:: apa planning cuti korang?

selamat berhari Sabtu!


sekarang sudah mula musim cuti sekolah, mesti ramai yg da plan mau pegi mana mana kan..ada yg g melancong, pegi I-City (bila la aku akan sampai ke sini..), shopping (sebab gaji da kluar. haha) dan tak kurang jugak yg duduk d rumah sambil mengadap laptop (macam aku)..
sebelum cuti aku da planning macam macam, antaranya sesi jahit menjahit (coming soon)..pastu online, tengok tv, duduk rumah, makan, tido tapi agak mustahil utk aku start belajar subjek subjek Semester 2. haha..
utk pengetahuan korang korang yg berada d Sabah,
Jun ni banyak event menarik kat Sabah..


yg ni akan diadakan d Kompleks Stadium Likas, ada Mizz Nina ya..4-11Jun - Sabah Mega Karnival

Sabah Mega Karnival
ini pulak after 5 tahun tak datang Sabah akhirnya kau datang jugak :D
Karnival Jom Heboh di Perkarangan Kompleks Stadium Likas pd 25-26 Jun
Karnival Jom Heboh
bolehlah datang dengan family dan kawan kawan kan..ngam betul Karnival Jom Heboh tu kan time gaji da kluar..haha..ibubapa sekalian, awasi anak anda.
perayaan Pesta Kaamatan juga diadakan pd 31 Mei ini..Kotobian Tadau Tagazo do Kaamatan. eh..ngam ka? huhu..ni bahasa Kadazan Dusun kan sebab ada 'z'.
Sabah bukan la negeri yg jenis suka buat pesta atau karnival, tapi kebanyakkan pesta di Sabah ni lebih kepada aktiviti yg libatkan keluarga contohnya Pesta Nelayan kat kampung aku ni semua aktiviti kekeluargaan..Pesta Rumbia pun aktiviti kekeluargaan, makan ambuyat. haha..so, don't misunderstand about 'pesta' in Sabah. kalau mau tahu pasal pesta pesta ni, tunggu la kalau aku da ada dslr tuh..haha..
bagi yg baru balik ke rumah tu, happy holiday & have a safety journey!


p/s : jangan lupa, hari ni Hari Tanpa Plastik. 

:: Aku bebas!

dear pembaca blog ini,


blog ni bebas dari Malware suda! yeah! kenapakah aku terlalu gembira? sebab macam dua minggu ja aku tak update blog ni..(follower pun tak bergerak) hehehe..akhirnya, aku tak lagi dirundung susah hati sebab tak dapat buka blog sendiri guna Chrome, hanya menunggu Mozilla Firefox loading lama lama baru dapat buka blog..


tiba tiba aku terlintas d fikiran untuk memanjangkan 'masalah' ini ke group We Are Sabahan Blogger Mania (WSB)..akhirnya dengan bantuan encik Joeville dan encik Samizul akhirnya........
akhirnya blog aku sihat, selamat dan boleh suda blogwalking ke blog korang..terima kasih ya!


punca Malware tu rupanya dari widget yg aku pasang sendiri, tapi ntah bila pulak dia masuk. nasib dorang suruh aku cek satu satu kod d widget tu. sikiiit lagi aku mau putus asa. si Fathia pun, eh..FA pun ada jugak tolong usahakan pencarian 'nikbir09' tu ngan si Wawa..tapi tak jumpa jugak..sebab widget tu duduk kat bawah blog aku. hahaha..aduih..tu la pasang lagi banyak banyak widget.


widget yg aku pasang tu 'Saving Energy' tu, tapi aku delete terus la..nanti takut datang lagi..
senang ja bah caranya..cari semua widget yg ambik dari tenet, pastu copy code ' nikbir09.ws' tu then klik 'Ctrl + f ' paste ' nikbir.09 ' tu, kalau jumpa d mana mana widget delete la nikbir tuu..siap dan selamat. tapi berhati-hati juga la d masa depan.. 


