:: boyfriend dan adik angkatnya

wah, melebih dah aku ni buat camni kan? hehe
ni khas kepada sesiapa pun yg berkenaan,
lebih-lebih lagi kepada yg ada boyfriend tapi ada adik angkat pompuan. POMPUAN ok..
adik angkat ni ada yg jadi famili angkat secara semulajadi, maksud aku time kecik lagi dah kena jadikan anak angkat kepada sesebuah famili yg berkenaan. kalau ni boleh ampun lagi kot. tapi kalau ada boyfriend yg sukarela mengambil adik angkat OR pompuan tu yg nak jadi adik angkat kepada boyfriend orang lain, apa kejadahnya?
(agak emo yg di situ)


apakah motif si boyfriend ini? adakah suka-suka, atas dasar kesian ATAU pompuan tu cantik tapi memandangkan dia dah ada girlfriend so dia nak rapat jer ngan adik angkat tu? sebelum itu, maaf la kepada boyfriend-boyfriend yg ada adik angkat pompuan tu..ni adalah sharing dan pendapat semata-mata. elok jugak korang baca untuk mengetahui perasaan sebenar si girlfriend kan. (ke korang tak kisah perasaan girlfriend korang? ish3)


ketahuilah bahawa istilah angkat adik / kakak/ abang ini tidak ada dalam Islam, (kecuali anak angkat yg sah) orang-orang tertentu menggunakan istilah ni seolah-olah ingin menghalalkan matlamat mereka. maksud aku di sini, menghalalkan perhubungan lebih-lebih lagi bagi yg berlainan jenis. perkara ni hanya menjerumuskan diri kepada fitnah dan maksiat semata-mata. meski pun namanya 'angkat' tapi masih tiada beza, bukan mahram.
mengambil adik angkat yg berlainan jantina, maka ia boleh jatuh kepada haram. see? baca blog INI
"Islam hanya membenarkan ikatan di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya ialah dengan ikatan pernikahan sahaja. Selain daripada itu Islam tidak pernah benarkan mana-mana ikatan. Tiada hak seseorang lelaki ke atas seorang wanita untuk dia mengambil berat tentang wanita tersebut melainkan dengan ikatan perkahwinan. WalLaahua`lam." sumber - iLuvislam


rasanya aku dah terover plak kat sini, macam nak ceramah orang ja. huhu..apa pula perasaan seorang perempuan yg mempunyai boyfriend yg ada adik angkat pompuan?
of course la TAK suka kan. lagi-lagi adik angkat tu lebih cantik dari girlfriend, dan lebih dekat dengan si boyfriend. kompom ada connection yg agak rahsia antara si boyfriend ngan adik angkatnya tu, walaupun sekadar bertanya khabar, abang dah makan ke belum, adik sihat ke tak, sayang nak jumpa kat mana. sayang? jumpa? 
hmm..lebih nampakk..hati girlfriend mana yg tak sakit dan jeles kalau terdengar, ternampak atau terasa boyfriend dia lebih care si adik angkat melebihi girlfriend sendiri. apa lagi kalau adik angkat tu sebenarnya tak ada masalah apa-apa pun utk d kongsikan bersama abang angkat, kalau nak mintak tolong angkat tong gas, boleh mintak tolong kat abang yg jual gas. (apa kaitan? grr..) girlfriend pun ada perasaan jugak, jangan asyik pikir perasaan adik angkat sendiri. sebelum terniat mau ambil adik angkat yg berlainan jantina, jaga dulu keluarga dan girlfriend sendiri sebelum mau jaga anak orang lain.. ^^

12 thoughts on “:: boyfriend dan adik angkatnya”

  1. godek2 kat google jumpa blog awak ..
    alahai sabarnya saya dengan sidia sekarang ni ..
    dh la ramai adeq angkat perempuan ..
    yg bestnya sama baya dengan saya .. yg lg bestnya dy suh saya panggil adeq2 angkat dy "adeq" walhal umo sama .. memang saya x paham n x kenan langsung bab2 adeq angkat ni .. dengan alasan adeq angkat dy semua kecik2 ..
    bara betui hati saya sekrang ni ahahaha saba je la selagi mmpu ..

  2. Mokain ; klu bleh minta la pendapat dr sidia ea.. pasal adik angkat ni klu bleh la kan, jadi kawan je la. adik angkat ni mmg xde dlm Islam pun. huhu