:: aktiviti cuti-cuti tahun baru Cina

okeh hari ni mood mendung, eh ada ka mood mendung..mood awan tu la mendung asyik hujan ja dekat sebulan ni..
kadang-kadang mau tengok matahari time tengah hari pun susah kan? jangankan tengah hari..tapi buat apa merungut, hujan tu kan rahmat. cuma kalau hujan turun ter over dose, maka berlaku la banjir. aktiviti kawin dan beraya pun macam supermarket tak laku. sebab apa macam tu? sebab cuaca sejuk ala-ala Korea ni membuatkan kita nyenyak tidur. asal sejuk ja mesti macam Korea kan? haha..
hari raya Cina kedua, aku ngan family sengaja beraya ke rumah orang-orang kampung yg Chinese. lagi pun mereka pun member kamcing jugak. masa beraya tu yg paling best among the best, dapat angpau. aku dengan taksubnya ingin memberitahu korang aku yg akan mencapai usia 22 tahun ni pun dapat angpau. hahaha..
maybe aku ni nampak macam budak-budak kot hehe..apa-apa pun, syukur alhamdulillah. tu maknanya rezeki datang bergolek. yg ni bukan bergolek, kena beraya dulu baru kena hulur.

sampul merah manyak ong!
lepas tu hujung minggu sesi datang makan free kat umah orang kawin. rasanya cuti perayaan la paling best sebab dapat makan dan minum free. (sungguh tak tahu malu) meh tengok si montel makan tambah montel. hahaha..
si montel
adik aku memang kuat makan, memang bagus untuk tumbesaran kanak-kanak yg SIHAT. hehe..tiap kali pegi kenduri orang kawin mesti dapat door gift kan? sekarang ni macam-macam jenis door gift. salah satunya cuba tengok kat gambar tu yg ada gelas. korang kalau kawin bagi la kereta sebijik sorang, baru kick! hahaha..
last, kunjung-mengunjung amalan mulia, tak kira apa pun bangsa dan agama mereka.


p/s : cuti dah nak abis..

6 thoughts on “:: aktiviti cuti-cuti tahun baru Cina”