:: B.I.G - kayak! huh hah!

entri yg aku rasa paling best. hehe..
Aktiviti Air yg tergendala sepatutnya dibuat Januari lalu dapat juga akhirnya dibuat pada Februari. apa daa ayat berbelit-belit. aktiviti air ini sememangnya digeruni oleh orang-orang yg belum pandai berenang macam aku (belum ya bukan tak pandai) hehehe..sebabnya, takut lemas. sebelum aku ceritakan serba sedikit pasal BIG, aku dah lama tak post entri baru sebab line tenet tak dapat g Dashboard. mungkin aku terlalu kerap buka blog kan, jadi dorang pun boring asyik aku ja buka blog sendiri hehe..

straight to the point.
7 lebih pagi,
sarapan beramai-ramai di cafe
minum dengan Penghulu, ambik berkat. berkat apa kunun? haha..
lepas itu,
angkatan batalion sedang mengangkat meriam bom.
sesi mengambil gambar dengan pelbagai jenis ekspresi muka.
yg tukang ambik gambar agak kerugian sebab muka yg sedikit cerah tak masuk blog,
gambar di bawah ni? sukar utk dijelaskan..
teruja menyaksikan para askar BIG mengangkat meriam tadi
eh..karpet ja bah tu. hehe..
sampai di destinasi yg di tuju..
Gayang, Tuaran
santik kan? tenang dan biru..
kami didedahkan dengan water-confident supaya yg tak pandai berenang tu tak terlampau nerves or fobia masuk air..mengapungkan diri di atas air masin sangat seronok!
lepas tu part paling best dan penat
kayak!
bukan dari Google..credit to myself..
antara kayak-kayak yg sememangnya milik IPG Kampus Kent dan hanya dipinjamkan kepada pelatih yg mengikuti BIG. ni adalah julung-julung kalinya aku berkayak. partner kayak aku time tu, Jennet. nasib baik beliau berpengalaman luas dalam bidang kayak. hehe..
kayaking ni bukan ja perlu tau mengayuh tapi perlu tau apa itu blades, coaming, dan kayak ada 2 jenis : sits on top dan cockpit style. susah untuk berkayak bila ada ombak dan tak sama dayungan. 
kemungkinan utk mendapat sunburn sangat la tinggi sebab kami berkayak time tengahari.
yeay, tambah lagi toning muka gelap..rawatan facial spa bukan setakat sunburn,
ada pulak masker tanah liat yg sangat berkualiti rendah di sapu di muka..
wah! perfect..memang flawless muka aku..
(gambar orang-orang memakai masker tak dapat upload utk menjaga sensitiviti..mana tau nanti dorang kena ambik jadi model iklan Masker kaa..)
plus, guling-guling d atas tanah & d bawah panas terik. seronokkk! rasa macam mau lagi...
menjelang tengahari, keseronokkan kami terhenti bila tiba giliran Siri II lagi utk berkayak..
part of Gayang
fin~



-all pictures r taken by myself. Canon.

:: B.I.G 18-20/01/11

baru abis camping Khamis tu aku x sempat update entri lg..sakit2 badan masih terasa, selesema makin bertambah sebab x cukup rehat n tdo akibat buat sentri pukul 1 pagi malam kem pertama, pastu kena kerjakan lg ngan kembara sepanjang 20 KM. penat gila la! nasib baik kem ktorang kena pendekkan jadi 3 hari saja sebab amaran musim hujan dan air berbahaya untuk aktiviti air. maknanya kami akan menghadapi BIG lg 1 hari yg sesuai nanti untuk aktiviti air yg ada berkayak n berenang. ok, bagus sangat la tu sebab aku x pandai berenang pun..sangat kesiann! gambar masa kem aku mesti korang nak tengok kan? 


kumpulan Cheetah. -credit to myself
sebelum kem bermula, kami haruss menyiapkan bendera kumpulan. ni bendera kumpulan kami, Cheetah. omaigod! (c bespren ku mesti ketawa baca ayat tu :D ) rasa macam penah nampak kan? hehehe..

-credit to myself
anggota Cheetah : Mimi, Ozlyn, Dyg, Jennet, Caroline, Kristy, Harel, Waslee, Matthew.
yg pegang bendera kami tu ketua kumpulan kami. sangat caring, maksud aku caring ngan ahli kumpulan laa..boleh ni kasi selamat2 orang tp blum tentu pandai berenang. hahaha..aku mau bgtau jugak nama dia, Mc Harrel..yg sebelah dia tu tengah duduk (dia paling rajin!) nama dia Waslee..dua2 ni JPP 2011. (eh? apa kaitan..)

tengok, muka x sabar berkemah..haha..-credit to Tim
hari pertama BIG..ok muka nampak berseri-seri, putih, muka suci lg...nampak tong gas d belakang tu? kami masak spesel skit..masak sendiri dengan dapur gas. tahniah kepada lelaki gagah yg sanggup mengangkat tong2 gas ini..ada 6 tong gas semuanya. (sangat lengkap aku crita pasal tong gas kan?) 

