:: inflamed taste bud


sekali lagi aku akan menjadikan entri tersesat, tajuk in English entri in Malays. kalau cekgu BM nampak ni mesti kena sound aku nih..hehe..tapi apa boleh buat, taip entri skema-skema pun x ada plak orang baca kan..
direct to the point, inflamed taste bud tu kan maksudnya tunas rasa yg meradang. (meradang kalau dalam bahasa ibunda kami, bahasa Brunei maksudnya mengamuk or baran).


sapa2 yg penah minum or makan makanan yg panas lalu lidah jadi melecur memang penah rasa sakitnya macam mana kan? time aku menaip entri ni la lidah aku melecur skit sebab pagi tadi aku minum sup yg panas2. huh, sakitnya sampai tengah malam owh..mau makan choki2 pun x dapat sebab lidah terasa pedih..makan pun x sedap, macam mana mau sedap mati rasa suda lidah ni..


dalam intenet ada bagitau sebab-sebab lain lidah kita jadi meradang (atau mengamuk? hahaha..) 


1. makan makanan yg sangat panas hingga menyebabkan atas lidah melecur
2. tergigit lidah semasa mengunyah makanan
3. makan makanan yg tersangat masin atau pedas yg menyebabkan kerengsaan pada lidah
4. mengambil banyak makanan berasid/masam dengan kerap
5. ulser lidah yg merebak
6. jangkitan yis dalam mulut menyebabkan keradangan
7. kekurangan mineral dan vitamin


cara mengatasi ;

  • utk lidah yg melecur - letak ais utk rawatan segera, ais akan mengurangkan bengkak dan keradangan.
  • sapu/letak Baking Soda secara lembut ke atas lidah 2 kali sehari. Baking soda ni  mengurangkan rasa sakit.
  • kumur-kumur dengan cecair yg d campur tea tree oil utk membunuh kuman, air garam pun boleh.
  • penjagaan kebersihan mulut yg baik penting utk mengelak dari sebarang jangkitan - berus dan floss dengan teratur 
  • sapu dengan madu / glycerin 2-3 kali sehari utk rawatan cepat
  • jangan sentuh kawasan lidah yg sakit
  • paling penting, elakkan merokok ataupun ambil alkohol sebab kesakitan lidah akan bertambah teruk

p/s : rawatan paling cepat utk lidah melecur, aiskrim. =)

7 thoughts on “:: inflamed taste bud”

  1. im having a major inflamed taste bud right now n googling for the curing method. luckily i found yours! dah 3 hari tak sedap nak makan.igt skejap je cm slalu,tp tak baik2 pn. tsk :( thanks for sharing :)

  2. Thnks 4 sharing... sgt tak selesa... punca nye sbb bnyk sgt ratah kerabu cendawan..myb pedas myb cendawan tu beracun...