bye bye nikbir09!  welcome my friends. :) 


bebas itu banyak maksud, bebas dari peperiksaan, bebas dari relationship, bebas dari Malware! haha
kebetulan baru habis paper tadi, mood cuti dan mengadap laptop sepanjang masa. bagus blogwalking kan..
aku mengerjakan something, coming soon.. :)


:: Warning! something's not right here

para pengguna setia Chrome, 


aku kata Chrome sebab kalau aku buka blog ngan Chrome ja dapat detect Malware macam ni

kalau buka ngan Mozilla, insya Allah tak ada.. hehe..trust me, aku dah try banyak kali
aku dah warning awal awal jangan kata aku sengaja tak remove Malware tu pulak..
sebenarnya begini, hari tu aku tengah cari link utk download movie Thor, pastu ntah tiba tiba ada warning yg blog tu ada Malware or Virus aku main biar ja..astaga..kesilapan sendiri la ni..
so, sapa sapa tau macam mana mau remove Malware tu sila bagitau ya..
aku da try Malware Bytes Anti-Malware ngan AVG..masih tak dapat..tolong ea.. :)
sorii kepada korang yg tak dapat blogwalking d blog ni..huhuhu..


* aku anggap ja ni dugaan dan penyebab untuk aku belajar (exam mood) *

:: Lucky Draw Contest : GA blog Nemomimosh

berusaha mengagahkan diri untuk memjawab tag walaupun aku ni seorang yg pemalas menjawab tag dan kadang terlupa..maaf..tag kali ni d beri oleh Cik Lulu..<< klik untuk ke blog beliau..thanks Cik Lulu!
GA ni datangnya dari blog Cik Nemo. tapi siapakah Cik Nemo?..marii kita berkenalan..(klik link merah utk ke blog beliau) 
tapi korang wajib ke blog beliau jugak baru dapat tengok syarat-syarat nya..

klik utk ke blog Cik Nemomimosh
sorii la aku tak pandai buat link kat gambar walaupun boleh gogel tutorial..haha..
tapi rasa macam nak bagitau jugak la syarat-syarat nya, =)


1. Add Zeera Boutiquee di Facebook
2. buat entry pasal GA ni dan mesti ada banner cam kat atas tu
3. Link kan entry korang di blog Nemomimosh
4. Tag 3 orang kawan dan bagitau dorang
5. tinggalkan komen d blog Nemomimosh tu, Nama kat Facebook & link entry korang


GA ni berdasarkan undi, manatau nasib kan..dapat jugak baju free fesyen Korea nii.. :D
tak percaya cuba tengok..
(saja kasi besar gambar..haha)
kalau aku, aku pilih NO. 1 ya..sebab boleh matching dengan jeans. hoho..
tarikh tutup : 31 May 2011


tag:
 sapa sapa saja yg nak join GA ni..hehe 

:: good luck for exam

assalamualaikum..


nak cakap sikit ja la sebab busy study (kononnya lah) study apa kalau TV depan mata. haha..
sekarang mood berpeperiksaan jadi aktiviti blogwalking tergendala seketika, apatah lagi aktiviti berkomen komen kat blog korang..mintak mahap la ea..hehe..semoga berjaya kawan kawan yg ambik exam bulan ni..

bukan dari gogel..haha..


i wish you all GOOD LUCK dan ALL THE BEST
kata Ranchodas Shyamaldas Chancad dalam cerita 3 Idiots "aal iz well". best movie ni. (tiba tiba cerita pasal movie)
ok..itu saja untuk kali ini..babai~

:: Selamat Hari Guru, terima kasih cikgu..

Selamat Hari Guru buat semua guru dan bakal guru d Malaysia ni..guru, jasa mu dikenang hingga akhir hayatku, berkat jasa dan budimu aku bakal mengikut jejak langkahmu..

Dear Teacher,
Thanks for making us what we are today.
Happy teachers Day



Teaching is the profession that teaches all the other professions


ucapan ni aku tujukan buat semua guru dan bakal guru..bakal guru juga merupakan seorang guru..kami belajar dan belajar untuk menjadi seorang guru yg mampu melahirkan anak bangsa yg berguna..
jangan pernah melawan guru, kerana ilmunya sangat berkat..
hormati dia seperti hormatkan ibu bapa..
kadang kadang guru akan marah, tapi di hati masih sayang..
ingat..kalau bukan guru, bolehkah kita memijak menara gading? bolehkan kita bekerja di bilik ber air-cond? bolehkah kita mengira pecahan? algebra?

