Kehidupan Baru di Nabawan

Lamaaaaaanya sy tidak update blog. satu tahun. sekarang ni sy sudah pun habis belajar, dan bekerja sebagai guru di salah sebuah sekolah di pedalaman Nabawan. *macam buat kajian tindakan*. SK Simatuoh, Nabawan. jaraknya dari Pekan Nabawan ke sekolah ni, a little bit far away from the pekan. 40 minit atau sejam macam tu.

First time masuk ke sekolah ni sy agak cultural-shocked sikit bukan sebab sy tinggal d bandar, sy memang tinggal d kampung juga, tapi yg ini pedalaman. boleh la P1 saja. tidak la naturuk sangat. sy belajar bahasa Murut sikit dari budak budak. Tambah shock bila sy diberikan tugas jadi Guru Bahasa Inggeris. amaa..sy punya grammar pun tidak stabil ini kan pula ajar budak tahap dua dan UPSR.

Cikgu cikgu d sekolah tu tersangaatt la baik hati. dorang jaga sy macam sy budak budak lagi, haha..setiap pagi mesti ada jiran hantar sarapan, tak pun kakak kerani, petang dan malam cikgu ajak makan. sy bersyukur sangat dapat sekolah ni. walaupun kurang guru perempuan. so lepas ni sy kena belajar blend in dgn guru lelaki, jaga batas pergaulan dan pandangan sekali.. inshaAllah..

Segan juga bergantung hidup dgn orang, tapi kerana terpaksa, aku relakan. kalau sudah ada kereta sendiri, inshaAllah tidak lagi menyusahkan. sekarang ni sy sangat memerlukan tunjuk ajar dari guru guru senior. sy ni mudah lupa, walaupun bukan Melayu. aha

Sy sorang saja posting d sekolah ni, harap ada lagi bakal menyusul. kalau boleh perempuan ka..hehe..seriously walaupun baru satu minggu sy sangat segan d sekolah tu. jd better sy mendiamkan diri daripada menyusahkan orang. tapi sy tidak sombong la. sy sangat berterima kasih dgn guru guru yg baik hati yg banyak tolong sy, hanya Allah saja mampu balas jasa kalian. That's all. :)

This entry was posted . Bookmark the permalink.

3 thoughts on “Kehidupan Baru di Nabawan”

  1. sebenarnya best sekolah jauh jauh di pendalaman ni... nilai nilai kemanusiaan masih wujud dan kental... kasih sayang juga sangat terasa berbanding di bandar yang mana2 guru2 kurang dihormati...

    salam dari Kota Kinabalu

    salam singgah