:: mendaki Gunung Kinabalu

Salam alaik..


Alhamdulillah aku masih dipanjangkan umur utk menulis pengalamanku mendaki gunung Kinabalu pada 6-7/Julai/2012.. aku bersyukur kepada-Nya sebab sampai ke puncak pada 7 a.m *biarpun lambat* dan diberi perlindungan dan keselamatan serta dapat menikmati keindahan suasana d puncak.. 
pada 6 Julai, kami bertolak jam 6.30 pagi dr Tuaran ke Kinabalu Park.. masuk sana kena cas pula rupanya RM 3.00.. pastu sementara tunggu trip 1 bas lg, kami ambil gambar dlu dan sewa tongkat dan timbang berat beg. 1 kilo beg = RM 8.00. memandangkan beg kami berat, jadi kami pun minta upah guide bawakan. 5 kilo = RM40.. kesimpulannya, bawa duit banyak2 pegi gunung ok! 
lepas tu, kami naik bas pegi ke Timpohon Gate, tambang RM 8.00. kami juga diberi bekal oleh Kinabalu Park berupa makanan 1 botol air, 4 keping sandwich, 2 biji telur, 1 biji epal dan 3 biji pisang. malangnya beg aku d tinggalkan d pondok 4. :'(
kami diberi briefing dulu sebelum menaiki gunung. bermulanya perjalanan kami dari Timpohon Gate sehingga lah KM 6.0.. hujan melanda semasa mendaki tapi x lebat, suhu pun makin turun..

Kinabalu Park
pemandangan gunung Kinabalu
trep dlu d Timpohon Gate
briefing
tupai gunung yg jinak
dekat KM 5.0 suhu pun makin turun
hujan melanda
Laban Rata
Laban Rata.. buffet yg sedap2
lepas sampai d Laban Rata, kami terus makan dan minum d sana. makan d sediakan secara buffet, makan la puas-puas.. hehe.. pastu baru naik ke Gunting Langadan utk berehat dan tidur. masa yg ada x disia-siakan, kami tidur dalam jam 7 mlm utk cas tenaga ke puncak pada jam 2.30 pagi. mandi jangan cerita lah, punya sejuk air d sana sampai jari yg kena air tu pun mcm mau cramp ja. haha.. fuuuhhh! sempat berus gigi ja la tu pun sikit saja air yg digunakan. haha.. malam tu nasib dapat tidur. masa mula-mula mau tidur, x tahan sebab terlampau sejuk, lantai pun basah. balik-balik plak mati karan..pada jam seterusnya suam sudah sebab selimutnya tebal..jam 1 pagi terbangun sebab bising-bising da d ruang tamu, rupanya kawan-kawan lain sudah bangun utk sediakan kami sarapan.. sebelum tu, beg ku yg mengandungi bekalan makanan dan minuman serta jaket rupanya d tinggalkan di kaki gunung d pondok 4. masya Allah, jauhnya tu. kawan-kawan pegi ke Laban Rata utk minta tolong dengan pakcik guide. tapi ari sudah gelap, dorang pun bagi pinjam la jaket.. sedih juga aku. akhirnya, aku tidur dalam kelaparan dan sakit kepala sebab kurang air..

