:: Cantik?



Ini bukan nak promot2 kosmetik, tapi aku nak story ni pasal kosmetik. kesan kosmetik kepada kulit kita. sebagai peringatan bersama, percayakah kamu losen dan krim yg kita sapu2 d kulit kita slalu tu nanti akan jadi begini?



x berapa menggerunkan, ini la


begini? oh, tidak!

secara ringkasnya, kita memang dah sedia tau kosmetik tu mengandungi bahan kimia berbahaya. tapi kita slalu mengabaikan kesan buruknya. kesan baiknya, jadi cantik la. apa2 pun, tengok dulu bahan2 kimia ni pastu try tengok kat ingredients belakang botol or bekas kosmetik tu. kot2 tersama ingredients dia kan..
  • Diethanolamine (DEA), Triethanolamine (TEA) : agen pelembap dan akan bertukar jadi agen penyebab kanser (nitrosamines). - Syampu dan sabun jenis cecair 
  • Blue 1, Green 3, Red 33, Yellow 5, Yellow 6 : bahan pewarna penyebab kanser kulit.
  • Sodium Lauryl Sulfate, Ammonium Lauryl Sulfate, Sodium Laureth Sulfate, Ammonium Laureth Sulfate, Alpha Olefin Sulfonate : bahan utk membersihkan rambut yg mengeluarkan buih. - Syampu, sebahagian dlm ubat gigi, krim pencukur dan sabun pencuci pakaian. ia menyebabkan kerosakkan hati dan kanser.
  • Phenylenediamine : dalam pewarna rambut. sebabkan kanser dan buta.
  • Petrolatum : menyebabkan kekeringan kulit. terdapat dalam gincu dan krim kulit. 
  • Propylene Glycol : dalam krim pelembap, krim dan losen badan serta rambut. penyerapan masuk bahan ini ke dalam darah menyebabkan kerosakkan hati dan buah pinggang.
  • Isopropyl Alcohol : dalam pewarna rambut, losen tangan badan dan pencukur. kesannya, pening, kemurungan dan koma.
  • Dibutyl Phthalates (DBP) : dalam sebahagian minyak wangi, pewarna kuku dan bahan penyembur rambut. akan mengganggu kesuburan kaum wanita terutama 20-30 tahun serta kecacatan kepada kaum lelaki.
memandangkan perkataan kat atas tu pun susah mau ingat korang try la klik link kat perkataan tu. aku dah bagi contoh2 produk yg mengandungi bahan2 d atas..sama2 lah kita jaga kecantikkan, maksud aku control sket penggunaan kosmetik tu..(sambil ingatkan diri sendiri) hehehe..

p/s : hati2 dgn barangan buatan negara China, harga murah, kualiti pun rendah.

4 thoughts on “:: Cantik?”