:: kasi semangat team Malaysia.

entri ni aku buat untuk kasi semangat kat team negara kita, Malaysia. aku tau aku pompuan, ingat pompuan x layan bola ke? aku ni jarang gak la tengok tapi aku ikut perkembangan semasa tau. gol keeper feberet aku dlm team ni, Khairul Fahmi Che Mat dengan nama timangan Apex. (ada bau2 mengada dah entri ni..) ok, setakat ni team Malaysia menang 3 gol ke atas Indonesia. syukur..tapi ketidakpuashatian team Indonesia yg menyalahkan laser penyokong Malaysia menyebabkan distract pemain Indonesia. dan kata M'sia guna bomoh? huh? ni baru perlawanan d Stadium Nasional Bukit Jalil. macam mana ngan perlawanan di Stadium Bung Karno esok? kalau sekali lagi Indonesia kalah d tempat sendiri, x kan salah Malaysia jugak kan? harap2 Malaysia akan terus beraksi cemerlang esok! sila jangan distracted ngan brita nih BH . 



sokong team Malaysia!

:: Tag makanan oleh Miszack.

tag makanan ni telah d tag oleh Miszack..hanya jawab soalan2 pasal makanan la..

Bagi 3 makanan yang korang paling suka dan sila bagi specific nama makanan tersebut and the way you like it.
>> Nasi Goreng Kampung. mana2 restoran pun boleh dapat tapii..rasa x sama.
>> Soto Ayam. paling sedap d Papar, Sabah. aku x ingat nama gerai tu tapi sup soto tu fuhh! paling sedap.
>> megi kari kot.


Jenis air apa yang korang paling suka?
>> tiap kali singgah kedai makan, laici pink 1!



Which type of food yang korang prefer? Pilih 3..
Malay, Chinese, Japanese, Western, Italian, Mexican, Arabian?
>> Malay opkos, Indian (roti canai lah), Japanese (sushi tau).

Apa makanan yang korang paling expert masak? Dalam kata lain takyah tengok resepi tapi at the same time bila orang lain rasa akan kata Wah,gila sedap!
>> ermm..kek boleh, kuih raya boleh, nasi goreng, megi la paling x payah tengok resepi. sendiri masak sendiri puji haha..(eh, over plak)

Semahal mana korang bayar tuk makanan korang?
>> kepsi and mekdi kot. mana la penah makan yg mahal2..

Beri nama restoran feberet. Apa makanan yang paling sedap?
>> restoran feberet blum ada sebab banyak singgah sampai lupa nama. hehe..makanan paling sedap? apa yg aku pilih tu la yg sedap.

Ayam, itik, lembu , kambing, burung puyuh, burung wak2, rusa, landak, merpati, ayam denak.
Mana satu yang korang suka? Kalau korang suka tapi xde dalam list,gtaw ek.
>> burung wak2 tu apa? erm..aku suka ayam, ikan, kerbau (hahaha)

Restoran/cafe pertama korang dating bersama pasangan anda. Dan makan/minum apa? Kalau korang ingat la kan..
>> aha! ada la..secret..

Apa makanan yang selalu remind korang terhadap pasangan korang? Kenapa?
>> Masak Lemak Cili Api..undescribeable.

Kalau pegi rumah orang, korang akan berharap orang tu hidang apa?
>> horlicks ping plus kuih2 sedap. x memilih sangat. haha

Makanan yang korang tak boleh nak telan langsung. Samada tak sedap/ tak boleh telan langsung.
>> laksa. 2 or 3 sudu pastu memang terjeluak.

Menu raya yang paling disukai.
>> Almond London dan sate!

Jajan/ cekedes yang korang suka
>> junkfood ker? erm..aiskrim, keropok ringan dll.

Beri 2 makanan yang emak korang masak yang korang paling suka?
>> everything she's cook.

Makanan yang paling pedas yang korang makan? Sape masak?
>> nasi goreng kampung, yg masak tu pekerja kedai makan / restoran.

Korang klu jumpa orang yang TAG nie, apa agaknya yang korang akan hidangkan?
>> makanan segera / megi. hahaha..

Sila tagged 5 orang dan PAKSA mereka buat taggedi ini..
>> Zul

p/s : thanks Miszack for the  tag..