7 Julai, lepas bersarapan kami diberi briefing oleh ketua guide. aku pun rasa takut dan risau sebab perjalanan ke puncak gunung lebih extreme dari kaki gunung (KM 1.0- 6.0)
kawan-kawan banyak tolong semasa perjalanan naik ke puncak ni, dorang bg semangat dan tolong memanjat batu-batu besar. 
masa memanjat pakai tali tu tempat paling mencabar dalam hidup ku, bawah gaung, d atas jauh lagi perjalanan. bayangkan kena panjat gunung tu pakai tali sepanjang 2.0 KM. tengok bawah kompom gayat dan putus asa, so aku x mau tengok bawah. ada juga sekali kaki aku ters-slip d dinding gunung tu, nasib tangan kuat pegang tali tu, kawan ku si Issary juga banyak tolong. ketakutan yg amat sangat.
pastu pakcik guide pun tolong aku jalan sampai ke puncak, yiehaa! dlm jam 6 mcm tu terjumpa suda kawan-kawan lain turun dr puncak dan semua wish aku. padahal aku masa tu betul-betul x ada tenaga mau sampai lagi, muka pucat, penat. tengkiu semua! 
terima kasih juga pakcik guide yg menolong, pakcik tu banyak pengalaman da naik gunung, dia siap jalan d tepi gaung lagi, apa lg d gaung, x payah pegang tali. wah! awesome! tapi jarang orang mau cerita kan pasal dorang kan?
oh ya, 1 lagi, orang-orang putih sangat mesra! dorang akan sapa dan senyum kita duluan. ada yg kata " hello, good morning" pastu kalau kita bagi laluan, dorang akan kata "thank you". aku pun balas la, "ok, goodluck, hai" haha.. ada lagi yg siap offer bagi baju hujan, kan Tika? eh si Tika baca ka ni? haha
kalau pendaki dr negara lain, jarang yg senyum, bagi laluan pun jalan trus. ada juga dr Korea, tp x pandai cakap omputih plak, jd kami pun trep lah cakap Korea sampai botol jatuh pun mau cakap "ottoke" wakaka.. blum lagi bagi semangat kt kawan, "fighting, chaiyo2" kunun. hahaa.. skali tu orang Korea pndai cakap Melayu. haha
KM 8.0
kabus yg terlampau tebal
gayat kan? kalau kuat naik mcm jalan kaki ja
akhirnya, Alhamdulillah..
tempat ni saja guide suruh.. kabus terlampau tebal..
abang guide dan pakcik guide..
semasa ke puncak dan turun dari puncak, pakcik guide lah yg banyak membantu. dorang mcm jalan atas jalan raya ja, aku plak macam-macam gaya siap merangkak, duduk. aku ni gayat abis la..tapi syukur Alhamdulillah sampai ke puncak, pemandangan d atas sana Subhanallah.. sangat-sangat cantik. aku x sempat ambik gambar sebab buka sarung tangan sekejap pun aku x sanggup. sarung tangan pun berlapis-lapis sampai 3 lapis masih terasa mau cramp jari-jari ni. gambar d puncak pun pakcik guide yg tolong. mereka sangat baik hati! tengok la dorang walaupun sudah berumur tapi naik gunung pun macam teda-teda. ratus-ratus kali.. aku sekali pun sudah putus asa. tapi x apa, yg penting ada pengalaman da.. 
syukur ya Allah aku masih selamat.. betapa aku menghargai nyawa masa tu.. :'(
bayangkan perlu menuruni gaung, perlu pegang tali dan angin yg sangat kuat! Astagfirullah.. nasib baik ada pakcik guide.. (bukan mau menakutkan tapi kenyataan) 
perjalanan turun
cacing gergasi penah aku jumpa, ingatkan anak ular..hanya keluar masa hujan
semasa turun pulak, kami cepat-cepat makan di Laban Rata sebab masa makan d sana sampai jam 10.30 pagi, aku plak sampai d Gunting Langadan jam 10.00 pagi. syukur dapat cas tenaga d sana.. pastu kami turun plak lagi ke kaki gunung. kaki yg belum sempat rehat lama-lama terpaksa jua dijalankan. sakit belakang kira yg penting turun cepat sebelum hari gelap. masa tu dr KM 4.00 aku berjalan sorang diri sampai la ke Timpohon Gate, macam-macam perasaan. takut dan ingat tersesat sampai ke Mesilau da. haha.. ada ka patut. kawan-kawan aku yg sakit kaki d jaga oleh guide, guide suruh aku turun cepat-cepat. Alhamdulillah jugak sampai d Timpohon Gate. aku rehat kejap dan tunggu kawan-kawan lain sampai.. kami menaiki bas ke Kinabalu Park. sana kami x sempat makan sebab tempat tu tutup jam 4 petang. nasib kena tolong tapaukan makanan..
apa pun aku sangat-sangat bersyukur dapat naik dan turun dengan selamat, bagiku cukup la skali seumur hidup.. aku menangis sebab perlu menuruni gunung sejauh 6KM dengan kaki dan lutut yg sakit sangat.. sakitnya hanya Allah yg tahu. walaupun aku sudah training selama 3 minggu.. sabar saja la.. buat yg ingin mendaki gunung ni, semangat mesti kuat. latihan pun mesti betul-betul. jangan pandang belakang semasa d gaung, glove pun mesti ada grip. tapi berdasarkan penglihatan, aku belum jumpa orang yg besar badan mendaki gunung ni..
nasihat ku, kuatkan hati ok! 