*agak melalut di situ* 


akhir kata,
Selamat Hari Guru buat guru guru ku d tadika, SK Pekan Menumbok, SMK Menumbok, dan semua pensyarah d IPG Kampus Kent..Terima Kasih guru..terima kasih... 
:)


mode : berpeperiksaan. hehe..

:: Penjual kedai ikut-ikut korang masa beli-belah

amboi. tajuk panjang gituu. hehe..
topik hari ini, penjual terikut-ikut korang masa beli-belah. apa perasaan korang?
pelik kan??
tapi masa nak tanya dorang, dorang tak ada pulak. ishh..
sangat merimaskan bila dorang ikut ikut kita masa tengok barang, baju, kasut, perfume. macam la kita nak mencuri kan..pastu dorang ikut tu ngan muka ketat. muka serius. macam mana orang nak beli kan dah la ikut ikut pastu buat muka macam tu. pelanggan pun lari macam tu..
maybe dorang tak nak kita try benda yg dijual tu kot.
satu lagi, dorang akan ikut kita round round kedai tu..macam stalker kan?

hahaha..yg ni lucu. dia yg stalker tapi tuduh orang tu stalker plak. adui..
maybe jugak bos dorang yg suruh buat macam ni supaya pelanggan tak curi or try, tapi kalau ada CCTV pun tak guna jugak CCTV tu di sana. kalau aku sorang sorang time shopping pastu dorang ikut, aku tengok kejap ja lepas tu aku keluar dari kedai tu. sapa suruh ikut ikut, aku pun malas mau beli..haha..
korang share la pengalaman korang masa beli belah. komen sikitt. hehe 
*selamat berhujung minggu!*


inginkan iPhone 4? klik sini dan dapatkannya hanya RM58 sebulan!

:: Award for 600th follower

siapakah yg akan memegang award follower ke-600 blog ni?
jeng jeng jeng..
ni dia follower ke-600!
Acuyuhan 
tahniah! ada award utk anda dan sila ambik di kaunter..hehe..

terima kasih kerana melengkapkan nombor follower tu jadi 600..hehe..sebenarnya aku tunggu dah lama jugak sapa lah follower ke-600 ni..
owh ya, semalam satu dunia kot blog tak dapat buka kan. apa la abang engineer tu, repair blog sampai satu hari..hahaha..syukur tak hilang apa apa d blog ni.. :)


p/s : sekarang mood berpeperiksaan, maybe blog akan terabai seketika dalam masa dua minggu ini. oh, kesian blog ku..terima kasih kepada korang yg singgah..

:: From Zaihayu with Love and Domo-kun♥

wah jauhnya love dan domokun ni datang, dari Perlis ke Sabah..hehe..
pemberian comel dan cantik dari my lovely friend, Ayu. firstly, i nak minta maaf la banyak banyak maybe da susahkan Ayu buat domokun ngan yg love love tu..huhu..actually, Ayu ni sorang yg kreatif. cikgu mesti kreatif kan..hehe..cuba tengok hasil tangan kreatif yg Ayu buat ni..

depan
belakang
domo-kun
terima kasih banyak banyak yea cik Ayu..nanti giliran i pulak bagi Ayu something..huhu..insya Allah..
so, sapa sapa yg berminat nak beli domo-kun dan banyak lagi keychain macam ni..ada banyak jenis, bentuk dan warna. korang pegi ke blog beliau sendiri kat sini >> Miszackzaihayu.blogspot.com dan ke sini jugak >> Miszack Tomei2  bukan saja ada Domo-kun, bunga, love, tapi ada jugak hairband dan handphone case. keychain bentuk jersi pun ada. jersi Chelsea? Manchester United? confirm ada! bookmark, nametag, handphone keychain pun ada..tak percaya tengok ni..(gambar dari blog Ayu)
credit to blog miszack tomei-tomei
kualiti keychain ni sangat berbaloi ngan harganya coz ianya d jahit oleh Ayu sendiri yg berpengalaman dlm membuat keychain ini. korang boleh jugak beli keychain ni sebagai hadiah birthday kat kawan kawan, blogger lain dan kpd cikgu sempena hari guru yg tak lama lagi..hehe..
jangan lupa ke blog Ayu ok kalau nak tempah..
blog Miszack tomei tomei >> http://tomey2miszackcollection.blogspot.com