:: Blog Teman Udah Setahun GA

For the first time aku join Give Away yg d suggest oleh cik Aida. dah la first time, nak join pun aku x tau cemana. so aku baca banyak kali kat blog Aida & Sparkelmaneh tu. (sungguh diriku malu). tapi aku ada hati gak nak join, hadiahnya. wow! best..mana tau ada rezeki kan..mula2 bubuh gambar lilin.

jom g link ni: http://sparklemaneh.blogspot.com/2010/12/blog-teman-udah-setahun-ga.html

pastu suggest 3 orang blogger lain..refferal yg tag aku ni is Cik Aida. untuk kasi jelas, aku besarkan font tu. hehe..

>> syarat penyertaan sila tengok SINI

>> yg layak join? yg kena tag and yg sukarela nak join. maka tag sapa2 korang suka

>> hadiah? tengok SINI

>> aku akan tag korang kat chatbox berdekatan..then letak nama aku sebagai referral anda yg kena tag. hehehe..

p/s : jom try GA ni. bukan susah pun kan..mana tau rezeki korang dapat hadiah tu..
cepat2! last 31hb ni..
thanks cik Aida for the tag..

:: Pelangi d'atiku (Haz yg suruh.haha)

salam..
arini aku nak buat entri untuk promot belog Haz. haha..Haz, u nak follower yg kena tag keja lebih masa kan. hehe..
apa2 pun, terima kasih daun keladi kepada cik Haz coz da bagi award untuk follower
pasni mesti melandingkan diri slalu kat belog Haz la ni kan..
nak tengok blog kaler pelangi?
sila ke blog Haz secepat mungkin
ni award bunga plus pelangi2 gitu


terus jawab soklan dr Haz plak..
>> i suka kaler biru, sebab..biru tu cantik, tengok pun sedap mata memandang,
biru itu menawan macam awan (awan kaler putih kan?).
>> pelangi d hatiku, opkos la..kawan. hehe..pelangi ni kan banyak kaler, perasaan pun ada macam2. kadang2 time bersama kawan2 tu kita boleh gembira, gelak ketawa bersama. kadang2 sedih, kecewa, marah. apa2 pun
mereka la penyeri hidup kita. tanpa kawan, kita jadi seperti katak d bawah tempurung, hidup dlm dunianya sendiri.
(eh, aku rasa peribahasa tu x sesuai. hehe..)
sorry i x larat nak cerita dari A to Z la Haz..kalau taip ABC sampai Z boleh x? hehehe..
>> pastu kena tag 10 orang follower..
(pasni giliran korang promot belog Haz..hehehe..)

kena tag ;


p/s: thank u very much Haz..and sorry lambat buat entri ni. :)

:: Sandakan : part 2 - here i come!

Sandakan..
part 2:
lepas balik dr Sandakan, pilih gambar2 n trus upload kt blog..meh tengok jap..terima la seadanya walaupun gambar ni aku ambik guna henpon biasa..


Ranau
masih d Ranau, strawberry..
adik aku tengah promot strawberry..hee
my kajen pon promot kerepet ubi & bayam. harga 1 rm 3, beli 2 rm5.
saja ambik..aku rasa tayar tu kiut. haha (tempat rest kejap baa..)
rehat lagi d Bandar Checkpoint (salah 1 gerai d sana)
bandar Sandakan..banyak bangunan lama
Sandakan Harbour Square, waterfront.
bot & sampan (tu pun mau bgtau ka.hehe)
Harbour Sq lagi..(banyak bangunan baru)
Wisma Sandakan..tempat shopping..
mau masuk ke rumah Agnes Keith
kejap lagi akan masuk ke rumah Agnes
bahan sejarah..
Agnes Keith's House (ni baru ori aku ambik sendiri..no gogel2)
tugu peringatan Datuk Chong Tian Vun
atas pavillion ni boleh tengok pemandangan Sandakan
Sandakan
Taman Chong Tian Vun
mesti jumpa kedai ni d Sandakan. kucing gemuk

