:: Manfaat Mandi Pagi

hari ini mari kita bercerita pasal manfaat mandi pagi..bukan semua rakyat Malaysia ni suka mandi pagi
kalau pegi tandas pun setakat cuci cuci mata dan berus gigi..kalau dorang Chinese tak apa la sebab tu budaya mereka dan ada sebab sebab tertentu..mandi pagi sangat banyak kelebihan terutama mandi dengan air yg dingin tu walaupun sejuk tapi menyegarkan. sangat penting bagi pelajar dan pekerja ya ^^



1. Melancarkan peredaran darah
- Menurut kajian, mandi pagi dengan air dingin dapat membantu melancarkan peredaran darah. badan pun rasa lebih segar. bila peredaran darah lancar, maka darah dan oksigen akan sampai ke otak lebih cepat dan kita akan lebih cepat berfikir dan lebih pick-up. tak mau selow macam kura kura..


2. Meningkatkan sel darah putih
- Menurut kajian lagi, mandi dengan air dingin akan membantu meningkatkan sel darah putih. bila sel darah putih meningkat, maka makin tinggi lah daya tahan tubuh terhadap virus dan penyakit. kita pun akan sihat selalu..


3. Meningkatkan kesuburan
- ini kerana, mandi pagi meningkatkan hormon testosteron bagi lelaki dan hormon estrogen pada wanita. mmm..no komen pasal ni hahaha..


4. Memperbaiki kesihatan badan
- bila mandi badan kita akan bersih, kulit bersih dan sihat serta tidak kering. paling penting girls, mandi air dingin dapat mengurangkan lingkaran bawah mata yg macam panda sehinggakan kesegaran wajah semakin terpancar. wow! mandi air dingin jugak akan membuatkan kuku lebih cantik dan sihat.


5. Rambut lebih sihat
- semasa membasuh rambut, air dingin tu akan melindungi kulit kepala daripada kotoran yg melekat di kulit kepala. rambut akan lebih sihat dan kuat.


6. Mengurangkan tekanan
- Mandi pagi terutama dengan air sejuk dapat menyegarkan badan serta mengalirkan peredaran darah, bila badan segar maka perasaan tertekan jugak akan berkurangan kerana kita lebih relaks dan tenang lepas mandi.


Antara kelebihan lain, bila kita belajar atau bekerja kita akan bekerja dengan pelbagai keadaan dan situasi. bila badan kita berbau sebab tak mandi pagi mesti orang lain akan geli dengan kita kan? 
geli sebab badan bau, rasa tak bersih, n mesti orang fikir, orang malas mandi pagi ni pemalas. tapi kalau kita mandi pagi, orang selesa utk bekerja or belajar bersama, kita pun tak lah rasa tak selesa..
tengok, kucing pun pandai mandi. nampak beno nipunye gambar ni kan. hahaha
                                                             
                                                                                                                                     sumber : Tips

:: Cantik?



Ini bukan nak promot2 kosmetik, tapi aku nak story ni pasal kosmetik. kesan kosmetik kepada kulit kita. sebagai peringatan bersama, percayakah kamu losen dan krim yg kita sapu2 d kulit kita slalu tu nanti akan jadi begini?



x berapa menggerunkan, ini la


begini? oh, tidak!

secara ringkasnya, kita memang dah sedia tau kosmetik tu mengandungi bahan kimia berbahaya. tapi kita slalu mengabaikan kesan buruknya. kesan baiknya, jadi cantik la. apa2 pun, tengok dulu bahan2 kimia ni pastu try tengok kat ingredients belakang botol or bekas kosmetik tu. kot2 tersama ingredients dia kan..
  • Diethanolamine (DEA), Triethanolamine (TEA) : agen pelembap dan akan bertukar jadi agen penyebab kanser (nitrosamines). - Syampu dan sabun jenis cecair 
  • Blue 1, Green 3, Red 33, Yellow 5, Yellow 6 : bahan pewarna penyebab kanser kulit.
  • Sodium Lauryl Sulfate, Ammonium Lauryl Sulfate, Sodium Laureth Sulfate, Ammonium Laureth Sulfate, Alpha Olefin Sulfonate : bahan utk membersihkan rambut yg mengeluarkan buih. - Syampu, sebahagian dlm ubat gigi, krim pencukur dan sabun pencuci pakaian. ia menyebabkan kerosakkan hati dan kanser.
  • Phenylenediamine : dalam pewarna rambut. sebabkan kanser dan buta.
  • Petrolatum : menyebabkan kekeringan kulit. terdapat dalam gincu dan krim kulit. 
  • Propylene Glycol : dalam krim pelembap, krim dan losen badan serta rambut. penyerapan masuk bahan ini ke dalam darah menyebabkan kerosakkan hati dan buah pinggang.
  • Isopropyl Alcohol : dalam pewarna rambut, losen tangan badan dan pencukur. kesannya, pening, kemurungan dan koma.
  • Dibutyl Phthalates (DBP) : dalam sebahagian minyak wangi, pewarna kuku dan bahan penyembur rambut. akan mengganggu kesuburan kaum wanita terutama 20-30 tahun serta kecacatan kepada kaum lelaki.
memandangkan perkataan kat atas tu pun susah mau ingat korang try la klik link kat perkataan tu. aku dah bagi contoh2 produk yg mengandungi bahan2 d atas..sama2 lah kita jaga kecantikkan, maksud aku control sket penggunaan kosmetik tu..(sambil ingatkan diri sendiri) hehehe..

p/s : hati2 dgn barangan buatan negara China, harga murah, kualiti pun rendah.