:: 2nd day degree.

entri tengah malam..opkos merepeknya sangat melebih-lebih dr yg biasa. apa2 pun entri ni aku nak taruk buat kenangan untuk d baca ujung sem nih..aku x la crita secara detail aktiviti harian aku kat blog ku ni, kalau femes x apa jugak. hehe..starting day, encik J masuk mengajar...apa sudah nama subjek tu, lupa pulak dah..hah! dia ajar pasal Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). aku dah berimaginasi awal2 memang subjek ni x best. kompom! ah..malas la aku nak crita FPK ni. pastu puan N pulak masuk, kalau korang nak tau semalam aku mimpi puan N. dia garang owhh dalam mimpi aku tu sampai ketawa pun kena denda. mimpi buruk betul lah..nasib baik dia sebenarnya x garang tadi dalam kuliah..dia ajar pasal Perkembangan Awal Kanak2. dalam hati aku rasa riang sekali, sebab blaja pasal kanak2. yeay! skali dia bagi ceramah free pasal pembuangan bayi la, seks bebas la, gejala sosial la..aku pun pejam celik kan mata sebanyak 5 kali supaya dia x perasan aku mengantuk. hehehehe..pastu dua2 subjek ni awal2 lagi kena bagi tugasan, ISL katanya. ya ampunn! masa tdo petang terpaksa d korbankan. dua2 tugasan ni kena g library..cari bahan kat situ..nampaknya pasni tiap2 hari la g library mencari bahan. (library sesuai jugak bagi sapa2 yg nak cari jodoh, jodoh ngan abang skema ker. hahaha..tengok2, merepek suda) memang kenangan terindah betul la awal2 jadi pelajar senior ni. malam pulak mengadap laptop, buka tab banyak2. slalu buka tab banyak2 sebab nak blogwalking, ni cari maklumat la pulak..siap buat kerja smua bukan terus tdo, menaip pulak entri x senonoh kat sini. eh, x ada la. huhu..kesimpulannya, hari ni penat sungguh.

p/s : awal2 tahun memang cepat penat sebab lama bercuti n x bersenam, (tiba2 aku teringatkan sukan tahunan d padang..huh!)

8 thoughts on “:: 2nd day degree.”