:: Selamat Hari Ibu .. miss you so much! ♥

first of all aku nak wish kepada semua ibu ibu d dunia ni (especially yg terbaca post ni) "selamat hari ibu"


niat kita sambut hari ibu ni adalah untuk meraikan seorang insan mulia bernama IBU. ada jugak aku terbaca di Wikipedia pasal sejarah Hari Ibu ni..mmm..itu orang Barat la kan. kita Malaysia buat cara kita. bukan mau remember mother orang lain..but remember our mother's sacrifice for us. 


cehh..speking pulak..tapi entry ni memang aku mau feeling la.. :)
apa yg korang buat or hadiahkan sempena hari ibu ni? kalau aku, aku tak buat apa apa..sebab ibu aku jauh dari aku. lama suda kami tak jumpa..masa aku darjah 2..time tu umur aku 8 tahun. sekarang aku suda 22. bayangkan 15 tahun aku tak jumpa..sapa tak sedih n sapa tak rindu kan..I always remember her face sebab dialah ibu yg melahirkan aku dulu dan membesarkan aku walaupun sekejap. it's all because my parent were divorced. harap korang n kawan kawan aku faham mengapa aku tak story about my mother.. macam mana juga mau story kan sedangkan aku lama tak jumpa dia..
apa apa pun aku sentiasa berdoa supaya aku berjumpa dengan dia suatu hari nanti. Insya Allah..aku dan mother lost contact since I was 8 years old. sejak tu jugak aku tak penah sebut "Mama" to my mother..nenek aku kata, ibu aku adalah seorang menantu yg baik dan cantik. give praise to your mum. tapi aku tak mewarisi kelebihan beliau, aku lebih mewarisi bapa aku. hehe (ya. aku tak cantik)
see everybody put their mother's pic as their profile pic in fb..aku hanya mampu melihat..tapi aku gembira sebab mereka menghargai ibu mereka! :) 


if one day I meet my mum, I will live with her, give my love for her and make her always happy.
aku teringin ada keluarga yg bahagia n sempurna macam orang lain. tapi kehidupan ni tak kan sempurna kan. pasti ada hikmah d sebalik semua ni..
otherwise, walaupun orang akan kata aku ni kekurangan kasih sayang, tapi semua tu bukan penghalang untuk berjaya dalam hidup kan? kadang kadang ada orang yg parents dorang bercerai pun mesti dorang lebih cenderung kepada perlakuan devian. (hah! devian apa tu?) devian tu perlakuan jahat la macam tu..contohnya cerita Jeffrey Dahmer. tak kenal Jeffrey Dahmer? aku pun tak kenal. haha (gogel kat wikipedia ya) mungkin, aku terbagi korang contoh yg dasat tapi itulah contoh perlakuan devian yg kekurangan kasih sayang.


bagi aku, memang penting kasih sayang kedua ibubapa ni, tapi berjaya dalam hidup pun penting. cuba tengok orang yg masih ada kedua dua ibubapa. masih jugak menyusahkan dorang kan? walaupun aku membesar tanpa ibu d sisi, tapi aku membesar dengan nenek aku yg sangat penyayang. she always give me the best. dengan doa doa dan kasih sayang yg beliau bagi, aku dapat menikmati kehidupan yg ada masa hadapan. sorry sebab melampau lampau dalam blog ni. just sharing bah kan. :)
jadikan kekurangan itu sbgai semangat utk berjaya.


song for mum, "Mama, you're the queen of my heart"


♥♥♥ to my mum, "I just want you to know that I love you so much and I hope we'll meet again soon. you are the best mum I ever have" ♥♥♥ 

p/s : sorry for grammar mistake, minta puji kan mau juga guna English. mmm..