perjalanan ke Sandakan ni memang jauhh..kalau dr KK naik kereta x tau berapa ratus KM. redah macam2..jalan raya simpang-siur, naik turun bukit, kabus tebal, hujan, jalan grabel, pemandangan dekat gunung Kinabalu, suhu 19 darjah celcius, banyak lagi la..bak kata pepatah,  jauh perjalanan luas pemandangan. sementara hidup, nikmati pemandangan indah yg Tuhan kurniakan..(mula sudah merepek..) kena tahan mental dan fizikal la..sapa x tahan hati, muntah dlm kereta, pening baik x payah naik kereta. naik kapal terbang terus ke Sandakan..d sana banyak nama tempat yg main batu2. contohnya, Batu 12, Batu Sapi. gitu..roundaboutnya pun ada orang utan, batu sapi, helang..banyak lagi tempat aku x g d sana..then, mesti korang akan jumpa bandar yg sunyi macam x ada orang..pastu d bandar lain ada bandar serba baru. best!

:: aku nak cakap sikittt..

memandangkan aku da lama x blogging, dan terjah blog korang2 smua, aku buat short entry je lah kali ni.
aku nak cakap sikitt, i'm sorry sebab x lawat blog korang2..nanti da free aku terjah laa. by the way..happy new year. hohoho..mana2 yg tag2 tu nanti aku buat gak..and yg da follow, tenkiu boremas! nanti aku follow korang balik. macam perutusan tahun baru plak. hehehe...

see uols very soon....:)

:: gambarku bukan dari DSLR

hari ni aku nak share cerita trip sekeluarga g kawin saudara juga merupakan kawan aku d Kuala Penyu, kalau korang x tau Kuala Penyu d mana, sila cari d Google Maps..oleh sebab aku penat dan malas mau taip panjang2 plus line tenet macam siput, aku upload gambar2 yg bukan d ambik ngan DSLR tapi henpon biasa sahaja. hehe..

Lokasi : Kuala Penyu 
Pekan K.Penyu: sebelum ke rumah pengantin, naik feri kecil
d atas feri
orang tengah makan
pelamin, simple & ringkas tp cantik
my friend dah bersanding..
selamat pengantin baru!
sebelum balik, makan aiskrim dulu d tengah panas
tempat singgah kejap
pemandangan sungai & d atas feri
 yg lambat juga macam kura-kura
motif gambar ni d upload? nak kasi tau,
hanya rantai ni d guna untuk gerakkan feri
nasib baik naik feri tu dalam 10 minit dah sampai..
sebenarnya, saja nak share story2..let my pictures tell u. hehe..aku akan berehat dr buka dan update blog dalam masa seminggu pasni..macam biasa, nanti i cek itu chatbox dan terjah blog korang balik..babai. (aku suka pakai ayat skema) :)

p/s : don't forget me & please left your link. 

:: yg mana satu?

ni bukan nak bagi korang servay apatah lagi GiveAway berupa 1 set kepsi Jom Jimat (perkataan bold dan merah, saja tarik perhatian korang. hehehehe..) tapi nak tau pendapat dari korang pengguna Shoutmix dan Cbox. 
mana lebih bagus, cepat, pantas, dan berkesan?
kalau aku Shoutmix ok laa sebab kalau nak taip2 situ pastu tekan Shout or Jerit or apa2 la yg korang modified then laju la komen kita tu timbul kan. kalau time line internet x berapa nak excellent pun komen kita masih kena hantar.
tapi kalauu Cbox, time line tenet low komen tu pandai pending. x dihantar kononnya tapi bila aku tekan banyak kali terus aku jadi pengomen terbanyak kat chat box orang lain. buat malu i jer haha..Cbox juga kena taip balik link blog and nama kan? sudah la aku ni pemalas bab menaip d chat box sebab telampau kici bah. hahaha..well, setakat ni Shoutmix saja yg boleh ubah background. selama aku terjah blog orang belum lagi aku penah nampak Cbox d ubah background. adakah? ada kot. tanpa merepek lebih lanjut, yg sudi tu bagi pendapat dengan meninggalkan komen. kalau korang rasa Cbox lebih bagus, ok teruskan. kalau korang rasa Shoutmix lebih bagus, pun teruskan. hehe..x effect apa2 pun..sorry la entri ni buat korang bengang. hahaha..


penat pula tau blogwalking tanpa mengira waktu. berpinar-pinar da mata ni asyik ngadap laptop..
berhenti merepek dulu. babai.

