:: Hiking! at St.Veronica's Hill

assalamualaikum..


lagi sekali aku ingin update entry yg bergambar la plak. sebelum ni malas betul mengupdate. lepas ada event ni, *ceh event* baru la kerajinan sikit. 23/06/2012, kami seramai 12 orang pegi ke Tamparuli dengan menaiki bas Tuaran-Tamparuli dengan cas hanya RM2.00. 
tujuan mendaki bukit ni utk latihan mendaki gunung nanti. Alhamdulillah, selamat sampai puncak dan turun dr puncak. 
masa mendaki, cabaran betul! batu nya besar-besar pastu sangat curam. salah pijak kompom jatuh bergolek. *minta dijauhkan* kenyataannya begitu la. kalau x fit, jangan naik la. masa ni kami baru beberapa hari training dan masa naik, pun Alhamdulillah xda masalah, kaki x sakit. 
masa d puncak bukit, fuh! view Tamparuli dan Tuaran sangat cantik, boleh nampak semua. Masjid Tuaran yg jauh dari Tamparuli pun boleh nampak dr atas bukit. Subhanallah.. indah ciptaan Allah s.w.t ni..
masa turun, lagi mencabar, sebab kan batu besar dan tanah keras dan agak curam. (tanah liat) so, laju tahap gaban la turun. kalau kasut xda grip nauzubillah.. tapi Alhamdulillah ada kawan-kawan yg tolong. layan gambar dulu k..

ekspedisi bermulaa..
view dari atas bukit..
pekan Tamparuli from the top
kecuraman bukit
gunung Kinabalu, tunggu aku..
penduduk kampung yg relax ja pakai selipar naik bukit..
turun bukit pulak
pekan Tamparuli
jambatan Tamparuli yg selama ini ku ingini haha..apakah!
ni la bukit Veronica yg kami daki 
sungai Kiulu yg jernih
lepas tu, kami jalan-jalan kejap di pekan Tamparuli dan makan bakso di salah sebuah restoran d pekan ni, so far so good sedap jugak bakso nya. selama ni aku teringin sangat mau naik jambatan gantung Tamparuli sebab femes kan dulu-dulu. jambatan ni x la gayat sangat macam jambatan Kiulu dan Tuaran.. gayut saye *kata Kenchin* haha..
pekan ni sangat sesuai utk peminat fotografi *macam aku* hehe.. pekan dia yg ala-ala old town tapi menarik dan penduduk dia sangat peramah. :) mau datang sini lagi nanti~

4 thoughts on “:: Hiking! at St.Veronica's Hill”

  1. bukan lagi jambatannya femes dyg, mmg femes pun, sampai masuk lagu.

    Anntarik ina wokuuu..sumandak..tamparuli.. *ok hantam* *maafkan aku org2 Dusun* aku budak baru belajar.

    bah kalau mcm nih xda masalahlah naik gunung kinabalu tuh. hehehe ;D mesti tinggi tuh kan bukitnya dyg.

  2. Cik Kira : yeah.. tinggi juga la bukit tu, curam lg. trus kehilangan 02 masa dkt2 puncak. hehe.. hrp2 boleh smpai puncak Kinabalu la Jumaat ni. :)

    bro Qamaruls : haha.. x nyanyi sbb x pandai sgt lagu tu, masa kat jambatan terdengar kawan2 nyanyi lagu tu. hehe