:: FM from Australia

GA lagi, tapi GA ni best sebab tak perlu tag tag orang n open to all.

first, jadi follower blog Key.Pho.Chee klik link warna merah ni ya. 
slogan "Saya teringin sangat nak FM Australia tu sebab saya suka souveniers dari luar negara dan saya tertarik dengan FM tu" 
ok tak slogan, macam lain plak bunyinya. hehe
tarikh tutup : 20 Mei
tinggalkan link dan sila pergi ke blog Key.Pho.Chee for more information.
thanks to Cik Azizah, kerana bagi inspirasi kat aku join GA. hehe~

:: Angry Bird!



Angry Bird..cek la mana mana laptop kawan kawan mesti ada game ni..best giler giler hahaha..
walaupun entri pasal Angry Bird ni ramai da yg buat tapi aku mau buat jugak. hehe..sebab game ni best dan nampak macam simple ja tapi akan membuatkan kita marah bukan bird yg marah..
firstly, Angry Bird ni kami main di Ipad classmate ja..biasa la kebaruan..
tapi sekarang ada da versi komputer punya..dalam kelas aku pun sudah infected sama game ni, so kami main la Angry Bird sampai la ke asrama sekali punn..
Birds yg berwarna warni dalam game ni berusaha utk mendapatkan telur, pastu baby hijau (pig) pula yg mesti d lastik sebab dorang yg jaga telur tu..syok la main lastik burung..hehe.. pastu game ni ada la level level yg makin susah..paling best dia punya sound effect sama ketawa si pig tu. adui..bikin panas ja. sebab pig tu ketawa "ngeh.ngeh.ngeh" dia ketawa tersengih. dlm game ni, kita kena lastik binaan yg melindungi pig pig itu sampai dorang mampus. haha
sapa yg da penah main sampai addicted tu tau la macam mana rasanya main game tu..
utk pengetahuan korang juga, game Angry Bird ni penah di calonkan bagi anugerah "Best Casual Game" semasa International Mobile Gaming Awards di Barcelona 2010, dan baru baru ni April 2011, Angry Birds memenangi anugerah "Best Game App" dan "App of the Year" di UK Appy Awards..hmmm..perlukah aku bgtau semua ni?? hehe..
kalau korang mahu buat patung Angry Birds ni sendiri, korang bole la tengok kat blog omputih ni
Obsessively Stitching kalau da siap bole jual..
mari kita tengok Angry Birds yg dapat di bela di rumah..
pig or babs.

tugas burung ni-wood beaker

mempunyai kepantasan terbang apabila korang 'klik'-maching bird
Ozlyn..haha..
burung satu ni (burung / birds ya) nama dia bukan Ozlyn tapi ni Ozlyn yg bagi..soo sweet..aku sayang banget sama dia. siapakah Ozlyn? Ozlyn ni good friend aku..dia d kelas BM aku d kelas P.Sosial. walaupun kami berlainan kelas, tapi kami KAWAN! hahaha..gedik. Ozlyn meminati game Angry Bird, apa apa pun "thanks Ozlyn!" sayang Ozlyn sangat sangat :)
tengok kek Angry Bird
ni la aku mau kasi si Ozlyn..hehe..
sekian saja cerita pasal Angry Birds..Angry Birds bagus utk release tension study ~fin~

:: Manfaat Mandi Pagi

hari ini mari kita bercerita pasal manfaat mandi pagi..bukan semua rakyat Malaysia ni suka mandi pagi
kalau pegi tandas pun setakat cuci cuci mata dan berus gigi..kalau dorang Chinese tak apa la sebab tu budaya mereka dan ada sebab sebab tertentu..mandi pagi sangat banyak kelebihan terutama mandi dengan air yg dingin tu walaupun sejuk tapi menyegarkan. sangat penting bagi pelajar dan pekerja ya ^^



1. Melancarkan peredaran darah
- Menurut kajian, mandi pagi dengan air dingin dapat membantu melancarkan peredaran darah. badan pun rasa lebih segar. bila peredaran darah lancar, maka darah dan oksigen akan sampai ke otak lebih cepat dan kita akan lebih cepat berfikir dan lebih pick-up. tak mau selow macam kura kura..


