:: Harga Lesen Memandu Bakal dinaikkan 2011.

Aku telah mendapat info dari kawan sekampus aku yg memberitahu harga lesen memandu bakal dinaikkan pada tahun ini, harga lesen memandu buat masa ini sangat la murah iaitu dalam lingkungan RM 1,300 sahaja. murah kan? dan desas-desus mengatakan lesen memandu akan dinaikkan sehingga RM 2,000 atau lebih. mahalnya! maka dengan itu, azam dan niat aku untuk membeli DSLR tahun ini mungkin akan tergendala akibat kenaikkan harga lesen ini. (apakah??)


apakah punca-punca kenaikkan harga ini?
(punca yg berkemungkinan)


1. Pertukaran Kenderaan Belajar Memandu dari Kancil ke Viva.
baru-baru ni, pihak JPJ dah mengumumkan sekolah-sekolah memandu dan institut-institut memandu dikehendaki menggunakan kereta model Perodua Viva ja. Sudah tentulah pertukaran kenderaan ni membuatkan pihak sekolah memandu terpaksa mengeluarkan sejumlah modal baru untuk membeli kereta Viva sebagai kereta latihan memandu. Kancil pula sudah dihentikan pengeluaran akibat faktor keselamatan kereta tersebut.


2. Institut-institut memandu akan dinaik taraf
Institut-institut memandu semakin banyak dibuka di Malaysia, sudah tentulah terdapat banyak persaingan. Institut memandu berusaha menaiktaraf institut masing-masing seperti litar memandu supaya lebih baik. Perubahan servis yg lebih baik dan kereta-kereta baru pastinya akan memakan kos yg tinggi.


3. Harga petrol naik
Seperti biasa, bila petrol naik maka semua harga barangan akan naik. Inikan pula lesen memandu yg menggunakan petrol semata-mata.


4. Kenaikan kos-kos pengendalian institut memandu
Kenaikan kos pengendalian naik kerana pihak institut perlu menaiktaraf servis dan litar, kemudahan, gaji pekerja, dan baik pulih kenderaan supaya servis jadi lebih baik.


5. Penggunaan kenderaan auto
Walaupun terdapat cadangan untuk penggunaan kereta auto, namun pelaksanaan ini pasti akan menyebabkan kos yg tinggi.

justeru, masa ini adalah paling sesuai untuk mengambil lesen memandu bagi para pelajar-pelajar yg sedang belajar terutama para pelajar IPG..bila kos sudah meningkat tahun depan terpaksa la mencari or mengumpul duit yg lebih utk ambik lesen. lagipun, tahun-tahun akhir nanti sibuk praktikum lagi, program itu ini..ni pun salah satu cara pengurusan bajet. hehehe..

*artikel ini telah diambik dari Blog Sekolah Memandu dengan izin dari admin blog berkenaan. (telah di edit sikit) baca juga artikel-artikel lain d blog ini untuk pelbagai pengetahuan dan panduan mengenai pengguna jalan raya, lesen memandu, motor dan lain-lain.*


baca berita mengenai >> Harga Lesen Memandu Naik - Berita Harian


*terima kasih kepada admin Blog Sekolah Memandu atas keizinan menyiarkan artikel ini.
 -berhati-hati di jalan raya*

3 thoughts on “:: Harga Lesen Memandu Bakal dinaikkan 2011.”

  1. firohar : bagus la kan da amik awal2..lg pun d semenanjung murah sgt..

    miszack : awak ada skola driving ke? laa..knp x habaq awal2..hehee