sebelum hujan-credit to Tim
kemah2 semasa BIG..hari pertama banyak kem d dirikan..terbukti BIG kami hanya d belakang asrama perempuan..kesiann lg. tapi kata cikgu yg bagi ceramah kami tempat bukan la satu halangan untuk menjalani BIG. aku sokong! x kisah la kemah d padang ka, sebelah asrama ka, yg penting misi n matlamat BIG ni sampai kepada pelatih2 yg ikut BIG. walaupun kami berkemah d padang tapi banyak cabaran! malam pertama kami berkemah saja kawasan kem kami smua kena masuki air. nasib baik camp com bg kami tdo d dewan..bukan tu ja, kami perlu mengangkat barang2 dr kem ke dewan, berjaga n bergilir2 jadi sentri tengah malam, kesejukkan sebab hujan x berenti sampai subuh n macam2 lg la..

selepas hujan-credit to Tim
ni la kem2 yg kena banjiri air..banyak stick2 kem yg patah, kem yg basah harus d jemur, pakaian2 basah..aigoo..sangat la kesian. memang BIG kami ni mencabar tapi enjoy!

malam hujan turun dgn lebatnya..-credit to Tim
smua orang pakai rain coat n poncho akibat hujan yg non-stop..memang basah abis la malam tu, mau x mau terpaksa juga buat aktiviti LDK n sentri. nama pun kem kan..bina insan seorang guru kan...haruss ingat tu. bayangkan kalau guru kena hantar mengajar d pedalaman yg x ada elektrik, x ada air, x ada line, kemudahan asas pun kurang..jadi BIG ni sangat sesuai bagi para pelatih supaya lebih tough n tabah semasa menjalankan tugas sebagai guru. jadi guru bukannya senang, belajar selama 5 1/2 tahun, kalau doktor belajar 5 tahun suda jadi doktor kan..itu baru pekerjaan profesional. 

pagi sebelum kembara..-credit to Tim
hari kedua BIG. time ni breakfast dlu dan haruss makan banyak2 supaya ada tenaga masa kembara. kembara kami tu kira2 10 KM ke tempat kejadian n 10 KM lg balik ke kawasan kem..dekat ja kan? hahaha..mau teburai anak perut jalan kaki 20 KM plus bawa barang2 dapur, mestin, roti paun, ayam dlm tin, 9 poncho, macam2 la mau d bawa. paling sandi! d tambah lg masuk kawasan sawah, masuk dlm parit d sawah yg dalamnya paras pinggang..yg comel maybe paras dada kot. pastu dlm hutan masuk air juga paras pinggang..70% kembara kami masuk air ja..kaki jangan cakap la sakit yg amat. suda la pakai kasut adidas kampung yg tapaknya macam kasut bola pastu senang tercabut time dalam lumpur, lumpur tu pun paras pinggang paling x dalam..maksudnya kami redah air berlumpur tu memang paras pinggang ja air tu. x ada yg paras lutut or tumit. 

-credit to Tim
ni time sampai depan sawah padi orang..gambar ramai2 dlu..ambik mood gembira n excited.

sawah padi..-credit to Tim
lepas hujan semalam sawah d banjiri air..sangat la bernasib baik kan kami kembara yg lepas2 hujan ni..huhuhu..lintah or pacat kami x pikir lg yg penting redah saja!

dalam hutan..-credit to Tim
dalam hutan ni la kami main masak2, cuci2, buat kuih pun sempat. kami kena suruh siapkan 3 makanan ni untuk d pertandingkan kuih lilit/gulung, ubi kentang, telur. makanan ni mesti d masak cara hutan, means masak cam telur masukkan dlm tanah yg atasnya ada api, ubi kentang masak cam salai ikan, kuih lilit tu kena lilit pd batang kayu yg d raut n bersih pastu pacakkan kayu tu dekat api..siap! makanan ni x berapa bersih tapi setakat ni makanan ni x menyebabkan sesiapa cirit-birit k..

masak2..-credit to Tim
ni kumpulan lain punya kerja ni..nak tau mestin tu apa? itu la yg benda besi empat segi tu..klik mestin..fuh, macam tentera la kami masa tu masak dalam hutan. 

-credit to Tim
ni kumpulan mana ntah tapi aku masukkan je la sebab x mau mengecewakan anggota kumpulan ni..mana tau dorang ternampak entri aku ni. hahaha..(perasan d situ)
sekarang gambar2 time persembahan..sepatutnya aktiviti ni d buat masa malam terakhir/malam kebudayaan tapi tentatif kami berubah jadi d buat time siang..jadi, siang kebudayaan la..hehehe..

kumpulan 1 : tema lakonan kasih sayang..not sure. hehe..
kumpulan 2 : tema patriotik
kumpulan 3 : tema kebudayaan
kumpulan 4 : tema kekeluargaan
kumpulan 5 (my group) : tema humor
kumpulan 6 : tema alam sekitar 
lastly, berakhir la sudah perkemahan Bina Insan Guru Fasa 1/2011..kem ini rupanya sangat seronok! mula2 aku x biasa ngan kawan2 yg berbangsa Cina dr kelas TESL, bila kami d takdirkan sekumpulan sebenarnya dorang ni sangat peramah, rajin n x sombong..BIG ni bagus untuk mengeratkan silaturahim antara kawan2 sebatch..apa gunanya kita sebatch tapi saling x mengenali n berprasangka buruk kan..sangat bertuah dapat ikut kem ni..yg penting, semangat n kerjasama dalam kumpulan masing2 membuatkan kami lebih rapat tanpa prejudis. 