2. Meningkatkan sel darah putih
- Menurut kajian lagi, mandi dengan air dingin akan membantu meningkatkan sel darah putih. bila sel darah putih meningkat, maka makin tinggi lah daya tahan tubuh terhadap virus dan penyakit. kita pun akan sihat selalu..


3. Meningkatkan kesuburan
- ini kerana, mandi pagi meningkatkan hormon testosteron bagi lelaki dan hormon estrogen pada wanita. mmm..no komen pasal ni hahaha..


4. Memperbaiki kesihatan badan
- bila mandi badan kita akan bersih, kulit bersih dan sihat serta tidak kering. paling penting girls, mandi air dingin dapat mengurangkan lingkaran bawah mata yg macam panda sehinggakan kesegaran wajah semakin terpancar. wow! mandi air dingin jugak akan membuatkan kuku lebih cantik dan sihat.


5. Rambut lebih sihat
- semasa membasuh rambut, air dingin tu akan melindungi kulit kepala daripada kotoran yg melekat di kulit kepala. rambut akan lebih sihat dan kuat.


6. Mengurangkan tekanan
- Mandi pagi terutama dengan air sejuk dapat menyegarkan badan serta mengalirkan peredaran darah, bila badan segar maka perasaan tertekan jugak akan berkurangan kerana kita lebih relaks dan tenang lepas mandi.


Antara kelebihan lain, bila kita belajar atau bekerja kita akan bekerja dengan pelbagai keadaan dan situasi. bila badan kita berbau sebab tak mandi pagi mesti orang lain akan geli dengan kita kan? 
geli sebab badan bau, rasa tak bersih, n mesti orang fikir, orang malas mandi pagi ni pemalas. tapi kalau kita mandi pagi, orang selesa utk bekerja or belajar bersama, kita pun tak lah rasa tak selesa..
tengok, kucing pun pandai mandi. nampak beno nipunye gambar ni kan. hahaha
                                                             
                                                                                                                                     sumber : Tips

:: kenal dulu baru nilai

as-salam kalian, 
sebelum aku meneruskan cerita, pernahkan korang masa pertama kali jumpa seseorang yg tak dikenali contohnya masa kat tandas awam ka, d shopping mall ka, d panggung wayang ka..
apa pandangan korang terhadap orang tu buat pertama kali? 
contoh, bila kita jumpa dengan kawan baru tapi dia nampak sombong sikit. nah, ni suda perspektif pertama kita terhadap orang tu. -sombong- 
tapi beberapa puluh minit lepas kita berkenalan dengan kawan baru tu, sebenarnya dia tak sombong pun..tu cuma tanggapan awal kita dengan orang yg baru dikenali..
tapi ada jugak la yg betul betul sombong..tu aku tak mau cerita..
pernah dengar pepatah ni "don't judge book by it's cover" memang la kan banyak kali da dengar..
maka, manusia pun begitu la, jangan nilai seseorang dari luaran..
walaupun muka orang tu keras, muka ketat, jangan dulu anggap dia sombong or apa apa la..
mana tau kan muka ketat sebab tahan sakit perut ka..hehe..
dari pengalaman aku, aku nak cerita ni hehe..dulu ada kawan pakcik aku datang rumah, pastu first sight aku bak kata orang putih, aku ingat dia tu sombong. hanya dengan melihat muka beliau yg tak pandai senyum tu..tapi bila terjumpa lagi masa PBS hari tu, beliau sangat baik hati dan peramah. jadi, aku rasa bersalah sebab selama ni fikir beliau seorang yg sombong..mmm..
kalau difikirkan secara positif, beliau tak senyum sebab tak kenal aku kan..
kesimpulannya, kenali dulu seseorang tu baru menilai baik or buruk dia..^^


dunia hanya pinjaman..sombong bukan boleh di bawa mati.. :)
ntah apa apa..apa apa pun, Selamat Hari Pekerja!
~terlambat, sekarang sudah 2 Mei..~