Tips Melancong di Bandung (Bandung Part 1)

Assalamualaikum wbt,

first and foremost, sebelum melancong ke Bandung kek ke Jakarta kek, harusnya ada tips dong. hehe
selepas kami book tiket flight ke Bandung pada Mac 2013, fly November 2013, fuhh, lama betul.. sy pun geledah dan stalk blog blog orang termasukla blog korang. haha. 
semua tips sy kumpul dr blog dan kawan kawan yg sudah pernah ke sana.

Antara yg tips boleh sy kongsikan d sini ;

1. tak payah bawa baju banyak banyak. beli la baju I lop Bandung ka, baju d Factory Outlet ka (FO), bawa la 2-3 helai baju
2. bawa sweater (kalau ke Tangkuban Parahu) sebab d sana sangaaaat sejuk pd awal pagi terutama bahagian atas. angin pun kuat. bahagian jalan rayanya tu tak berapa sejuk, naik tengahri pun sejuk sikit ja. 
3. pakai beg kecil dan letak beg d depan. (wajib)
4. simpan Departure Card yg d beri oleh pramugari/pramugara semasa dalam flight ke Indonesia
5. sediakan senarai wang tukaran IDR - RM dan install Currency Converter d henpon
6. bawa beg kosong atau beli ja d tepi jalan yg kena jual tu, tapi kena pandai tawar la 
7. kalau ada orang lain (selain guide) yg offer mau tolong, tak payah layan, sebab semua pertolongan ada tips. 
8. kalau naik teksi, pilih teksi Blue Bird 
9. kalau rasa diri anda adalah seorang shopaholic, sila aktifkan pengeluaran antarabangsa awal awal. 
10. ubat. sangat penting terutama Panadol, ubat cirit birit dll. utk perut yg sensitif mcm sy, menyesal sy tak bawa ubat cirit birit. huu.
11. paling penting - Airport tax RP 150,000.00 utk yg balik melalui Airport Jakarta (Soekarno-Hatta) dan RP 75,000.00 (Airport Husien Sastranegara, Bandung)
12. masa d Tangkuban Parahu (TP), jangan takut dan jangan heran penjual akan ikut ke mana sahaja, yg penting, jangan layan or tawar sampai dapat paling murah. dorang jual barang d sana dgn harga yg tinggi
13. satu lagi tips penting d TP, kalau ada orang yg offer bawa pegi Kawah Domas, jangan ikut, tak memasal nanti keluar berjuta-juta rupiah korang kt dalam sana. 
14. kalau tak mau beli apa apa - jangan sentuh dan jangan tanya harga. kalau tak, dorang akan ikut korang sampai korang beli. 
15. oleh sebab orang Indonesia ni kebanyakkannya berbudi bahasa, jangan la tunjuk kekasaran bahasa dgn dorang yer.. serius sy nampak mereka sangat hormat dan ada sifat merendah diri serta sopan masa bercakap. tengok saja d jalan raya, kena hon tak pun dorang memaki. kalau d Malaysia, siap la keluar segala binatang yg d sebut. hoho. kan kan?
16. TP lagi, keychain TP hanya d jual d TP, jadi kalau mau beli, beli saja d gerai gerai dlm TP tu, d bandar or pasar lain takda jual tu keychain Tangkuban Parahu
17. shopping la awal pagi d Pasar Baru, biasanya peniaga akan kurangkan harga pada awal pagi, pecah telur katanya.. nasib kami la haritu pegi beli kain awal pagi. sangat. haha
18. tukar duit d Malaysia pun boleh d Indonesia pun boleh. masa sy tukar d Bandung, sy rasa tukaran d Bandung lebih banyak dr d Malaysia. heheh
19. bawa international-plug / travel adapter yg DUA pin sahaja. nasib la kalau korang dapat jumpa yg 3 pin tu. kebanyakkan hotel d Indonesia pakai 2 pin only.
20. bawa sentiasa pasport, IC, kartu kartu kredit, dokumen perjalanan dsb dlm beg korang.
21. bagi lelaki yg selalu letak dompet d belakang seluar, simpan la dlm beg or letak kt depan seluar plak. 
22. pegi oversea tak payah la tayang emas, berlian sangat. heheh
23. asingkan duit RP anda dlm sampul surat. contohnya, 1 sampul utk bayaran hotel, 1 lagi utk guide, 1 lagi utk makan, 1 lagi utk cukai airport, 1 utk belanja, 1 utk bayaran tiket masuk ke TP, Trans Studio dll. sy dah try dan sangat berguna cara ini!
24. tawar menawar sangat penting, tawar la sampai 50%-70% drp harga awal. kecuali kalau dorang kata "Harga Pass" atau "Harga Mati" jadi tak payah la korang tawar pula..
25. restoran dan hotel pasti mengenakan government tax
26. Hari Ahad sangat crowded d Bandung, sebab semua penduduk dr pelbagai negeri d Jawa datang ke Bandung utk shopping!
27. kebanyakkan mall, pasar, kedai jalanan akan buka pd jam 9.00 AM dan tutup 10.00 PM, Pasar Baru biasa tutup jam 5.00PM.
28. tempat tempat crowded macam d Pasar Baru, Tanah Abang, banyak pencopet, jadi letak beg d hadapan dan hati hati semasa membeli belah.
29. jangan bawa cecair (liquid) melebihi 1 liter sebelum naik flight ke luar negara
30. kalau ada peniaga mahu tengok pasport, jangan la baik hati bg tunjuk k. tak memasal dorang baik punyerr bagi naik harga. hihi
31. satu lagi tips berguna yg sy sediakan sendiri, check ramalan cuaca d sana, utk beberapa hari yg anda akan berada d sana. sangat berguna utk rancang aktivitas hari hari d sana. 
32. check juga waktu solat d sana, waktu solat Bandung berbeza dgn Jakarta, malah tempat lain d Indonesia pun berbeza waktu. mana mahu cari? google aja semuanya..
33. pastikan tinggalkan juga sikit duit RM masa d Indonesia, cara ini sy guna dan sangat berguna. masa tu sy ingat bakal kehabisan wang gara gara shopping so tukar RM 100, dapat la RP 300,000.00 sekali terbawa balik lah pulak 300K ni. spare utk bayar harga duti kastam kan. atau kalau terlebih muatan luggage. hihi

rasa nya ini dulu la yg boleh sy kongsikan, kalau teringat nanti, sy update lg la entry baru. heheh

5 thoughts on “Tips Melancong di Bandung (Bandung Part 1)”