak dari sebarang jangkitan - berus dan floss dengan teratur 
  • sapu dengan madu / glycerin 2-3 kali sehari utk rawatan cepat
  • jangan sentuh kawasan lidah yg sakit
  • paling penting, elakkan merokok ataupun ambil alkohol sebab kesakitan lidah akan bertambah teruk

p/s : rawatan paling cepat utk lidah melecur, aiskrim. =)

:: Red Riding Hood, si Amanda Seyfried

wah! x sabar mau tengok Amanda Seyfried berlakon dalam crita Red Riding Hood bulan Mac ni..she is really a stunning actress, dia bermata besar, berlesung pipi dan cantik. tapi aku bukan nak cakap pasal kecantikkan dia, tapi lakonan dia sungguh berjaya menambat hati peminat..terutamanya lakonan dia dalam Dear John..omaigod! 



ni movie yg bakal d tayangkan Mac nanti..aku tak sabar! hehehe..

cerita ni sangat la membuatkan aku emosi berlebih-lebihan. cis.

Amanda Seyfried ngan Channing Tatum dalam Dear John..(ensem hehe..) sebelum ni aku penah tengok Amanda berlakon dalam crita Jennifer's Body..ok2 la tapi lepas2 itu, bagus lakonan dia. 1 lagi movie lakonan dia Letters to Juliet, belum tengok so x bleh komen. hehehe..

p/s : aku bukan mau agungkan wayang Barat okehh..

:: Contest Gambar Tak Nampak Muka Paling Cool

ini bukan entri gambar paling gedik ok..ini entri contest gambar tak nampak muka paling cool! oleh sebab aku memang suka ambik gambar x nampak muka, maka aku join..pelik punya hobi. haha..just kidding


cara menjoinkan diri, klik blog Ku Lihat Hijau ni dulu..lepas follow the rules, tag 3 orang yg bertuah pastu tinggalkan link ke SINI okeh..contest ni tamat 25/03/11..mana tau korang dapat kan..blum try blum tau..
gambar aku nampak muka x? hehehe..
ni kawan aku candid dlm coaster time mau buat kajian..
kena tag :


sudi kah kalian menyahut contest ini? hehehe..

:: memanas d alam maya

salam..entri ini mungkin akan menjejaskan emosi pihak2 yg bakal terasa ngan ayat2 power d sini..sila cepat2 tekan CLOSE jika tidak suka. jika suka atau ingin tahu, teruskan pembacaan anda asal risiko tanggung sendiri. hehehe..


pernahkah kamu ternampak komen2 panas dan mengandungi unsur2 sakit hati? sudah tentu la pernah kan..semua tempat ada, fesbuk, blog, twitter, dan lain-lain. tapi pernahkah kamu terlibat dalam memberi komen2 sebegini rupa? menaip dengan penuh emosi dan jantung berdegup pantas lalu tanpa memikirkan masa depan, terus menekan butang 'Enter' atau 'Comment'. tadaa! muncul pun ayat power korang kat sana. 


gambar hiasan..dr Facebook. tapi ni blum power sangat la..sbgai contoh..
tp part x boleh tahan tu..beliau salahkan pihak berkuasa..kick la!




puas hati x? opkos la kan..tapi cara sebegini tidak mendatangkan faedah mau pun kepuashatian (ada x ayat gini?) diri sendiri atau pun orang lain. kerana ini la menyebabkan wujud prejudis, prasangka buruk (ahh..sama la tu prejudis dan buruk sangka) sesama rakyat Malaysia. jadi, apa la guna 1 Malaysia tu kalau d FB pun mau gaduh2? nak kata aku penyibuk..haa memang penyibuk pon. aku sibukkan diri untuk kebaikan bersama. aku bukan budak2 la, fikiran aku skang pun bukan tahap main masak2 lagi la..aku pun x mau nak malukan sapa2 d sini, sebab masing2 ada maruah n hak untuk bersuara. yg masih bawah umur, duit belanja sekolah pun mak ayah yg tanggung jangan menyampuk or menyibuk dengan menaip benda2 x senonoh n x berfaedah d facebook atau mana2 pun sudut d alam maya ni ok..cikgu x suruh pun kan taip yg x bagus..main game Barn Buddy sudah la..
yg lebih berusia tu pun agak2 la kan cakap or komen yg power2 kat laman sosial ni..nampak segala2nya. n then, secara semulajadinya orang lebih dewasa, lebih matang kan gaya pemikirannya..


