:: PBS II di SRK Lok Yuk Likas.

assalamualaikum,


baru la ku sempat meng'update blog utk cerita kat korang hari-hari PBS kami d sekolah bandar gred A. sekolah ni bagus, GB dia pun bagus, guru-guru pun bagus, kesimpulannya semua bagus! hee..hari last tu rasa sedih plak mau tinggalkan sekolah, murid-muridnya sangat penyayang :)

hari pertama
hari kedua, kawan suruh trep2
hari ketiga
hari keempat, 1 hari lagi mau abis, gembira kunun
hari kelima, gambar dgn murid-murid :)
bye-bye murid-murid SK Lok Yuk, nanti kalau terjumpa tegur-tegur la kami ya. sayang kamu semua :)

:: berlari 1M 1S 1Malaysia

salam Sabtu, 

asal hari Sabtu ja mesti aku buat entri kan. maklum lah..bijih (busy) 
tadi pagi pukul 6.30 pagi ikut jam Malaysia, kampus kami mengadakan Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia. haa..satu-satu gitu. pengarah pun ikut berlari, kononnya lah..sebenarnya larian tu untuk budak-budak sekolah. tapi dorang best dapat cuti peristiwa Isnin ni. kami ni kena g kuliah lagi, karang tak cukup jam kredit plak kan..masa hujung minggu plak menyiapkan BBM. Bahan Bantu Mengajar.
kompom jam kredit tidur aku tak cukup-cukup lagi ni..
lepas larian, ada pertandingan tarik tali. yg tu aku tak ikut la, kalau aku ikut kompom menang. 
adakah orang yg selim (tidak kurus) macam aku mau ikut tarik tali? terpelanting kot! hahaha
tapi aku rasa aktiviti macam ni best sangat sebab boleh erat silaturahim dan menyihatkan..
(tak kurang jugak yg tiba-tiba hyperaktif d tengah padang) haa..yg tu aku tak tau kenapa, gedik barang kali.. :P oh..jahatnya aku..
larian hari ni adalah larian ketiga aku dalam minggu ini. mengalahkan budak PJ kan..nasib la sapa dapat minor PJ ni. sempuuuutt..
kepada team tarik tali batch Januari 2011, team Si Tanggang dan team The Hokages, tahniah! walaupun tak dapat nombor satu tapi kamu tatap paling manang! :D


* sorii la tak ada gambar, aku malas bawa dslr (macam ada) hee..
dan tak lupa kepada follower, makacih da follow. nanti i follow balik :)

:: Malam Apresiasi Puisi IPG Kent-UMS

"Angguk-angguk, geleng-geleng" begitulah tema Malam Apresiasi kali ini..
meski ku tidak menyumbangkan apa-apa, namun harus ku khabarkan kepada kalian..(nak buat ayat puitis pon aku tak pandai..)

gambar-gambar sekitar Malam Apresiasi Puisi Kent-UMS..(sorry gambar tak clear, bukan ambik dengan DSLR pun..kamera biasa-biasa jer)

Lantera dari IPG Kent..classmate
dari UMS
UMS
UMS
classmate, 'suara merdu suara yg di rindu'..IPG Kent..
IPG Kent..sajak dalam bahasa Cina
UMS..or penyertaan dari luar..sebab puisi beliau sangat bagus!
'kite bakor jer'..Encik Fuad, penah jadi jemputan
Bengkel Teater kami..hebat!
classmate, macam Korea..
classmate, dengan puisi ala-ala Merong Mahawangsa bersama Shah..
tahniah buat kawan-kawan ku sekalian dan peserta dari IPG Kent, we do the best among the best! tunjukkan cikgu juga kreatif & berkebolehan dlm semua bidang.. ^^


p/s : copyright reserved! 

:: hari-hari akhir PBS

hari-hari last PBS..aku rasa sedih mau tinggalkan sekolah lama ku ni..guru-guru di sini smuanya sporting dan mesra..sepanjang aku PBS di sini memang aku dapat la pengalaman berhadapan dengan murid-murid dan pengalaman jadi cikgu..smua murid kat sini panggil cikgu pastu hormat pulak tu..kalau lalu ngan mana-mana cikgu mesti dorang bagi salam..berhadapan dengan murid nakal tu ja la memeningkan aku..huhu..hari terakhir aku d sana GB (guru besar) mengadakan jamuan ringan utk guru-guru..murah rezeki betul aku kan..hari Isnin tu dapat makan juga, Jumaat pun dapat makan free..untung betul PBS ni..I will miss my 1st PBS!


budak-budak memang suka bergambar kan? lagi-lagi budak pompuan..amboi..siap bagi peace lagi..dorang ni pantang keluarkan kamera terus excited minta kena gambar..hehe..
tapi rasa mau PBS lama-lama di sini..sebab cikgu-cikgu smua best then jarak sekolah ni pun tak jauh dari rumah aku..jalan kaki 7 minit camtu sampai dah..^^
see you again SK Pekan Menumbok..