:: Salam Ramadhan al-Mubarak 1432 H.

assalamualaikum dan salam sejahtera :)


hari ni merupakan hari terakhir sebelum kita menyambut bulan Ramadhan. insya Allah. oleh itu, d kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak, semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan dapat puasa penuh. insya Allah jugak la kalau dapat puasa penuh. :) 

gambar Masjid ar-Rahim Pekan Keningau ni aku ambik masa pegi Tenom hari tu..

:: Trip to Tenom

as-salam..


kali ni aku mau cerita pasal TENOM.
ada apa di Tenom ya? Tenom sebuah daerah yg agak besar terletak di Timur Sabah.
klik Google Maps..
semasa zaman British Tenom dikenali sebagai Fort Birch dan daerah ini merupakan daerah pertanian yg kaya dengan tanaman kacang soya, kopi, jagung, koko dan sayur-sayuran sebagai tanaman utama.
pemandangan paling menarik bila sampai di pekan Tenom, Banjaran Crocker yg menjadi background daerah ini.
time ni kelas kami jalan-jalan ke Tenom dengan budget kurang dari RM100. sangat berbaloi-baloi!
jom tengok gambar-gambar yg aku ambik sendiri d Tenom..

Banjaran Crocker
Jalan Kimanis yg berkabus
Banjaran Crocker 
Masjid Keningau
ABC
orkid yg terdapat di Taman Pertanian
tasik
lily pad
3 jambatan gantung
tak tau buah apa..
burung merak segan
ambuk
so sweet
bayar RM3 kalau nak main basikal 
barbeku sosej dan sayap ayam
pokok Ajaib..
orkid
Antanom..pahlawan Sabah..
tempat persinggahan setiap kali menuju ke Keningau dan Kimanis.
harap korang berpuas hati tengok gambar-gambar ni..Tenom memang best! pemandangan di Tenom dengan banjaran gunung di sekelilingnya membuatkan aku rindu mau berada di sini lagi. tapi lagi best kalau naik kereta api yg zaman British punya tu..wahh..adventure gitu loh. eh, Indon sesat. haha..
tiap kali singgah di Mapit, kami akan beli jagung bakar. 
nasib tak ada dslr. huh.
tak sabar nak tunggu trip semester depan! :)


* dah seminggu cerita ni baru nak publish entri *

:: berlari 1M 1S 1Malaysia

salam Sabtu, 

asal hari Sabtu ja mesti aku buat entri kan. maklum lah..bijih (busy) 
tadi pagi pukul 6.30 pagi ikut jam Malaysia, kampus kami mengadakan Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia. haa..satu-satu gitu. pengarah pun ikut berlari, kononnya lah..sebenarnya larian tu untuk budak-budak sekolah. tapi dorang best dapat cuti peristiwa Isnin ni. kami ni kena g kuliah lagi, karang tak cukup jam kredit plak kan..masa hujung minggu plak menyiapkan BBM. Bahan Bantu Mengajar.
kompom jam kredit tidur aku tak cukup-cukup lagi ni..
lepas larian, ada pertandingan tarik tali. yg tu aku tak ikut la, kalau aku ikut kompom menang. 
adakah orang yg selim (tidak kurus) macam aku mau ikut tarik tali? terpelanting kot! hahaha
tapi aku rasa aktiviti macam ni best sangat sebab boleh erat silaturahim dan menyihatkan..
(tak kurang jugak yg tiba-tiba hyperaktif d tengah padang) haa..yg tu aku tak tau kenapa, gedik barang kali.. :P oh..jahatnya aku..
larian hari ni adalah larian ketiga aku dalam minggu ini. mengalahkan budak PJ kan..nasib la sapa dapat minor PJ ni. sempuuuutt..
kepada team tarik tali batch Januari 2011, team Si Tanggang dan team The Hokages, tahniah! walaupun tak dapat nombor satu tapi kamu tatap paling manang! :D


* sorii la tak ada gambar, aku malas bawa dslr (macam ada) hee..
dan tak lupa kepada follower, makacih da follow. nanti i follow balik :)