ni aku ambik jugak contoh orang emo2 kat FB..hahaha..emo la sangat. aku rasa harus jugak la menegur orang2 yg sedemikian rupa kan..lagi2 kes2 yg macam ni, beliau ni orang kampung aku, tapi memanas ngan orang kampung aku jugak..jadi, d mana kesefahaman tu?? (semangat patriotik woo..) ok2..stop yg itu. apa yg penting? kerjasama! kalau mau rakyat bersatu padu, mulakan dari dalam rumah, lepas tu jiran2 sebelah rumah, kemudian dengan orang2 d sekeliling anda, baru la masyarakat Malaysia dapat bersatu kan..entri macam ni mesti buatkan korang jemu sejemu jemunya kan..sorry ya..aku hanya meluahkan pendapat jer..jadi, fikirlah untuk kebaikan bersama. menegur boleh, tapi dengan cara yg betul. memanas pun boleh, tapi d gym sahaja..sekian ceramah hari ni..


p/s : entri di taip dengan sedikit emo tapi masih waras..
harap maaf jika tersinggung dan tersalah kata,
jangan sesekali menyalahkan orang yg x bersalah. titik.


" United we stand, divided we fall " - Aesop Fables (Ancient Greek)

" So powerful is the light of unity that it can illuminate the whole Earth " Baha'u'llah (Iranian theologian & philosopher)

:: B.I.G 18-20/01/11

baru abis camping Khamis tu aku x sempat update entri lg..sakit2 badan masih terasa, selesema makin bertambah sebab x cukup rehat n tdo akibat buat sentri pukul 1 pagi malam kem pertama, pastu kena kerjakan lg ngan kembara sepanjang 20 KM. penat gila la! nasib baik kem ktorang kena pendekkan jadi 3 hari saja sebab amaran musim hujan dan air berbahaya untuk aktiviti air. maknanya kami akan menghadapi BIG lg 1 hari yg sesuai nanti untuk aktiviti air yg ada berkayak n berenang. ok, bagus sangat la tu sebab aku x pandai berenang pun..sangat kesiann! gambar masa kem aku mesti korang nak tengok kan? 


kumpulan Cheetah. -credit to myself
sebelum kem bermula, kami haruss menyiapkan bendera kumpulan. ni bendera kumpulan kami, Cheetah. omaigod! (c bespren ku mesti ketawa baca ayat tu :D ) rasa macam penah nampak kan? hehehe..

-credit to myself
anggota Cheetah : Mimi, Ozlyn, Dyg, Jennet, Caroline, Kristy, Harel, Waslee, Matthew.
yg pegang bendera kami tu ketua kumpulan kami. sangat caring, maksud aku caring ngan ahli kumpulan laa..boleh ni kasi selamat2 orang tp blum tentu pandai berenang. hahaha..aku mau bgtau jugak nama dia, Mc Harrel..yg sebelah dia tu tengah duduk (dia paling rajin!) nama dia Waslee..dua2 ni JPP 2011. (eh? apa kaitan..)

tengok, muka x sabar berkemah..haha..-credit to Tim
hari pertama BIG..ok muka nampak berseri-seri, putih, muka suci lg...nampak tong gas d belakang tu? kami masak spesel skit..masak sendiri dengan dapur gas. tahniah kepada lelaki gagah yg sanggup mengangkat tong2 gas ini..ada 6 tong gas semuanya. (sangat lengkap aku crita pasal tong gas kan?) 

sebelum hujan-credit to Tim
kemah2 semasa BIG..hari pertama banyak kem d dirikan..terbukti BIG kami hanya d belakang asrama perempuan..kesiann lg. tapi kata cikgu yg bagi ceramah kami tempat bukan la satu halangan untuk menjalani BIG. aku sokong! x kisah la kemah d padang ka, sebelah asrama ka, yg penting misi n matlamat BIG ni sampai kepada pelatih2 yg ikut BIG. walaupun kami berkemah d padang tapi banyak cabaran! malam pertama kami berkemah saja kawasan kem kami smua kena masuki air. nasib baik camp com bg kami tdo d dewan..bukan tu ja, kami perlu mengangkat barang2 dr kem ke dewan, berjaga n bergilir2 jadi sentri tengah malam, kesejukkan sebab hujan x berenti sampai subuh n macam2 lg la..

selepas hujan-credit to Tim
ni la kem2 yg kena banjiri air..banyak stick2 kem yg patah, kem yg basah harus d jemur, pakaian2 basah..aigoo..sangat la kesian. memang BIG kami ni mencabar tapi enjoy!

