:: B.I.G - kayak! huh hah!

entri yg aku rasa paling best. hehe..
Aktiviti Air yg tergendala sepatutnya dibuat Januari lalu dapat juga akhirnya dibuat pada Februari. apa daa ayat berbelit-belit. aktiviti air ini sememangnya digeruni oleh orang-orang yg belum pandai berenang macam aku (belum ya bukan tak pandai) hehehe..sebabnya, takut lemas. sebelum aku ceritakan serba sedikit pasal BIG, aku dah lama tak post entri baru sebab line tenet tak dapat g Dashboard. mungkin aku terlalu kerap buka blog kan, jadi dorang pun boring asyik aku ja buka blog sendiri hehe..

straight to the point.
7 lebih pagi,
sarapan beramai-ramai di cafe
minum dengan Penghulu, ambik berkat. berkat apa kunun? haha..
lepas itu,
angkatan batalion sedang mengangkat meriam bom.
sesi mengambil gambar dengan pelbagai jenis ekspresi muka.
yg tukang ambik gambar agak kerugian sebab muka yg sedikit cerah tak masuk blog,
gambar di bawah ni? sukar utk dijelaskan..
teruja menyaksikan para askar BIG mengangkat meriam tadi
eh..karpet ja bah tu. hehe..
sampai di destinasi yg di tuju..
Gayang, Tuaran
santik kan? tenang dan biru..
kami didedahkan dengan water-confident supaya yg tak pandai berenang tu tak terlampau nerves or fobia masuk air..mengapungkan diri di atas air masin sangat seronok!
lepas tu part paling best dan penat
kayak!
bukan dari Google..credit to myself..
antara kayak-kayak yg sememangnya milik IPG Kampus Kent dan hanya dipinjamkan kepada pelatih yg mengikuti BIG. ni adalah julung-julung kalinya aku berkayak. partner kayak aku time tu, Jennet. nasib baik beliau berpengalaman luas dalam bidang kayak. hehe..
kayaking ni bukan ja perlu tau mengayuh tapi perlu tau apa itu blades, coaming, dan kayak ada 2 jenis : sits on top dan cockpit style. susah untuk berkayak bila ada ombak dan tak sama dayungan. 
kemungkinan utk mendapat sunburn sangat la tinggi sebab kami berkayak time tengahari.
yeay, tambah lagi toning muka gelap..rawatan facial spa bukan setakat sunburn,
ada pulak masker tanah liat yg sangat berkualiti rendah di sapu di muka..
wah! perfect..memang flawless muka aku..
(gambar orang-orang memakai masker tak dapat upload utk menjaga sensitiviti..mana tau nanti dorang kena ambik jadi model iklan Masker kaa..)
plus, guling-guling d atas tanah & d bawah panas terik. seronokkk! rasa macam mau lagi...
menjelang tengahari, keseronokkan kami terhenti bila tiba giliran Siri II lagi utk berkayak..
part of Gayang
fin~



-all pictures r taken by myself. Canon.

6 thoughts on “:: B.I.G - kayak! huh hah!”