:: Sandakan : part 1 - welcoming.

Sandakan, (ready, kita nak baca sejarah ni jangan mengantuk dulu) bandar ke-2 terbesar d Sabah. pernah menjadi ibu negeri Sabah dan pusat pentadbiran semasa zaman pentadbiran British. old name Sandakan ialah Elopura (Beautiful City). mempunyai sebuah pelabuhan yg sibuk untuk kegiatan eksport kelapa sawit, koko, kopi, tembakau, gentian manila dan sagu. (ok, nampak sangat membaca wikipedia). 
kalau korang pernah ke Sandakan dalam tahun ni mungkin korang akan heran sikiit sebab ada tempat-tempat d Sandakan ni sunyi  itu sebabnya ada bandar baru d Sandakan yg di buat pd tahun 2003, sebab? pendatang tanpa izin. nama bandar baru tu Sandakan Harbour Square.  Sandakan juga pernah dgelar " Little Hong Kong " sebab ramai pedagang Cina datang sini dulu. don't worry aku x akan explain panjang2. 


apa yg ada d Sandakan?
mungkin x banyak tempat2 menarik sebab Sandakan ni nyaris-nyaris musnah dlm Perang Dunia ke-2. 


>> Rumah Agnes Keith - siapakah dia? dia la penulis yg menulis buku Land Below The   Wind.
     kalau sapa2 rasa nak beraya kat sini boleh jugak, tapi tuan rumah x ada la. 
>> Sepilok Orang Utan Sanctuary
>> Sandakan Crocodile Farm
>> dan lain-lain lagi.
    (gambar, malas nak letak gambar dari Google banyak2)

ni baru part 1. tahun depan kot baru part 2..kali ni gambar original aku sendiri ambik. hehe..

p/s : enjoy reading


- coming soon, Sandakan: Part 2
24 - 27 Sandakan.

:: pemberian di hari Jumaat.

(mungkin entri agak lari dr tajuk)


hari Jumaat, hari yg mulia. bersedekah pada hari ini akan mendapat berlipat-lipat kali ganda ganjaran pahalanya. 
maka dengan itu, sy akan memberi sedikit penghargaan buat follower2 yg sudi memfollow sy. harap korang smua sudi menerima pemberian yg x seberapa ni dan akan ingat sy sebagai salah seorang kawan dr kawan2 kalian. sy akan cuba try (lewah di situ) utk jejaki anda d shoutbox2 anda..tunggu..award ni utk semua yg sudah follow, dlm proses memfollow mahu  pun yg akan memfollow sy..

" tanpa follower, siapalah sy " :)


p/s : terima kasih kalau korang sudi ambik award ni..:)

:: more Award, from cik Kira.

17 Disember,

award lagi untuk sekian kalinya. kali ni pemberi award dari cik Kira. terima kasih banyak2 cik Kira..Love Award. oleh sebab Love maka aku tag pompuan jer. hehe..Kira nasib baik ko ingat aku kan..i lap u la Kira hehe..


jawab soalan dari cik Kira ;

1. Siapa orang yg paling korang sayang? : orang? family, ehem-ehem, kawan dll.

2. Kenapa korang sayang orang yg korang sayang tu? : kerana aku memang dilahirkan untuk menyayangi orang. heh.

3. Berikan satu kata-kata sayang yang terbaik yang korang nak lafazkan kepada orang yang korang sayang, tapi masih tak mampu lagi untuk dilafazkan. : ni soalan membunuh ka apa? haha..aku sayang sama dorang tapi aku malu mau bagitau. biar la dorang tau sendiri (agak kejam di situ)

4. Lepas tu,korang tag kat 15 orang blogger untuk sampaikan salam kasih sayang korang tue =)


da siap tag 15 orang blogger yg bertuah..my friends, setelah anda nampak nama kalian d sini, ambik award k..korang boleh tag berapa2 pun korang nak..asalkan my love for uols sampai kat uols..hehehe..(tengok colorful da nama korang jadinya sebab aku sayangkan korang. hehe..)

sekian, terima kasih daun keladi

:: Award dari sis LM.