malam hujan turun dgn lebatnya..-credit to Tim
smua orang pakai rain coat n poncho akibat hujan yg non-stop..memang basah abis la malam tu, mau x mau terpaksa juga buat aktiviti LDK n sentri. nama pun kem kan..bina insan seorang guru kan...haruss ingat tu. bayangkan kalau guru kena hantar mengajar d pedalaman yg x ada elektrik, x ada air, x ada line, kemudahan asas pun kurang..jadi BIG ni sangat sesuai bagi para pelatih supaya lebih tough n tabah semasa menjalankan tugas sebagai guru. jadi guru bukannya senang, belajar selama 5 1/2 tahun, kalau doktor belajar 5 tahun suda jadi doktor kan..itu baru pekerjaan profesional. 

pagi sebelum kembara..-credit to Tim
hari kedua BIG. time ni breakfast dlu dan haruss makan banyak2 supaya ada tenaga masa kembara. kembara kami tu kira2 10 KM ke tempat kejadian n 10 KM lg balik ke kawasan kem..dekat ja kan? hahaha..mau teburai anak perut jalan kaki 20 KM plus bawa barang2 dapur, mestin, roti paun, ayam dlm tin, 9 poncho, macam2 la mau d bawa. paling sandi! d tambah lg masuk kawasan sawah, masuk dlm parit d sawah yg dalamnya paras pinggang..yg comel maybe paras dada kot. pastu dlm hutan masuk air juga paras pinggang..70% kembara kami masuk air ja..kaki jangan cakap la sakit yg amat. suda la pakai kasut adidas kampung yg tapaknya macam kasut bola pastu senang tercabut time dalam lumpur, lumpur tu pun paras pinggang paling x dalam..maksudnya kami redah air berlumpur tu memang paras pinggang ja air tu. x ada yg paras lutut or tumit. 

-credit to Tim
ni time sampai depan sawah padi orang..gambar ramai2 dlu..ambik mood gembira n excited.

sawah padi..-credit to Tim
lepas hujan semalam sawah d banjiri air..sangat la bernasib baik kan kami kembara yg lepas2 hujan ni..huhuhu..lintah or pacat kami x pikir lg yg penting redah saja!

dalam hutan..-credit to Tim
dalam hutan ni la kami main masak2, cuci2, buat kuih pun sempat. kami kena suruh siapkan 3 makanan ni untuk d pertandingkan kuih lilit/gulung, ubi kentang, telur. makanan ni mesti d masak cara hutan, means masak cam telur masukkan dlm tanah yg atasnya ada api, ubi kentang masak cam salai ikan, kuih lilit tu kena lilit pd batang kayu yg d raut n bersih pastu pacakkan kayu tu dekat api..siap! makanan ni x berapa bersih tapi setakat ni makanan ni x menyebabkan sesiapa cirit-birit k..

masak2..-credit to Tim
ni kumpulan lain punya kerja ni..nak tau mestin tu apa? itu la yg benda besi empat segi tu..klik mestin..fuh, macam tentera la kami masa tu masak dalam hutan. 

-credit to Tim
ni kumpulan mana ntah tapi aku masukkan je la sebab x mau mengecewakan anggota kumpulan ni..mana tau dorang ternampak entri aku ni. hahaha..(perasan d situ)
sekarang gambar2 time persembahan..sepatutnya aktiviti ni d buat masa malam terakhir/malam kebudayaan tapi tentatif kami berubah jadi d buat time siang..jadi, siang kebudayaan la..hehehe..

kumpulan 1 : tema lakonan kasih sayang..not sure. hehe..
kumpulan 2 : tema patriotik
kumpulan 3 : tema kebudayaan
kumpulan 4 : tema kekeluargaan
kumpulan 5 (my group) : tema humor
kumpulan 6 : tema alam sekitar 
lastly, berakhir la sudah perkemahan Bina Insan Guru Fasa 1/2011..kem ini rupanya sangat seronok! mula2 aku x biasa ngan kawan2 yg berbangsa Cina dr kelas TESL, bila kami d takdirkan sekumpulan sebenarnya dorang ni sangat peramah, rajin n x sombong..BIG ni bagus untuk mengeratkan silaturahim antara kawan2 sebatch..apa gunanya kita sebatch tapi saling x mengenali n berprasangka buruk kan..sangat bertuah dapat ikut kem ni..yg penting, semangat n kerjasama dalam kumpulan masing2 membuatkan kami lebih rapat tanpa prejudis. 

masih terngiang-ngiang kata2 cikgu Hj Rozaimi (HR) : 

" Teaching is the profession that teaches all the other professions "

gambar2 d atas aku da minta permission dari classmate aku, Timothy.
credit to him la..sebab dia ambik gambar2 ni. aku x bawa DSLR nnt rosak.cehh! padahal blum ada DSLR kot..hehehe..thanks Tim for the great pictures!

p/s : BIG itu menyeronokkan!



