:: Hiking! at St.Veronica's Hill

assalamualaikum..


lagi sekali aku ingin update entry yg bergambar la plak. sebelum ni malas betul mengupdate. lepas ada event ni, *ceh event* baru la kerajinan sikit. 23/06/2012, kami seramai 12 orang pegi ke Tamparuli dengan menaiki bas Tuaran-Tamparuli dengan cas hanya RM2.00. 
tujuan mendaki bukit ni utk latihan mendaki gunung nanti. Alhamdulillah, selamat sampai puncak dan turun dr puncak. 
masa mendaki, cabaran betul! batu nya besar-besar pastu sangat curam. salah pijak kompom jatuh bergolek. *minta dijauhkan* kenyataannya begitu la. kalau x fit, jangan naik la. masa ni kami baru beberapa hari training dan masa naik, pun Alhamdulillah xda masalah, kaki x sakit. 
masa d puncak bukit, fuh! view Tamparuli dan Tuaran sangat cantik, boleh nampak semua. Masjid Tuaran yg jauh dari Tamparuli pun boleh nampak dr atas bukit. Subhanallah.. indah ciptaan Allah s.w.t ni..
masa turun, lagi mencabar, sebab kan batu besar dan tanah keras dan agak curam. (tanah liat) so, laju tahap gaban la turun. kalau kasut xda grip nauzubillah.. tapi Alhamdulillah ada kawan-kawan yg tolong. layan gambar dulu k..

ekspedisi bermulaa..
view dari atas bukit..
pekan Tamparuli from the top
kecuraman bukit
gunung Kinabalu, tunggu aku..
penduduk kampung yg relax ja pakai selipar naik bukit..
turun bukit pulak
pekan Tamparuli
jambatan Tamparuli yg selama ini ku ingini haha..apakah!
ni la bukit Veronica yg kami daki 
sungai Kiulu yg jernih
lepas tu, kami jalan-jalan kejap di pekan Tamparuli dan makan bakso di salah sebuah restoran d pekan ni, so far so good sedap jugak bakso nya. selama ni aku teringin sangat mau naik jambatan gantung Tamparuli sebab femes kan dulu-dulu. jambatan ni x la gayat sangat macam jambatan Kiulu dan Tuaran.. gayut saye *kata Kenchin* haha..
pekan ni sangat sesuai utk peminat fotografi *macam aku* hehe.. pekan dia yg ala-ala old town tapi menarik dan penduduk dia sangat peramah. :) mau datang sini lagi nanti~

:: Antara jambatan & sungai..

As-salam, 
lama betul x update blog, masih adakah orang baca entry d blog aku ni ar? huhu..
apa pun hari ni aku mau share satu soalan yg agak senang tapi buat kan aku berpikir panjaaaang. satu hari aku berfikir maksud soalan ni. soalan ni aku dah tanya kat FB, dan 100% responden (ceh responden ar) pilih jawapan A.


soalan nya : antara (A) jambatan gantung yg panjang dan tinggi dengan (B) sungai yg pendek tapi dalam dan ada ular yg x berbahaya, kamu pilih yg mana?


opkos la pilih jambatan kan? tapi disebalik jambatan gantung dan sungai ni ada maknanya..
jambatan gantung yg tinggi dan panjang kalau korang naik memang gayat kan? pastu jambatan ni plak jenis yg bergoyang-goyang dan x kukuh mcm jambatan besi atau kayu. dlm hal ni, jambatan ni dapat la d sama ertikan dgn kehidupan kita. kehidupan kita x sentiasa stabil dan selalu akan ada halangan. pastu, jambatan yg panjang dan tinggi ni bermaksud dlm hidup ni masih panjang dan banyak yg perlu kita lalui.. walaupun jambatan ni panjang tapi selamat.. berbanding dengan sungai yg pendek tapi dalam dan ada ular. jambatan yg panjang dan sungai yg pendek ; maksudnya dalam hidup ni kalau ikut jalan yg panjang tapi selamat. dan kalau ikut jalan yg pendek tapi tak selamat dan berbahaya. itu la maksud bagi sungai yg pendek dan berbahaya. x ada jalan yg pendek utk kita mencapai sesuatu kejayaan meski pun kena lalui rintangan dan bahaya. 
kesimpulannya, pilih lah jalan yg selamat. :)

*tapi in a reality life, aku memang gayat gila kalau naik jambatan gantung siap menjerit2. sapa pernah naik jambatan gantung Tuaran, jambatan tu x la panjang sangat tp gayat kan, goyang2. hahaa.. sandi. ni la mau naik gunung Kinabalu? baik x payah. haha*



# kamu paham juga ka ni apa yg aku taip2 ni? hik3 


idea datang dari mimpi. :)