Resipi Tuntul Masak Kari (Siput Sedut)

Assalamualaikum,

Bertemu lagi dalam rancangan masak masak hakak. hahaa. tak payah kita nak membebel panjang cerita sejarah siput sedut ni sampai la ia di masukkan ke periuk, meh kita baca part paling penting ; Resipi Tuntul Masak Kari. Siout sedut tu kami panggil Tuntul di sini, kalau bahasa Brunei, Kedayan & Bisaya la. tapi tak pasti pula kalau d Semenanjung atau d Sarawak.

Bahan bahannya ;

sepeket Tuntul / siput sedut
2 - 3 sd rempah kari
2 sdt rempah kunyit
2 - 3 sd cili kisar / cili boh
sebatang serai
lengkuas (sedikit)
3 biji bawang merah
kayu manis, bunga lawang, cengkih
1 kotak kecil santan
daun kari
minyak untuk menumis
air cukup untuk tenggelamkan siput
sedikit air asam/asam keping/cuka
garam dan gula secukup rasa

Cara caranya ;

1. Buangkan hujung siput yg tajam itu guna pisau besar. Potong sampai separuh badan siput, yakni sampai isinya tersembul. 
2. Kisar atau tumbuk bawang merah, lengkuas dan serai.
3. Tumis kayu manis, bunga lawang, cengkih, lalu masukkan bawang merah, lengkuas dan serai yg d tumbuk tadi. Tumis sehingga naik bau.
4. Masukkan rempah kari dan kunyit. Kemudian, masukkan cili kisar.
5. Masukkan santan, biar sampai sebati lepas tu masukkan air, air asam, garam, gula.
6. Masukkan tuntul dan gaul. Masukkan juga daun kari. Kemudian biarkan sebentar. Siapp.

Kari yg terlebih minyak,santan dan kunyit. mihmihmih

8 Bulan

Bersawang blog tak update lebih kurang 8 bulan gitu.. ada juga rupanya cikgu cikgu d sekolah sy stalk blog sy. wakakakak. nasib x terumpat kamu.. by the way, banyak sangat mau di ceritakan pasal sekolah ku itu. kerana kesibukkan sebagai guru, d tambah lagi masa awal awal tahun dan pertengahan tahun tu line wifi tidak sampai ke rumah jadi memang tak ada la mau update blog. hanya mampu buka SAPS & APDM d hujung minggu atau cuti sekolah. haha. guru sangat.

Lepas meeting akademik sekolah hari tu, keputusannya masih meneruskan tanggungjawab sebagai guru Bahasa Inggeris. English teacher gitu. yg bukan kos lagi. dekat setahun ajar Bahasa Inggeris memanjang 30 waktu seminggu, maka my English quite improve lah sikit sikit. walaupun tidak mampu sebenarnya, kesian juga tak ada guru yg betul betul optionist. maka hanya mampu menangis dalam hati.. kesian kos sy, tak terguna ajar Sejarah, KT, PSK, BM, PJK. bilang PK, kalau ajar dua dua tahap baru ada cabaran. ya lah, SYMP saja sy. haha

Sejak beberapa bulan lalu, my school has been upgraded sikit sikit terutama elektrik dan air. Alhamdulillah. melimpah limpah kemudahan kena bagi masa tu. kerja wiring & korek telaga tiub datang sekali dalam bulan tu. maka sekarang, kami menikmati air masin bawah tanah yg sangat pure, jernih, melekit sikit dan agak masin. air mineral kan. sekarang tak payah kami penat penat angkut air dengan baldi dr belakang rumah, dr belakang sekolah, dr sungai, sambut air hujan..elektrik pula, sekolah kami sudah ada elektrik. boleh la guna Laptop 1 Malaysia tu utk ajar murid murid, dan tidak lagi kami kepanasan di kelas. 

simpang ke sekolah kami dr jalan besar Sepulut-Kalabakan
Oh ya, minggu ketiga lepas sy posting batchmate sy Christy pula di posting kan ke sekolah kami.. kemudian, bulan Jun tu Siti Nazerah pula di posting kan ke sekolah kami. sekarang balance guru lelaki 5, guru perempuan 5. tapi masih kekurangan guru la sampai seorang guru kena mengajar 32 hingga 33 waktu seminggu. tahun depan harap harap ada lagi guru posting sekolah kami la ya. aminn. 

Kehidupan Baru di Nabawan

Lamaaaaaanya sy tidak update blog. satu tahun. sekarang ni sy sudah pun habis belajar, dan bekerja sebagai guru di salah sebuah sekolah di pedalaman Nabawan. *macam buat kajian tindakan*. SK Simatuoh, Nabawan. jaraknya dari Pekan Nabawan ke sekolah ni, a little bit far away from the pekan. 40 minit atau sejam macam tu.

First time masuk ke sekolah ni sy agak cultural-shocked sikit bukan sebab sy tinggal d bandar, sy memang tinggal d kampung juga, tapi yg ini pedalaman. boleh la P1 saja. tidak la naturuk sangat. sy belajar bahasa Murut sikit dari budak budak. Tambah shock bila sy diberikan tugas jadi Guru Bahasa Inggeris. amaa..sy punya grammar pun tidak stabil ini kan pula ajar budak tahap dua dan UPSR.

Cikgu cikgu d sekolah tu tersangaatt la baik hati. dorang jaga sy macam sy budak budak lagi, haha..setiap pagi mesti ada jiran hantar sarapan, tak pun kakak kerani, petang dan malam cikgu ajak makan. sy bersyukur sangat dapat sekolah ni. walaupun kurang guru perempuan. so lepas ni sy kena belajar blend in dgn guru lelaki, jaga batas pergaulan dan pandangan sekali.. inshaAllah..

Segan juga bergantung hidup dgn orang, tapi kerana terpaksa, aku relakan. kalau sudah ada kereta sendiri, inshaAllah tidak lagi menyusahkan. sekarang ni sy sangat memerlukan tunjuk ajar dari guru guru senior. sy ni mudah lupa, walaupun bukan Melayu. aha

Sy sorang saja posting d sekolah ni, harap ada lagi bakal menyusul. kalau boleh perempuan ka..hehe..seriously walaupun baru satu minggu sy sangat segan d sekolah tu. jd better sy mendiamkan diri daripada menyusahkan orang. tapi sy tidak sombong la. sy sangat berterima kasih dgn guru guru yg baik hati yg banyak tolong sy, hanya Allah saja mampu balas jasa kalian. That's all. :)