Assalamualaikum w.b.t,
salam Jumaat, Alhamdulillah hari ni masih berpeluang update entry setelah lama menyepi dari dunia perbloggan, *eh, adaka ayat camtu?* :P tujuan menyepikan diri tu sangat lah banyak sebab komitmen dgn assignment, program itu ini, BIG sana sini, dan macam-macam lagi la..
tapi tiba-tiba hati ini terdetik dan tersentuh, *cehh* lepas ja terbaca entry dr blog sahabat aku td, aku terbaca entry tentang seorang sahabat. sahabat itu aku kenal dan rapat. tapi biar la aku tidak mention namanya di sini, cukup aku ceritakan betapa dia seorang yg sangat baik dan sangat bertuah menjadi seorang hamba Allah yg diberi nikmat dan ujian di muka Bumi ini.
lepas baca entry itu, aku menangis dan aku terharu kerana aku juga merasakan perkara yg serupa seperti apa yg sahabat-sahabatnya rasakan.
sahabat itu seorang yg mesra , peramah, tidak sombong dan aku kagumi ketabahannya menghadapi ujian yg menimpa dirinya. meski dia sedang sakit, dia masih mampu utk menggembirakan orang-orang disekelilingnya. dia masih mampu tersenyum dan sentiasa berusaha utk menghampiri kawan-kawannya walaupun dia jauh. betapa kuatnya dia menghadapi semua ini. mungkin sebab itu Allah menguji dia sebegini rupa.
aku menangis saat aku terdengar dia ditimpa ujian itu, padahal aku tidak rapat dgn dia dahulu. Allah Maha Mengetahui. mungkin semua itu ada hikmahnya..
buat sahabatku,
"Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur."
"Syafakillah syifaan ajilan, syifaan la yughadiru ba'dahu saqaman"."semoga Allah menyembuhkanmu secepatnya, dengan kesembuhan yang tiada sakit selepasnya."
aku hanya mampu mendoakan mu dari jauh, semoga kau kuat menghadapi ujian dari Allah. sahabat-sahabatmu juga sentiasa mendoakanmu, semoga kau cepat sembuh dan gembira lagi sepeti dulu :)
terima kasih sahabat!
kesian si sahabat. semoga dia cepat sembuhh. aminnnnn.
sakit apa dia? (tertanya2)
#apa 12 jam?? karau lah mcm tuh, sukur aku tinggal d Kb, hehehe *bangga =p
ermm..dia ada kanser. huhu..
mmg karau la kami d sini. p kuliah baju x iron, tp bkn aku la..kekeke
ciannya dia..semoga dia baik2 saja hendaknya..hanya mampu berdoa sebagai sorang sahabat..
iya..Achie.. smoga dia kuat..
semoga dia tabah..
=)