-laporan bertaip x rasmi, kem Bina Insan Guru : 18-20/Jan/2011.

:: debaran berBIG

semalam aku dah post pasal checklist utk camping, makin hari makin dekat plak camping ni. kalau camping lain tu aku x risau sangat, tapi camping yg satu ni lain macam skit..adventure dan lasak. lagi adventure, camp ktorang dekat asrama je..hadoi..haha..tu bukan mencabar kan. semalam dah beli sikit barang wajib utk camping, tadi pun ada lagi duit terbang,haish...antara barang2 yg d wajibkan oleh pihak IPG..


wisel
kasut Adidas Kampung / kasut potong gata (getah)
torchlight murah jer
rain coat..x wajib tapi penting juga lagi2 musim ujan nih..
baru ingat hari membeli-belah ari Sabtu adalah hari tanpa plastik!
kalau nak plastik kena cas 20 sen..
bukan Milimewa ja,kedai runcit pun cas tau.
penting sebelum berkemah buat perjumpaan..
(bagi program perkemahan yg rasmi la)
skarang tinggal packing2 barang, jangan bawa beg beroda plak macam orang mau pindah. cek2 senarai yg sudah d buat, pastikan x ada yg tinggal, tidur puas2 sebelum kem hehehe..
pastikan sihat fizikal dan mental, okeh boleh teruskan perkemahan..harap2 aku ok2 ja la kem nanti walaupun skarang on the way mau demam2 suda ni..hussshh! (bunyi sedut hingus) hehehe..buat kawan2 sebatch ku, selamat berBIG! don't big your body suda la sebab makan 6 kali sehari ni. hahaha..babai! 


p/s : henpon tidak d benarkan semasa perkemahan, seronok kan?? 
kembali ke zaman batu.
(BIG = Bina Insan Guru)

:: camping checklist.


tengok tajuk ja mesti korang heran kan sebab malam2 buta macam ni buat entri agak mereng sket..hehehe..macam orang nak camping d tengah malam buta. okeh sebenarnya minggu depan ni aku and the batch kena ikut 1 camping yg agak luar biasa namanya iaitu BIG. haa..buat student2 IPG memang sangat sinonim ngan camp sebegini rupa. BIG tu maksudnya bukan camp yg akan d gunakan tu besar tapi singkatan kepada Bina Insan Guru..sangat membina ya di situ. sebelum berkemah mesti ada senarai yg perlu d sediakan supaya nanti masa packing2 barang kejap ja siap packing x payah mau merenung beg2 yg kosong blum berisi barang tu..dan, adanya list itu, barang2 yg d packing suda secukup rasa x tinggal apa2. nanti kalau ada barang2 yg missing in piece dari senarai boleh la tau barang apa kan..henpon ka, berus gigi ka, underwears ka (underwears pun mau curi ka? dasat.dasat) senarai ni perlu d bahagikan ikut kategori spt Kelengkapan Kemah, Barang Peribadi. Pakaian, Makanan, Dll. senang la nanti mau mencari barang2 tu. antara beberapa barang yg boleh d joinkan sekali dalam beg anda ; (yg mungkin tiada dlm senarai biasa)


checklist umpama teman rapat semasa aktiviti luar

CONTOH :

Kelengkapan Kemah :
- tikar (mana tau korang jenis alergik kepada kemah.hehehe..)
- beg serbaguna utk simpan barang2 tertentu (beg plastik ka..)
- jag air atau bekas air yg besar
- mancis kayu / lighter
- arang
- surat khabar lama
- kontena
- pembuka tin 
- bla.bla.bla..

Pakaian :
- stokin (stokin ekstra)
- topi
- jaket
- baju hujan
- laundry bag (beg pakaian kotor)
- bla.bla.bla..

