:: jom ke negara Brunei Darussalam



salam
hai kawan-kawan, ceh cam budak-budak darjah 1 ja. setelah lama tak menghupdet entri dan selalu orang kata blog bersawang? berhabuk? aku tak nampak blog aku bersawang labah-labah Brazil dan berhabuk setebal 1 inci. imaginasi aku tak setinggi itu.. keke.. aku cuma jadi part-time blogger, ada masa aku rajin taip-taip kadang-kadang aku malas, sibuk dan tak tau mau taip apa. itulah aku, tak suka merepek yg orang tak kan taip di Google. azam baru kali. hehe
so, apa azam kamu tahun ni? apa-apa pun harap tercapai la tahun ni k. kalau tak tercapai, bawa la azam tu p tahun depan.
buat kawan-kawan yg merindui aku d sini, adakah? keke.. I'm back! terima kasih banyak-banyak ya sudi tinggalkan komen d sini. :)


kali ni aku mau share pengalaman dan keindahan negara orang yg baru saja aku lawati, iaitu negara Brunei Darussalam! selama seminggu aku d sana, of course banyak tempat aku lawati.
biarpun negaranya kecil, tapi kebanyakkan kawasan di negara ni maju dan rumah dorang pun besar-besar! maklum la ni kan negara yg kaya dan sumber utama negara ni adalah petroleum.
kalau mau tukar duit Ringgit Malaysia kepada Dolar Brunei, $1 adalah bersamaan RM2.50. walaupun Dolar mahal, tapi barangan di sana sangat murah. harga barangannya semua bernilai dua kali ganda lebih murah dari Malaysia, di sebabkan tukaran asing ni tadi. so, jangan heran minuman tin perisa Pepsi di sana baru $1.00.
ada juga market Malaysia di sana, contohnya Giant. kalau tengok kereta, kebanyakkan pakai kereta import. yalah, Brunei mana ada buat kereta macam Malaysia, even Malaysia pun bukan buat kereta, hanya memasang komponen.. setakat Kancil atau Viva aku jarang nampak di sana, paling femes pun Nissan Skyline, Vios, BMW.. Proton sebiji dua ja aku nampak.
lebuh raya di Brunei juga sangat panjang dan di sebelah kiri jalan raya akan ada papan tanda yg memaparkan ayat-ayat zikir, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu akbar. cuti hujung minggu pula ialah pada hari Jumaat dan Sabtu macam di Kelantan, Kedah dan Terengganu.
Satu lagi keunikkan negara Brunei ialah Kampung Air. Kampung Air di Brunei tidak mempunyai jambatan yg menghubungkan Kampung Air dengan tanah di daratan. utk sampai ke Kg. Air perlu menaikki water-taxi atau bot kecil dengan tambang 0.50 sen sekali jalan. malah, di Kg. Air juga tak terdapat jambatan kayu/papan, hanya jambatan konkrit dan rumah juga tersusun. Kg. Air ni merupakan Projek Perpindahan yg di buat oleh Kerajaan Brunei selepas tragedi kebakaran di Kg. Air yg pernah berlaku pada tahun 1990-an.
walaupun tak banyak tempat tarikan pelancong, tapi pemandangan di Brunei sangat cantik dan alam sekitarnya masih terpelihara. Bandar Seri Begawan yg merupakan ibu negara Brunei juga maju dan moden.
Jerudong Park pula taman tema atau taman permainan yg sangat besar dan siok!
rasanya cerita panjang-panjang tak best kalau tak ada gambar kan? so, here they are
Temburong, Brunei D.S
Pos Imigresen Kuala Lurah, Brunei D.S
Kampung Air
Legenda Nakhoda Manis
Muzium Alat Kebesaran Sultan
somewhere in Bandar Seri Begawan
Muzium Teknologi Melayu
Makam Sultan Syarif Ali, Sultan ke-3 Brunei
Makam Sultan Bolkiah, Sultan ke-5 Brunei
Jerudong Park
Tamu Kianggeh
so macam mana? adakah ianya Brunei Siok? macam rancangan TV ni masa dulu-dulu time aku kecik. mostly penduduk di sini pakai Parabola, lebih besar dari Astro. semua saluran TV ada, Indonesia la paling banyak. haha.. itu saja utk kali ni, sebelum terlambat aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2012! 

18 thoughts on “:: jom ke negara Brunei Darussalam”