:: berlari 1M 1S 1Malaysia

salam Sabtu, 

asal hari Sabtu ja mesti aku buat entri kan. maklum lah..bijih (busy) 
tadi pagi pukul 6.30 pagi ikut jam Malaysia, kampus kami mengadakan Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia. haa..satu-satu gitu. pengarah pun ikut berlari, kononnya lah..sebenarnya larian tu untuk budak-budak sekolah. tapi dorang best dapat cuti peristiwa Isnin ni. kami ni kena g kuliah lagi, karang tak cukup jam kredit plak kan..masa hujung minggu plak menyiapkan BBM. Bahan Bantu Mengajar.
kompom jam kredit tidur aku tak cukup-cukup lagi ni..
lepas larian, ada pertandingan tarik tali. yg tu aku tak ikut la, kalau aku ikut kompom menang. 
adakah orang yg selim (tidak kurus) macam aku mau ikut tarik tali? terpelanting kot! hahaha
tapi aku rasa aktiviti macam ni best sangat sebab boleh erat silaturahim dan menyihatkan..
(tak kurang jugak yg tiba-tiba hyperaktif d tengah padang) haa..yg tu aku tak tau kenapa, gedik barang kali.. :P oh..jahatnya aku..
larian hari ni adalah larian ketiga aku dalam minggu ini. mengalahkan budak PJ kan..nasib la sapa dapat minor PJ ni. sempuuuutt..
kepada team tarik tali batch Januari 2011, team Si Tanggang dan team The Hokages, tahniah! walaupun tak dapat nombor satu tapi kamu tatap paling manang! :D


* sorii la tak ada gambar, aku malas bawa dslr (macam ada) hee..
dan tak lupa kepada follower, makacih da follow. nanti i follow balik :)

16 thoughts on “:: berlari 1M 1S 1Malaysia”

  1. Nadia Mahsuri : tula..budak2 lepas lari kompom..hehe..

    Afiq : hahaha..wajib ikut dasar kerajaan ni..hehe

    Bella : hahaha..lari..tp best jugak bole selim riverkan lg body. uhuk3..