:: perjalanan ku..

~ni bukan perjalanan hidup ku tapi perjalanan menuju ke maktab~


pagi2 aku d hantar oleh bapa dan stepmother bersama-sama adik2 ku ke kastam/parking bas d pekan. sampai saja d sana, bas2 smua mau jalan sedangkan bapa ku blum belanja aku makan. sebab nenek ku tadi pesan sama bapa ku, singgah dulu makan before i balik maktab.

pas itu, tinggal angsa2 (unser-teksi seluruh Sabah) saja d kastam. bapa cakap bagus lagi naik unser, selesa. dalam hatiku, confirm x selesa. tapi memandangkan bapa bayarkan itu tambang unser, i ok jer. aku duduk bersebelahan dengan kakak yg berumur dalam lingkungan dekat 40 kot dan sorang aunty maybe berbangsa dusun berasal dari tuaran jugak dan umurnya dalam 50 kot. 

rupa2nya mereka ini sangat lah peramah, dan aku yg agak pendiam ini terpaksa meramahkan diri dengan mereka, lagipun mereka tau aku ni pelajar maktab. so,jaga kelakuan yea. 

namun aku bersyukur sangat2 sebab sepanjang perjalananku aku d temani dengan mereka2 ni. skurang2 nya aku dapat kenalan baru n selamat ja sepanjang perjalanan walaupun baru ja kenal mereka. 

kakak tu baik jugak orangnya, mula2 dia bagi aku sabun yg dari hotel tu, dia kata kenang-kenangan. well, aku ni low-profile. (ceh) aku trima dengan ikhlas, aku tau kakak tu ikhlas berinteraksi dengan orang, then kakak tu rajin bercerita. hanya dia sorang perempuan dalam family dia dari 9 org adik-beradik, yg lain lelaki. dia cerita pasal Petronas. agak2 kakak ni kerja kat Petronas, Miri. dia cerita pasal penjagaan rambut. wow! rambut dia memang lurus, guna jari pun bole. hehe. dia kata, dia guna syampu Pantene beserta perapi maka rambut dia lurus bak d rebonding. kakak ni sempat promosi syampu plak yea. hehehe dan lagi kakak ni bagi coklat, terharunya aku. dia sangat baik hati. anak dia pun ada 7 orang, which paling sulung berumur 17 tahun. kakak tu nampak muda, aku pun x lupa memuji beliau. mesti puji dia kan suda berbaik hati. hehehe 

bila aku fikir2 balik, kenapa la aku x tolong kakak tu bayarkan tambangnya yg kurang RM3 sahaja tu. bertambah lagi dosa. hmmm.. apa2 pun kakak tu sorang yg suka travel n shopping & baik hati. 

aku harap aku akan jumpa dia lagi & bercerita lebih lama serta bertukar gift. kakak sangat baik hati. owh ya, kakak tu orang labuan bole cakap brunai sket. babai akak yg aku x sempat tanya nama..smoga kakak berbahagia slalu yea.
ni la kenang2an dari kakak tu..
Thank You So Much! :)

n then, balik ke tuaran pulak, aku d temani aunty tadi. aku x sangka dia akan tunggu aku depan unser tu. aunty tu jugak suda mengkisahkan cucu-cucunya yg berjaya dan sorang lagi yg akan menduduki SPM tahun ni. dia mau cucunya seperti aku, masuk maktab. aku harap cucunya akan berjaya SPM ni dan merealisasikan impian neneknya itu.

nenek mana x sayangkan cucu? aku bersyukur ada nenek yg sayangkan aku bak anaknya sendiri.
lambat mandi kena marah, lambat makan kena marah, lambat tidur kena marah, lambat bangun ponnn kena marah. tapi aku paham nenek mengajar aku jadi anak perempuan yg bertatasusila n beradab sopan sebelum menjadi bini orang. i get it nenek. hehe
maka perjalanan d teruskan ke tuaran itu. end.

Allah itu Maha Pengasihani, Allah tidak membiarkan aku bersendirian. hatiku yg tadi risau pada awalnya, pastu tiba2 aku rasa tenang. aku rasa diriku teramat selamat sepanjang perjalanan tadi, macam aku sudah biasa naik kereta dengan orang yg tidak dikenali, padahal ni baru pertama kali aku naik teksi berseorangan. dan aku rasa kena hargai betul2 tadi. baru aku yakin dengan diri sendiri, walaupun ada seseorang yg x menghargai aku tapi ada lagi ramai d luar sana menghargai aku..
apa2 pun aku sangat2 berterima kasih kepada mereka2 ini. dan aku telah berhutang budi ngan mereka. hanya Allah saja yg mampu membalasnya.

 7th.Nov.2010..15:27hrs.

This entry was posted . Bookmark the permalink.