16 Disember


kali ni aku nak taip entri guna kaler dark pink. (aik, ada aku kesah?) maaf..merepek saja aku ni. 
first and foremost, terima kasih banyak2 buat sis LM (Lydia Miza) atas pemberian award ini..
hanya entri ini mampu aku buat sebagai penghargaan buat sis kerana semasa mau bagi award ni terlintas d fikiran untuk bagi award kat aku. (eh, ada kan? hehe..) memang diriku begini, sekejap pakai aku, sekejap pakai saya sebab bagi aku or sy ianya merujuk kepada i. (merepek lagi..). sudah. sudah. jawab soalan dulu k..




jawab soalan dari sis LM dulu la ;


1. Pandangan terhadap blog sis LM ; kaler pink, ramai suka singgah blog sis LM, sis LM baik & ramah-tamah (boleh bagi pandangan pasal tuan empunya blog kan? hehe..), blog sis simple tapi indah. seindah nama kat header. dan sentiasa update entri..


 2. Listkan nama2 sahabat baik anda ;


> kawan baik sekolah tadika - masih shy2 cat time tu so...x ada orang nak kawan :(
> kawan baik sekolah rendah - Erlisha Wendy! (harap dia baca blog aku..)
> kawan baik sekolah menengah - Norhirree Unchang! (aku suh dia baca entri ni esok hahaha..)
> kawan baik di ofis / tempat keja / tempat belajar - laptop dan henpon (apakah?)
> kawan baik rambu-ramba - apa itu? erm..entam sajalah. kucing. hehe..
> kawan baik di rumah - famili sendiri, kucing bernama Garfield, laptop, henpon.


3.Tag : >> Ct Kira
           >> Misszack
           >> Baom


dapat la award dari sis LM...terima kasih sis..syg sis slalu..:)

:: saya suka lipas...

sapa yg suka lipas macam aku? (eh, tajuk entri pakai 'saya'..hehe..) ayat tu belum abis lagi..sebenarnya ayatnya ini, aku suka tengok lipas mati. dan motif aku skarang untuk menyeru sapa2 yg x suka lipas untuk menyingkirkan lipas dari rumah anda. (bukan aku nak bagi subsidi racun serangga k). 
sebelum kill-kill the lipas, kita mesti tau perangai dan sikap lipas ni dulu. 
ini la lipas..erm..mungkin terlalu comel utk gambaran lipas
- lipas suka d tempat yg gelap, kompom dalam wardrobe korang ada lipas! haha..
- lipas memang berlari laju sebab tu wujud pepatah ''seperti lipas kudung'' tapi apa maksud kudung kat lipas tu? (biarkannn)
- serangga ini akan meninggalkan kesan (jejak) kimia (feromon) mereka lepas tu lipas lain akan memfollow jejak lipas tadi tu untuk mencari sumber air dan makanan serta cari tau di mana lipas tadi bersembunyi (macam korang meninggalkan link untuk dijejaki la tu). patut la bau lipas kuat!
- lipas adalah spesis nocturnal (aktif & keluar time malam)
- mempunyai semangat kekitaan (kerjasama)
- kelemahan lipas ; takut cahaya (fyi, lipas Asia suka cahaya)
- lipas juga sukakan bau Vanilla dan Peppermint
- boleh bertahan hidup tanpa udara selama 45 minit (patut la aku spray banyak kali x mau mati mati)
- pemandu teksi d negara kita dan d Singapura slalu letak daun pandan dlm kereta untuk elak lipas.
- cara bunuh lipas paling murah; (aku study dr website lain ni..)
  > spray guna air sabun buatan sendiri (lipas akan mati serta-merta sebab x dapat bernafas dr       liang-liang badannya)
  > masukkan serbuk kopi dalam sebuah balang (lipas x ada kemahiran keluar dr balang)
  > jangan pukul lipas (lipas banyak telur yg halus & keras)
- macam mana aku kill the lipas? spray la dengan Ridsect pastu pukul lipas sampai half-dead, letak naftalena, ubat gegat tu dlm wardrobe. (cara malas)
- lipas pon matii..hehe..


p/s : lipas boleh menjejaskan kesihatan manusia.


- credit to internet.