masih terngiang-ngiang kata2 cikgu Hj Rozaimi (HR) : 

" Teaching is the profession that teaches all the other professions "

gambar2 d atas aku da minta permission dari classmate aku, Timothy.
credit to him la..sebab dia ambik gambar2 ni. aku x bawa DSLR nnt rosak.cehh! padahal blum ada DSLR kot..hehehe..thanks Tim for the great pictures!

p/s : BIG itu menyeronokkan!



-laporan bertaip x rasmi, kem Bina Insan Guru : 18-20/Jan/2011.

:: debaran berBIG

semalam aku dah post pasal checklist utk camping, makin hari makin dekat plak camping ni. kalau camping lain tu aku x risau sangat, tapi camping yg satu ni lain macam skit..adventure dan lasak. lagi adventure, camp ktorang dekat asrama je..hadoi..haha..tu bukan mencabar kan. semalam dah beli sikit barang wajib utk camping, tadi pun ada lagi duit terbang,haish...antara barang2 yg d wajibkan oleh pihak IPG..


wisel
kasut Adidas Kampung / kasut potong gata (getah)
torchlight murah jer
rain coat..x wajib tapi penting juga lagi2 musim ujan nih..
baru ingat hari membeli-belah ari Sabtu adalah hari tanpa plastik!
kalau nak plastik kena cas 20 sen..
bukan Milimewa ja,kedai runcit pun cas tau.
penting sebelum berkemah buat perjumpaan..
(bagi program perkemahan yg rasmi la)
skarang tinggal packing2 barang, jangan bawa beg beroda plak macam orang mau pindah. cek2 senarai yg sudah d buat, pastikan x ada yg tinggal, tidur puas2 sebelum kem hehehe..
pastikan sihat fizikal dan mental, okeh boleh teruskan perkemahan..harap2 aku ok2 ja la kem nanti walaupun skarang on the way mau demam2 suda ni..hussshh! (bunyi sedut hingus) hehehe..buat kawan2 sebatch ku, selamat berBIG! don't big your body suda la sebab makan 6 kali sehari ni. hahaha..babai! 


p/s : henpon tidak d benarkan semasa perkemahan, seronok kan?? 
kembali ke zaman batu.
(BIG = Bina Insan Guru)

:: camping checklist.


tengok tajuk ja mesti korang heran kan sebab malam2 buta macam ni buat entri agak mereng sket..hehehe..macam orang nak camping d tengah malam buta. okeh sebenarnya minggu depan ni aku and the batch kena ikut 1 camping yg agak luar biasa namanya iaitu BIG. haa..buat student2 IPG memang sangat sinonim ngan camp sebegini rupa. BIG tu maksudnya bukan camp yg akan d gunakan tu besar tapi singkatan kepada Bina Insan Guru..sangat membina ya di situ. sebelum berkemah mesti ada senarai yg perlu d sediakan supaya nanti masa packing2 barang kejap ja siap packing x payah mau merenung beg2 yg kosong blum berisi barang tu..dan, adanya list itu, barang2 yg d packing suda secukup rasa x tinggal apa2. nanti kalau ada barang2 yg missing in piece dari senarai boleh la tau barang apa kan..henpon ka, berus gigi ka, underwears ka (underwears pun mau curi ka? dasat.dasat) senarai ni perlu d bahagikan ikut kategori spt Kelengkapan Kemah, Barang Peribadi. Pakaian, Makanan, Dll. senang la nanti mau mencari barang2 tu. antara beberapa barang yg boleh d joinkan sekali dalam beg anda ; (yg mungkin tiada dlm senarai biasa)


checklist umpama teman rapat semasa aktiviti luar

CONTOH :

Kelengkapan Kemah :
- tikar (mana tau korang jenis alergik kepada kemah.hehehe..)
- beg serbaguna utk simpan barang2 tertentu (beg plastik ka..)
- jag air atau bekas air yg besar
- mancis kayu / lighter
- arang
- surat khabar lama
- kontena
- pembuka tin 
- bla.bla.bla..

Pakaian :
- stokin (stokin ekstra)
- topi
- jaket
- baju hujan
- laundry bag (beg pakaian kotor)
- bla.bla.bla..

Lain2 :
- sunblock/ sunscreen
- bateri ekstra
- roti / biskut
- ubat-ubatan
- bla.bla.bla..


macam tu la kisahnya..kalau korang rajin baca lagi, baca kat SINI dan SINI. aku post macam ni bukan x penah ikut kem. penahh..banyak kali dah. saja menguji daya ingatan dan kesabaran korang membaca entri sebegini rupa. hihihi..


p/s : sediakan raincoat sebelum hujan..
(time camping mana ada pakai payung kan..)