:: memanas d alam maya

salam..entri ini mungkin akan menjejaskan emosi pihak2 yg bakal terasa ngan ayat2 power d sini..sila cepat2 tekan CLOSE jika tidak suka. jika suka atau ingin tahu, teruskan pembacaan anda asal risiko tanggung sendiri. hehehe..


pernahkah kamu ternampak komen2 panas dan mengandungi unsur2 sakit hati? sudah tentu la pernah kan..semua tempat ada, fesbuk, blog, twitter, dan lain-lain. tapi pernahkah kamu terlibat dalam memberi komen2 sebegini rupa? menaip dengan penuh emosi dan jantung berdegup pantas lalu tanpa memikirkan masa depan, terus menekan butang 'Enter' atau 'Comment'. tadaa! muncul pun ayat power korang kat sana. 


gambar hiasan..dr Facebook. tapi ni blum power sangat la..sbgai contoh..
tp part x boleh tahan tu..beliau salahkan pihak berkuasa..kick la!




puas hati x? opkos la kan..tapi cara sebegini tidak mendatangkan faedah mau pun kepuashatian (ada x ayat gini?) diri sendiri atau pun orang lain. kerana ini la menyebabkan wujud prejudis, prasangka buruk (ahh..sama la tu prejudis dan buruk sangka) sesama rakyat Malaysia. jadi, apa la guna 1 Malaysia tu kalau d FB pun mau gaduh2? nak kata aku penyibuk..haa memang penyibuk pon. aku sibukkan diri untuk kebaikan bersama. aku bukan budak2 la, fikiran aku skang pun bukan tahap main masak2 lagi la..aku pun x mau nak malukan sapa2 d sini, sebab masing2 ada maruah n hak untuk bersuara. yg masih bawah umur, duit belanja sekolah pun mak ayah yg tanggung jangan menyampuk or menyibuk dengan menaip benda2 x senonoh n x berfaedah d facebook atau mana2 pun sudut d alam maya ni ok..cikgu x suruh pun kan taip yg x bagus..main game Barn Buddy sudah la..
yg lebih berusia tu pun agak2 la kan cakap or komen yg power2 kat laman sosial ni..nampak segala2nya. n then, secara semulajadinya orang lebih dewasa, lebih matang kan gaya pemikirannya..


ni aku ambik jugak contoh orang emo2 kat FB..hahaha..emo la sangat. aku rasa harus jugak la menegur orang2 yg sedemikian rupa kan..lagi2 kes2 yg macam ni, beliau ni orang kampung aku, tapi memanas ngan orang kampung aku jugak..jadi, d mana kesefahaman tu?? (semangat patriotik woo..) ok2..stop yg itu. apa yg penting? kerjasama! kalau mau rakyat bersatu padu, mulakan dari dalam rumah, lepas tu jiran2 sebelah rumah, kemudian dengan orang2 d sekeliling anda, baru la masyarakat Malaysia dapat bersatu kan..entri macam ni mesti buatkan korang jemu sejemu jemunya kan..sorry ya..aku hanya meluahkan pendapat jer..jadi, fikirlah untuk kebaikan bersama. menegur boleh, tapi dengan cara yg betul. memanas pun boleh, tapi d gym sahaja..sekian ceramah hari ni..


p/s : entri di taip dengan sedikit emo tapi masih waras..
harap maaf jika tersinggung dan tersalah kata,
jangan sesekali menyalahkan orang yg x bersalah. titik.


" United we stand, divided we fall " - Aesop Fables (Ancient Greek)

" So powerful is the light of unity that it can illuminate the whole Earth " Baha'u'llah (Iranian theologian & philosopher)

4 thoughts on “:: memanas d alam maya”

  1. hehehehe...kalu raser2 nak emo tak bertempat,tempat paling sesuai ialah di dalam gua,hahha...kiter hidup bermasyarakat,jadi kena sedar diri,bhawa bukan kiter jek yg idup kat dunia nih,hehhee