Lain2 :
- sunblock/ sunscreen
- bateri ekstra
- roti / biskut
- ubat-ubatan
- bla.bla.bla..


macam tu la kisahnya..kalau korang rajin baca lagi, baca kat SINI dan SINI. aku post macam ni bukan x penah ikut kem. penahh..banyak kali dah. saja menguji daya ingatan dan kesabaran korang membaca entri sebegini rupa. hihihi..


p/s : sediakan raincoat sebelum hujan..
(time camping mana ada pakai payung kan..)

:: rumor of online news.

macam biasa, tajuk in English entry in BM k. huhu..rumor atau pun dalam bahasa Melayu khabar angin..
dalam dunia maya ni ada banyak site yg x boleh d percayai termasuk la belog. belog?? ya, blog. sebab blog ni ada orang jujur dia letak entri yg betul2 berguna dan tempat sharing segala2nya. ada juga yg letak benda x senonoh dan penipuan. kenapa mesti letak perkara2 yg fake dan x benar? sebab untuk tarik perhatian para manusia d dunia ni untuk membaca dan pegi site mereka..maka, ramai la manusia yg ingin tau perkara tersebut berduyun-duyun ke site mereka ni..


contohnya, Sir Alex Ferguson kononnya berminat untuk menggantikan Van Der Sar dengan Encik Khairul Fahmi (KFCM) d kelab Manchester United. 
nampak macam real. sebab banyak kebetulan d situ, Van D.S nak bersara, KFCM pula namanya baru meningkat naik lepas kemenangan Malaysia dlm Piala Suzuki AFF. soo..pandai la dia mereka2 cerita..
baca entri lepas kat SINI. tapi cerita ni dah tamat ok.



terbaru! kononnya Mark Zuckerberg nak tutup Facebook sebab stress menguruskan FB ni. korang rasa betul kah tidak?? aku rasa fake jugak ni. baca berita tu kat SINI. ni pula wordpress. korang tau kan Mark Zuckerberg ni merupakan Billionaire termuda d dunia? x kan dia mau tutup Facebook sebab stress, sedangkan FB merupakan sumber kekayaan bliau? tapi x mustahil juga la mana tau kekayaan c Mark ni cukup untuk menyara hidupnya. pastu baca lagi kat SINI << menjelaskan FB ni x akan d tutup (owh ya, rajin2 la tekan SINI tu k, hehe..) well, kita tunggu dan lihat dulu pihak Facebook or Mark bagi keputusan.


klik untuk penglihatan yg jelas.
apa2 pun sebelum mempercayai sesuatu perkara, harus selidik dulu. klu x dapat selidik, tunggu la esok lusa mesti ada berita sebenar. kan2? tapi kalau FB tu mau kena tutup pun, susah mau contact kawan2 yg jauh, tapi dapat fokus study (konon). hehehe..

p/s : think before act.
it's all about my opinion k my dear readers..:)

:: 1st GA from Aesya



ok, slain aku nak support GA Aesya aku juga terpesona ngan hadiah GA ni..
best oowhh hadiah dia..kalerful!
nak tau hadiahnya?
tengok SINI
best kan?? penyertaan GA Aesya ni sampai 30 Januari 2011 okeh.
banyak masa lagi...don't worry
pastu pemenang d pilih secara random
mana tau nama aku or korang bertuah kan?

moto : if you want the best, do the best.
tag : check kat chatbox korang.

:: Saya Blogger Sabah



panggilan terakhir buat penumpang2 bot Menumbok-Labuan, ayat ni la slalu kedengaran d terminal kampung aku. sama la macam yg Blog Pilihan Malaysia buat skarang nih. Panggilan Akhir Untuk Sahabat Blogger Mengikut Negeri.  10 Jan 2011 ni adalah tarikh tamat penyertaan Sahabat Blogger d BPM. BPM la tempat para blogger tegar berkumpul..so aku x mau ketinggalan, aku join lah. 
syarat2? klik SINI
nama glamer : dayang
status : kalau status fesbuk, blum update status lagi. kalau status aku skarang ni single but not available gitu. cehh!
cara hubungi : kat shoutbox la..haha..e-mel kat dygy009@gmail.com
daerah/jajahan : Sabah dulu British yg jajah..hehe..daerah kecil-Menumbok,daerah besar-Beaufort.
tempat tinggal : Kg.Darat Menumbok.
menarik d tempat aku : ada pantai, aktiviti nelayan yg aktif, ada lawan bola malam2 d padang, pusat kastam utama d bahagian barat laut Sabah dan sebuah kampung yg d dalam proses pembangunan.


my lovely village
p/s : esok blogger dari Sabah akan submit link masing2 kat BPM.