Bersawang blog tak update lebih kurang 8 bulan gitu.. ada juga rupanya cikgu cikgu d sekolah sy stalk blog sy. wakakakak. nasib x terumpat kamu.. by the way, banyak sangat mau di ceritakan pasal sekolah ku itu. kerana kesibukkan sebagai guru, d tambah lagi masa awal awal tahun dan pertengahan tahun tu line wifi tidak sampai ke rumah jadi memang tak ada la mau update blog. hanya mampu buka SAPS & APDM d hujung minggu atau cuti sekolah. haha. guru sangat.
Lepas meeting akademik sekolah hari tu, keputusannya masih meneruskan tanggungjawab sebagai guru Bahasa Inggeris. English teacher gitu. yg bukan kos lagi. dekat setahun ajar Bahasa Inggeris memanjang 30 waktu seminggu, maka my English quite improve lah sikit sikit. walaupun tidak mampu sebenarnya, kesian juga tak ada guru yg betul betul optionist. maka hanya mampu menangis dalam hati.. kesian kos sy, tak terguna ajar Sejarah, KT, PSK, BM, PJK. bilang PK, kalau ajar dua dua tahap baru ada cabaran. ya lah, SYMP saja sy. haha
Sejak beberapa bulan lalu, my school has been upgraded sikit sikit terutama elektrik dan air. Alhamdulillah. melimpah limpah kemudahan kena bagi masa tu. kerja wiring & korek telaga tiub datang sekali dalam bulan tu. maka sekarang, kami menikmati air masin bawah tanah yg sangat pure, jernih, melekit sikit dan agak masin. air mineral kan. sekarang tak payah kami penat penat angkut air dengan baldi dr belakang rumah, dr belakang sekolah, dr sungai, sambut air hujan..elektrik pula, sekolah kami sudah ada elektrik. boleh la guna Laptop 1 Malaysia tu utk ajar murid murid, dan tidak lagi kami kepanasan di kelas.
simpang ke sekolah kami dr jalan besar Sepulut-Kalabakan |
Post a Comment