:: Hiking! at St.Veronica's Hill

assalamualaikum..


lagi sekali aku ingin update entry yg bergambar la plak. sebelum ni malas betul mengupdate. lepas ada event ni, *ceh event* baru la kerajinan sikit. 23/06/2012, kami seramai 12 orang pegi ke Tamparuli dengan menaiki bas Tuaran-Tamparuli dengan cas hanya RM2.00. 
tujuan mendaki bukit ni utk latihan mendaki gunung nanti. Alhamdulillah, selamat sampai puncak dan turun dr puncak. 
masa mendaki, cabaran betul! batu nya besar-besar pastu sangat curam. salah pijak kompom jatuh bergolek. *minta dijauhkan* kenyataannya begitu la. kalau x fit, jangan naik la. masa ni kami baru beberapa hari training dan masa naik, pun Alhamdulillah xda masalah, kaki x sakit. 
masa d puncak bukit, fuh! view Tamparuli dan Tuaran sangat cantik, boleh nampak semua. Masjid Tuaran yg jauh dari Tamparuli pun boleh nampak dr atas bukit. Subhanallah.. indah ciptaan Allah s.w.t ni..
masa turun, lagi mencabar, sebab kan batu besar dan tanah keras dan agak curam. (tanah liat) so, laju tahap gaban la turun. kalau kasut xda grip nauzubillah.. tapi Alhamdulillah ada kawan-kawan yg tolong. layan gambar dulu k..

ekspedisi bermulaa..
view dari atas bukit..
pekan Tamparuli from the top
kecuraman bukit
gunung Kinabalu, tunggu aku..
penduduk kampung yg relax ja pakai selipar naik bukit..
turun bukit pulak
pekan Tamparuli
jambatan Tamparuli yg selama ini ku ingini haha..apakah!
ni la bukit Veronica yg kami daki 
sungai Kiulu yg jernih
lepas tu, kami jalan-jalan kejap di pekan Tamparuli dan makan bakso di salah sebuah restoran d pekan ni, so far so good sedap jugak bakso nya. selama ni aku teringin sangat mau naik jambatan gantung Tamparuli sebab femes kan dulu-dulu. jambatan ni x la gayat sangat macam jambatan Kiulu dan Tuaran.. gayut saye *kata Kenchin* haha..
pekan ni sangat sesuai utk peminat fotografi *macam aku* hehe.. pekan dia yg ala-ala old town tapi menarik dan penduduk dia sangat peramah. :) mau datang sini lagi nanti~

:: KK's Adventure Park, where Fun Has No Limits!

as-salam..


kali ni aku mau share pengalaman ikut aktiviti yg sememangnya adventurous, ngam ka ayat ni? haha.. walaupun sakit-sakit otot kesan aktiviti semalam, tapi tak menghalang aku untuk update entry kali ni.. kepada siapa-siapa mau try aktiviti adventure macam ni, datanglah ke Krazy Ken's Adventure Park yg terletak di Pantai Beringgis, Papar, Sabah.


Wall Climbing : aktiviti first yg kami buat pd hari tu, suda la memang tak ada pengalaman buat aktiviti ni sebelum ni kami kena bagi bahagian wall pd tahap medium. wall climbing d sana ada 3 faces, Easy, Medium dan Hard. dorang bagi kami yg Medium la..so far aku tak sampai atas, haha.. so embarassing. takpa, lain kali aku g praktis la. hehe..

Easy Face of Wall Climbing
Low Ropes : aktiviti Low Ropes ni of course la melibatkan aktiviti yg berkaitan dengan tali.. dalam pakej, kami hanya dapat buat 3 jenis aktiviti tali.. sangat mencabar dan aku sendiri tak bole buat by myself. ugh! so embarassing lagi.. at least dapat habiskan aktiviti tali ni..thanks orang yg tolong support dr bawah, haha


Flying Fox : first time aku terbang, hahaha.. best! rasa gayat masa atas pokok dan naik tangga tinggi tu ja. masa terbang is the best. aduhh, rojak betul bahasa aku ni kan. it's worth to try. 


Kayaking : urghh! aktiviti ni sangat mencabar, jauhnya kami perlu berkayak. di tambah lagi dengan lemas dalam laut. fuhh! nasib umur masih panjang, kayak tenggelam saat mau berlepas. well, suda nasib kan, redha ja la..nasib jugak ada Life Jacket. suda la tak pandai berenang. saat aku tak kan lupakan! 
gambar masa berkayak aku tak ambik, atas keselamatan kamera. hehehe


Jungle Trekking : ni pun mencabar, sebab jungle trekking ni banyak part naik turun bukit. dan di siringnya pulak (siring=tepi) curam. kalau la masa tu pening or tak dapat control body akibat penat, confirm bergolek. nasib tak ada apa-apa, Alhamdulillah.
gambar jungle trekking pun tak ada ya. 


apa-apa pun thanks kepada krew dan instructor yg bagi kami support dan peluang utk cuba aktiviti di sana dan menjaga keselamatan kami. harap dapat jumpa dan never forget saat-saat berada d sana. KK's Adventure Park best!
our instructor, Mr Robert
peserta aktiviti KKAP
11/02/2012