:: Kursus Sembelihan

as-salam,


hari ini, dengan redha aku ikut kursus sembelihan *wajib* sebenarnya, aku tengok ja orang lain sembelih, aku tak sembelih binatang tu.
sebelum tu,
apakah maksud SEMBELIHAN?
~menghilangkan nyawa binatang yg halal di makan dengan memutuskan urat halkum dan urat merih menggunakan alat yg tajam dengan niat~


lepas belajar teori menyembelih, kami buat amali pulak. jom tengok gambar yg aku ambik tadi guna henpon jaa.. 

ayam redha..
rupa ayam sebelum kena sembelih..
c Zul sedang menyembelih, yihaa! 
jom cabut bulu-bulu
cabut lagii
hati ayam
fokus kat G-Shock, haha..sapa punya tuu
ayam-ayam bukan ayeem ayam. haha
sekian la entri untuk kali ni, minta maaf pd korang-korang yg blognya belum aku g, insya Allah nanti time raya aku g masa korang tengah tido. hahaha


*psst, @Zul, sejak bila blog kau ada "www" ? wah.. majuu!*

:: 22 years..

as-salam, syukur alhamdulillah aku telah mencapai usia 22 tahun pada hari ini.. tujuan aku buat entri ini, aku pun tak tau. mengada kali. haha.. apa-apa pun, aku bersyukur ke hadrat Allah s.w.t sebab memberikan aku peluang utk hidup d Bumi-Nya ini sepanjang 22 tahun ini, diberikan peluang-peluang yg baik, kesihatan dan kesempurnaan fizikal. alhamdulillah.. terima kasih kepada ibu bapa aku yg telah melahirkan aku ke dunia, keluarga yg menyayangi, kawan-kawan yg sentiasa caring dan loving, orang-orang sekeliling yg baik.. 
terima kasih juga kpd yg wish birthday sama ada melalui SMS, FB, blog, d jalan raya dan d mana jua anda berada. TERIMA KASIH banyak-banyak. tu saja la aku mau taip, hari ini aku gembira dengan kawan-kawan, meski aku masih menanti kawan aku yg satu orang itu utk wish, tak ada juga dia wish. tak apa la.. *ops, terbagitahu rahsia* hehe.. babai, selamat berpuasa. :)


*i was born on 15th August 1989 and awet muda. haha*







putus tunang memang sakit, apatah lagi putus cinta. adehh..

:: aku jadi ahli Meteorologi.

as-salam,


Jumaat lalu kelas kami ada buat lawatan pegi Jabatan dan kawasan Meteorologi di Kota Kinabalu. banyak sangat pengalaman baru terutama dalam bidang Meteorologi. bertuah kitorang dapat pegi Jabatan Meteorologi yg selalu buat amaran Tsunami, Gempa Bumi, ramalan cuaca, Meteorologi penerbangan dll. walaupun dalam bulan puasa, kami tetap tabahkan hati belajar. kunun. ;)

boya utk kesan Gempa Bumi bawah laut & Tsunami
femes ow ni orang!
alat merentas masa. percaya? hahaha
MAS Wings, nampak dr tempat berlepas
belon Meteorologi, dilepaskan setiap hari dan bernilai ratusan RM. =="
tu saja la yg boleh aku kongsikan setelah bertukar profesion kejap jadi ahli Meteorologi.. best juga jadi ahli Meteorologi sebab kita boleh meramal cuaca dan gaji RM 4K.(apakah?) :)

:: dugaan Ramadhan

as-salam,


kali ni aku mencoretkan rasa hati ku yg makin tak tenteram
lama betul aku nda balik kampung. lama juga lah sebulan lebih.
bila lama nda balik ni, macam-macam terjadi d kampung
risau juga..
hari tu nenek (kakak kepada nenek aku) meninggal.
dekat Ramadhan. aku sedih tak dapat balik sebab lambat d beritahu
semalam pulak rumah saudaraku terbakar..
dorang tak dapat sambut raya d rumah sendiri tahun ni..
Allah sedang menguji.
aku hanya mampu doakan kesejahteraan hidup mereka d Bumi Allah ni..
semoga Ramadhan ini membawa rahmat kepada kita semua.


bersabarlah saudaraku, 
semua ini dugaan dari Allah..
semua orang pasti merasa.