:: KK's Adventure Park, where Fun Has No Limits!

as-salam..


kali ni aku mau share pengalaman ikut aktiviti yg sememangnya adventurous, ngam ka ayat ni? haha.. walaupun sakit-sakit otot kesan aktiviti semalam, tapi tak menghalang aku untuk update entry kali ni.. kepada siapa-siapa mau try aktiviti adventure macam ni, datanglah ke Krazy Ken's Adventure Park yg terletak di Pantai Beringgis, Papar, Sabah.


Wall Climbing : aktiviti first yg kami buat pd hari tu, suda la memang tak ada pengalaman buat aktiviti ni sebelum ni kami kena bagi bahagian wall pd tahap medium. wall climbing d sana ada 3 faces, Easy, Medium dan Hard. dorang bagi kami yg Medium la..so far aku tak sampai atas, haha.. so embarassing. takpa, lain kali aku g praktis la. hehe..

Easy Face of Wall Climbing
Low Ropes : aktiviti Low Ropes ni of course la melibatkan aktiviti yg berkaitan dengan tali.. dalam pakej, kami hanya dapat buat 3 jenis aktiviti tali.. sangat mencabar dan aku sendiri tak bole buat by myself. ugh! so embarassing lagi.. at least dapat habiskan aktiviti tali ni..thanks orang yg tolong support dr bawah, haha


Flying Fox : first time aku terbang, hahaha.. best! rasa gayat masa atas pokok dan naik tangga tinggi tu ja. masa terbang is the best. aduhh, rojak betul bahasa aku ni kan. it's worth to try. 


Kayaking : urghh! aktiviti ni sangat mencabar, jauhnya kami perlu berkayak. di tambah lagi dengan lemas dalam laut. fuhh! nasib umur masih panjang, kayak tenggelam saat mau berlepas. well, suda nasib kan, redha ja la..nasib jugak ada Life Jacket. suda la tak pandai berenang. saat aku tak kan lupakan! 
gambar masa berkayak aku tak ambik, atas keselamatan kamera. hehehe


Jungle Trekking : ni pun mencabar, sebab jungle trekking ni banyak part naik turun bukit. dan di siringnya pulak (siring=tepi) curam. kalau la masa tu pening or tak dapat control body akibat penat, confirm bergolek. nasib tak ada apa-apa, Alhamdulillah.
gambar jungle trekking pun tak ada ya. 


apa-apa pun thanks kepada krew dan instructor yg bagi kami support dan peluang utk cuba aktiviti di sana dan menjaga keselamatan kami. harap dapat jumpa dan never forget saat-saat berada d sana. KK's Adventure Park best!
our instructor, Mr Robert
peserta aktiviti KKAP
11/02/2012

6 thoughts on “:: KK's Adventure Park, where Fun Has No Limits!”