:: kahwin dan kad jemputan

Time cuti sekolah sangat sesuai untuk mereka yg akan melangsungkan perkahwinan..lebih-lebih lagi pd hujung tahun. masa tu ramai la budak-budak hantar kad jemputan perkahwinan, pastu bermacam-macam design kad jemputan yg ada d rumah. macam koleksi pulak. ada yg design itam putih, satu warna, harum, nampak mahal tapi jarang sekali design dr negara lain d bawa d kampung kami. kampung kami la..kampung orang ada kot. baru-baru ni ada jemputan ala-ala sinetron Cahaya. 


pandangan tepi
hard-cover 
buku kad jemputan..sbb ini adalah buku.
nampak macam promo jer. hehe
aku tau hanya orang berada ja mampu beli kad macam ni kan..kawin sekarang dah mahal. sewa kem, katering, pelamin, sewa baju kawin dalam 4 or 5 pasang, mak andam / tukang mekap, karaoke untuk 4 hari 3 malam, door-gift and smua la mahal. dulu door-gift telur rebus or gula2..sekarang ada pinggan, cawan, sudu, garfu, sudu, kipas, haih...macam-macam adaa..tapi best jugak kan kena bagi, free pulak tu plus makan free. haha..niat takbaiksungguh. maka, rajin-rajin la g umah orang kawin..

saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mewish pak Uda saya 
yg akan menamatkan zaman bujang beliau pada 26 Dis ini..

'selamat pengantin baru!'

boom! boom! prakk! prakk!

(bunyi kompang koyak)

6 thoughts on “:: kahwin dan kad jemputan”